‘Semua Jemaah Haji Masuk Raudhah Melalui Pintu 37.’ Pintu 21 & 32 Pinggir Raudhah, Jangan Salah Info

Share

Semua jemaah haji masuk Raudhah melalui pintu 37.’ Pintu 32 pinggir Raudhah, jangan salah info. Jemaah haji yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci pasti keliru mana pintu yang sebenar.

Oleh sebab itu amat tidak digalakkan menyebarkan info yang salah kerana bimbang mengelirukan orang ramai. Bagi membetulkan keadaan, Nur Syazwani Halim berkongsi tip dan pintu manakah yang sebenarnya boleh akses ke Raudhah.

Semua Jemaah Haji

Bagi yang mempunyai ibu bapa atau ahli keluarga yang datang menunaikan haji, jemaah akan dibawa masuk ke dalam Raudhah pada siang hari.

Selalunya selepas Subuh (bagi jemaah wanita) dan selepas Zohor (bagi jemaah lelaki), bergantung kepada petugas KT masing-masing.

Namun, jemaah boleh masuk ke Raudhah sekali lagi menggunakan permit Nusuk mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Bagi jemaah wanita, permit Nusuk hanya di sebelah malam bermula pada pukul 9.30 malam.

Kebiasaannya, jemaah haji akan dibawa masuk ke dalam Raudhah pada siang hari dan dibenarkan masuk sekali lagi melalui booking di Aplikasi Nusuk.

Masuk Raudhah Melalui Pintu 37

Pintu masuk ke dalam Raudhah masih lagi menggunakan Pintu 37. Pintu 32 memang dibuka selepas Subuh dan Isyak untuk jemaah wanita tanpa perlu menggunakan permit Nusuk, namun hanya untuk masuk di pinggir Raudhah (kawasan masjid lama).

Ini adalah tiang di kawasan Raudhah, ada kelopak emas di tiangnya. Jadi perhatikan betul-betul.

Memang akan ada mihrab juga di situ, tetapi ianya bukan Mihrab Nabawi/Mihrab Rasulullah, tetapi Mihrab Hanafi. Harap maklum.

INFO 1:
Pintu 21 juga dibuka kepada jemaah wanita selepas Isyak bermula sebelum musim haji baru-baru ini. Namun, ianya juga bukan laluan ke Raudhah bagi jemaah yang tiada permit Nusuk.

Diharap tiada posting lama berkenaan Raudhah dipanjangkan kepada umum kerana boleh mengelirukan jemaah, terutamanya yang pertama kali ke sini.

Baca Di Sini:

Bukan Sebarang Tiang, Enam Tiang Di Raudhah Ini Punya Kisah Tersendiri

Jemaah Muslimah Yang Nak Mudah Masuk Ke Raudhah Boleh Ikut Cara Aida Juara Gadis Melayu

Pintu 21 & 32 Pinggir Raudhah

Sebelum ini, ada yang kongsi satu hantaran mengenai Raudhah yang mengandungi gambar di bawah berserta gambar-gambar yang lain (Secondary post) di dalam Group Umrah/Hajj Pre & Post for Ladies sebelum ini.

Credit to the first author, but I hafta leave it anonymous disebabkan maklumat yang dikongsi di dalam post asal dengan mengatakan Raudhah boleh di access melalui Pintu 21 dan 32 adalah sangat tidak tepat (The post is no longer in the group).

Ini adalah pinggir Raudhah. Kawasan masjid lama. Bersebelahan dengan Raudhah. Kalau masuk melalui Pintu 32 selepas Subuh dan Isyak bagi jemaah wanita, memang tidak perlu menggunakan permit kerana hanya masuk ke kawasan ini.


Ini adalah kawasan pinggir raudhah, menurut sumber tiang di pinggir raudhah berbeza dan tiada kelopak. .

Jangan Salah Info

Sebab itu diletakkan penghadang kanvas putih untuk membezakan kawasan Raudhah (yang ada tempat muazzin) dengan kawasan masjid lama ini.

Boleh masuk untuk ziarah, tiada masalah. Sis terpaksa letak highlight nanti untuk pos ini sebab I cannot reach everyone on this.

Info 2:
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, laluan masuk melalui Pintu 21 juga akan membawa anda ke pinggir Raudhah. Pintu tersebut dibuka kepada jemaah wanita selepas Isyak bermula sebelum musim haji baru-baru ini.

Info 3:
Diharap tiada lagi perkongsian sebegini kerana ia boleh mengelirukan para jemaah, terutamanya yang pertama kali ke sini. Ini adalah kerana kami selalu ditanya mengenai hal ini.

Setakat hari ini, semua jemaah (lelaki dan perempuan perlu beratur di hadapan Gate 363 dan akan masuk ke dalam Raudhah melalui Pintu 37.

Kashoorga: Semoga tiada lagi perkongsian yang mengelirukan jemaah haji kerana peluang masuk ke Raudhah bukan datang selalu.

Sumber: Nur Syazwani Halim

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat