‘Sengaja tinggalkan solat.’ Jangan sampai segala amal baik jadi sia-sia, tak diterima Allah. Benarkah segala kebaikan tidak dikira jika kita meninggalkan solat?
Menjadi tanda tanya adakah orang-orang yang rajin bersedekah pahalanya tidak dikira dek kerana dia tidak mendirikan solat. Ikuti perkongsian ini:
Artikel Berkaitan: Untuk Yang Banyak Tertinggal Solat Sebab Alasan Malas Atau Culas, Ini Yang Patut Dilakukan Sebelum Terlambat
Soalan:
Assalamualaikum, baru-baru ini saya ada menonton video seorang selebriti membacakan sebuah hadis mengatakan bahawa semua amal ibadat yang dilakukan oleh seorang yang meninggalkan solat adalah sia-sia dan tidak diterima oleh Allah SWT.
Benarkah demikian meskipun seseorang itu hanya meninggalkan solat kadangkala sahaja ? Mohon pencerahan, terima kasih.
Jawapan:
Meninggalkan solat adalah berdosa besar dalam Islam. Ini kerana solat merupakan salah satu rukun Islam justeru ia menjadi kewajipan bagi setiap muslim.
Meninggalkannya akan mengundang kemurkaan dan azab daripada Allah SWT. Menurut pandangan mazhab al-Syafi’i, individu yang meninggalkan solat kerana malas pada masa yang sama tidak mengingkari kewajipannya maka ia dikategorikan sebagai fasik dan hendaklah bertaubat serta menggantikannya.
Baca Juga Di Sini:
Tak Tinggal Solat & Taat Pada Suami, Rahsia Wanita Untuk Mudah Masuk Syurga
“Muda-muda Dulu Pakcik Selalu Tinggal Solat”
Namun dari segi ganjaran amalan baik yang lain, Allah SWT akan mengambil kira amalan tersebut walaupun sebesar mana sekali pun sama ada baik atau buruk.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Zalzalah ayat 8-9, maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Walaubagaimanapun, sememangnya ada sebahagian ulama yang menyatakan bahawa orang meninggalkan seluruh solat fardu dengan sengaja, maka amalan-amalan soleh yang lain tidak diterima oleh Allah.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Follow kami di Facebook , Website , Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.