afdlin

Kepada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita akhirnya kembali. Dan menjadi insan yang beruntung jika sebelum meninggal dunia sempat memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dilakukan terhadap orang lain.

Pelakon Datuk Adlin Pelakon Datuk Afdlin Shauki berkongsi berita bapanya Aksan Abu Bakar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2.57 pagi tadi.

Bapanya disahkan meninggal dunia selepas menjalani satu pembedahan di HUKM Cheras malam tadi.

Dalam perkongsian itu, Adflin yang muat naik foto bapanya di hospital sebelum mengembuskan nafas terakhir sempat memohon maaf atas segala khilaf dilakukan arwah bapanya bagi yang mengenali.

Sempat Mohon Maaf Atas Segala Khilaf Pada Yang Mengenali, Permohonan Terakhir Bapa Adflin Shauki Sebelum Dijemput Ilahi

Bapanya juga telah memaafkan semua orang dan berjata tiada tiada rasa dendam atau sakit hati dengan sesiapa pun juga.

2.57 am 11/8/2020 di HUKM Cheras tingkat 2. Innalillah wainna illaihi rojiuun. Senyuman terakhir papa yg tak habis -habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. Bapa ku yg tercinta.

Ads

Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please!

Sempat Mohon Maaf Atas Segala Khilaf Pada Yang Mengenali, Permohonan Terakhir Bapa Adflin Shauki Sebelum Dijemput Ilahi

Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yg beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dgn sesiapa.

Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amalan dan kebaikan beliau. Tempatkanlah roh beliau dikalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah. I love you papa…

Ads

Sempat Mohon Maaf Atas Segala Khilaf Pada Yang Mengenali, Permohonan Terakhir Bapa Adflin Shauki Sebelum Dijemput Ilahi

Assalammualaikum,

Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami En Aksan bin Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Selasa 11/08/2020, pukul 2:57 pagi di HUKM, KL.
Sama2 kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dgn golongan orang-orang yang beriman.

Ads

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
بسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــم
ِِ.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ..

Pelakon ini juga turut menitipkan doa untuk arwah bapa kesayanngannya itu di laman sosial facebook.

Ya Allah! Ampunilah ayahku, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia, ampunilah dosanya, muliakanlah kedudukannya, lapangkanlah kuburnya dan mandikanlah dia dengan air, salji dan embun. Bersihkanlah dia dari semua kesalahan sebagaimana kain putih dibersihkan dari kekotoran, gantikanlah rumah yang lebih baik daripada rumahnya (di dunia), keluarga yang lebih baik daripada kami keluarganya dan masukkanlah dia ke dalam syurga serta lindungilah ayahku daripada azab kubur, fitnahnya dan daripada seksa api neraka.

Ya Allah! Janganlah kiranya pahala kami tidak sampai kepadanya, janganlah Dikau fitnahkan kami sepeninggalannya. Ampunilah kami dan ibubapa kami juga saudara-saudara kami yang telah pergi dahulu dengan membawa iman dan janganlrah Dikau menjadikan resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami; Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Sempat Mohon Maaf Atas Segala Khilaf Pada Yang Mengenali, Permohonan Terakhir Bapa Adflin Shauki Sebelum Dijemput Ilahi

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ , penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur Ayah kami sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga. Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi Ayah kami, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami memohon syafaat kepada-Mu untuk Ayah kami. Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh Ayah kami, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat! Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ . dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.
امين امين يا رب العالمين

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI