Sejak tahun 2008 MUZAKARAH Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah mengeluarkan fatwa bahawa senaman yoga adalah haram buat umat Islam.

Ini kerana senaman yang berasal dari masyarakat Hindu ini  bertentangan dengan syariat Islam. Senaman ini menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mantera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain. Justeru ia adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Namun begitu malangnya masih ramai umat Islam yang tetap  mengamalkan senaman yoga ini malah tanpa rasa bersalah berkongsi aktiviti senaman yang dilakukan kepada umum.

Terpanggil untuk menegur isu berkenaan, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkongsi satu hantaran di laman Facebook, susulan pertemuannya dengan Presiden Persatuan Sukan Yoga Malaysia (MYSA), Prof Dr Lingham Pillai.

Menerusi hantaran tersebut, Firdaus berkata Dr Lingham memohon bantuannya untuk menguar-uarkan kepada umat Islam agar tidak terjebak dengan amalan senaman yoga.

“Hampir dua jam beliau berkongsi kebimbangannya dengan kami selain menunjukkan bukti demi bukti yang dibawa bersama.

Ads

“Sesuatu yang diberi highlight dari sesi hampir dua jam adalah kenyataannya ini:

“Saya tahu yoga berasal daripada agama Hindu. Saya sendiri tidak akan mempromosikannya kepada Muslim. Mana-mana guru atau pusat yoga tidak boleh mempromosikannya kepada Muslim.

“Orang Islam tidak sepatutnya menyertai yoga. Saya Hindu, saya tahu yoga adalah dari agama Hindu dan orang Islam sendiri harus menghormati fatwa Jakim yang melarang orang Islam menyertainya,” tulis Firdaus dalam hantaran berkenaan, sebagaimana yang disampaikan oleh Dr Lingham kepadanya.

Senaman Yoga Adalah Ritual Dari Agama Hindu. Umat Islam Haram Sertai Yoga!

Ads

Tambah Firdaus yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Dr Lingham turut meluahkan kekesalan kerana ada segelintir pihak terang-terangan mempromosikan yoga kononnya baik untuk kesihatan jasmani.

“Beberapa guru yoga mempromosikan yoga kepada orang Islam dengan mengatakan yoga membantu mereka untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik!

“Yoga berasal dari agama Hindu bagaimana untuk menjadikan mereka menjadi Muslim yang lebih baik?

Ads

“Saya menjalankan kajian tentang pergerakan solat, cuma suruh orang Islam solat dengan betul kerana dalam gerakan solat Islam itu banyak manfaat kesihatan dalam semua pergerakan. Tolong beritahu orang Islam, jangan menyertai yoga!

“Yoga ini ritual dari agama Hindu! Muslim tak boleh sertai yoga!” ujar Dr Lingam lagi.

Dalam pada itu Firdaus mengakui berasa malu apabila seorang penganut Hindu malah Presiden Sukan Yoga Malaysia perlu datang berjumpa beliau dan meminta agar menasihati Muslim untuk hormat fatwa dan jangan terlibat dengan yoga.

Sumber: Firdaus Wong  & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI