‘Semoga terus kuat dan tabah.’ Puteri Sarah tidak rela bermadu, minta Syamsul Yusof lepaskannya.
Isteri pertama Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana merayu kepada suaminya untuk ‘melepaskan’nya kerana tidak rela dimadukan.
Pengumuman mengejutkan itu dibuat Puteri Sarah di Instagram selepas Syamsul masih menyekat nombor telefonnya selepas empat hari suaminya membuat pengakuan sudah selamat bernikah buat kali kedua.
Artikel Berkaitan:
“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak sekat saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu,” tulisnya ringkas.
Ternyata perkongsian Puteri Sarah itu mengejutkan ramai pihak sehingga memintanya untuk terus kuat dan tabah mengharungi dugaan hidup ini.
Dalam masa yang sama, Sarah menerusi Insta Stories meluahkan rasa kecewanya dan malu dengan sikap tidak matang yang ditunjukkan Syamsul Yusof bagi pihak dua anak mereka, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Hantaran itu dipercayai dibuat selepas Syamsul mendoakan ketenangan buat kedua-dua isterinya pada pagi ini.
“Saya cuba untuk tidak memberikan respon di atas apa-apa perkongsian tetapi berasa sangat kecewa dan malu bagi pihak keluarga serta anak-anak.
“Hal ini kerana saya tidak dapat mengawal sepenuhnya anak-anak untuk menggunakan telefon dan melihat apa yang telah beredar di media sosial.
“Jaga sensitiviti terhadap anak-anak dan keluarga awak. Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni,” tulisnya.
Terdahulu, Syamsul pada 6 Januari lalu memaklumkan telah pun menikahi Ira Kazar dengan diwalikan Kazar Saisi di Thailand.
Baca Di Sini:
Kashoorga : Isteri bila sudah tawar hati, mereka sanggup lakukan sesuatu di luar dugaan. Semoga Puteri Sarah dipermudahkan urusan.
Sumber : Sinar Plus