Ajal maut sudah tertulis dalam kehidupan manusia sejak dari luh mahfuz. Tidak pernah terlambat sesaat atau tercepat seminit. Ia adalah aturan yang tidak mampu dielakkan dalam takdir manusia.
Jika aidilfitri dirai penuh kesyukuran namun tidak semua berpeluang merasakan perasaan ini kerana diuji dengan kehilangan orang tersayang.
Dikongsi dari akaun @Cikmanis, isteri ini berkongsi kesedihan bila mana diuji dengan kehilangan suami tersayang Lans Koperal Raja Mohd Nasrul yang dijemput Ilahi pada penghujung Ramadan lalu.
Arwah suaminya yang diserang angin ahmar dan sempat menjalani pembedahan injap dan jantung.
Apa yang membuatkan ramai sebak, dikongsi oleh individu yang terlibat dengan pembedahan itu, sebelum ditidurkan, arwah sempat mengaji dan bertakbir raya seolah tahu itu adalah kali terakhir dirinya boleh berbuat demikian.
Dan ternyata, ia adalah kenangan terakhir kerana arwah diberitakan meninggal selepas pembedahan iaitu di penghujung Ramadan.
Sempat meminta maaf jika ada salah silap suaminya, isteri ini akui untuk bertabah di atas ujain kehidupan dilaluinya.
Dalam pada itu, orang ramai yang mengenali arwah menyifatkan anggota polis yang bertugas di IPD Cameron Highland ini seorang yang sangat baik dan sentiasa memudahkan orang ramai.
Jelas isterinya, dirinya akan selalu mengingati semua kenangan indah dan mengakui akan cuba kuat menghadapinya.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan bertakwa.
https://www.tiktok.com/@cikmanis_zaa/video/7092643122072571163?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6973624686812366338