Islam adalah agama rahmatan lil alamin. Islam diturunkan bagi menyempurnakan akhlak  serta mengatur tujuan kehidupan manusia. Bahkan kehadiran Islam juga untuk memperbaiki akhlak dan darjat seseorang khususnya martabat seorang wanita yang diangkat ke tahap tertinggi.

Manusia itu dinilai melalui ketakwaannya. Dalam surah Al-Hujuraat Al-Hujurat yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (49:13).

Hari ini, ramai mengejar dunia glamor tanpa memikirkan adakah cukup bekalan dibawa ke akhirat. Ditambah dunia semakin singkat dan hidup yang turut singkat.

IKLAN

Dalam pada itu, pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie dalam satu perkongsian di instagramnya menegur pengusaha produk yang memilih wanita bertudung untuk melakukan review produk yang digambarkan berkaitan saiz payudara.

“Maaf andai apa yang nak disentuh ini membangkitkan kemarahan sesiapa yang membaca. Begini, sesiapa yang nak buat review produk besar ke, kecik ke apa ke, tolong elakkan wanita bertudung boleh tak?

IKLAN

“Ia menjatuhkan maruah atau korang saja memang nak menjatuhkan maruah wanita bertudung. Sebab itu bertudung menutupi dada, labuh dan bila dah labuh tak perlu tergoyang-goyang sebab tetap akan nampak.

IKLAN

“Buat relax sudah, semua orang tahu apa di sebalik tudung. Pakai tudung ikat leher lepas tu tergoyang-goyang, motif apa. Maaf saya tegur, kita sesama wanita hormat dan jagalah maruah kita.

“Saya tak nak cakap besar tapi selagi punya kudrat walau pun makan kicap sekali pun saya takkan buat review sebegini,”katanya berkata perbuatan menegur dilakukannya ini tanda sayang.

Tambahnya lagi, kita semua akan mati. Andai itu post terakhir kita nanti, apa kita nak jawab depan Allah. Akak tak baik sama sekali tapi ini rasa tanggungjawab kita. Akak tak leh tutup mata. Kerap sangat dah iklan begini. Berharap sangat kurang-kurangkanlah. Jangan ikut nafsu  tapi gunalah akal. Biar sikit tapi berkat. Maaf sekali lagi. Sumber : IG @khiriah17

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI