‘Senjata’ Yang Boleh Hapuskan Dosa-dosa ‘Kebal’

Share

Jangan terkejut, apabila ada dosa-dosa kita tidak dapat dihapuskan dengan amalan bersolat, bersedekah, melakukan haji, berpuasa dan lain-lain.

Namun Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang mempunyai penyelesaian untuk kita menebus dosa-dosa ’kebal’ itu dengan satu amalan yang mulia. Apakah amalan itu ya?

Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Sesungguhnya di antara dosa-dosa ada yang tidak dapat dihapus (ditebus) dengan pahala solat, sedekah atau haji namun hanya dapat ditebus dengan kepayahan dalam mencari nafkah.” (HR. Ath-Thabrani)

Mencari Nafkah Hapus Dosa-dosa ‘Kebal’

Allah amat suka hambaNya yang rajin berusaha mencari nafkah untuk diri sendiri dan keluarga. Dan dengan kesungguhan, keikhlasan dan jujur mencari nafkah, amalan ini akhirnya membantu kita menghapuskan dosa-dosa ‘kebal’.

Bagi kita yang berhempas pulas mencari rezeki halal siang dan malam, tentunya akan menggandakan lagi kegigihan mencari nafkah setelah tahu betapa besarnya kemampuan amalan ini sehingga mengatasi ibadah lain.

Jangan Lakukan Amalan Sia-sia

Jadi, bekerja sebenarnya merupakan suatu nikmat, anugerah dan ibadah kita juga kepada Allah selama mana pekerjaan kita itu adalah halal dan diredhaiNya.

Jika masih ada yang berasa malas, tidak bersungguh-sungguh dalam bekerja dan sambal lewa, itu merupakan satu kerugian besar. Dibimbangi tiada keberkatan dalam usaha kita mencari nafkah dan menjadi amalan sia-sia.

Artikel berkaitan:Asalkan Mahu Bekerja Dan Berusaha Cari Rezeki, Tak Perlu Tunggu Kaya Baru Nak Kahwin

Jika ini terjadi, jangan berharap kita dapat menghapuskan dosa yang susah untuk diampunkan Allah.

Dalam apa keadaan pun,eloklah kita bekerja bersungguh-sungguh kerana ia akan menjadi senjata penghapus dosa-dosa yang dilakukannya.

Rasulullah SAW bersabda;
“Barangsiapa di petang harinya merasa keletihan kerana seharian bekerja mencari rezeki untuk keluarga, maka pada petang hari itu juga dia mendapat curahan ampunan dosa.” (HR. Thabrani dari Ibnu Abbas).

Senjata Hapuskan Dosa-dosa ‘kebal’

Justeru itu, pekerjaan mencari rezeki mempunyai kedudukan yang amat tinggi dalam konteks pengampunan dosa. Janglah kita bermalas-malasan dalam melakukan pekerjaan selepas ini. Jika biasa ‘curi tulang’, maka selepas ini perlu hentikan serta merta.

Artikel berkaitan: Ulang Dosa Selepas Bertaubat Ibarat Persendakan Allah. Awas!

Setelah mengetahui hal ini seharusnya kita tak lagi bermalas-malasan dalam bekerja, apalagi makan gaji buta dengan bekerja sekadarnya saja jika diawasi oleh perusahaan.

Bermula sekarang, berjanji dan bertekadlah bahawa kita akan bekerja dengan penuh dedikasi dan berintegriti.Moga dengan kesungguhan mencari rezeki halal itu, lebih mudah lagi kita mensucikan diri daripada sebarang dosa ‘degil’.

Published by
Emma Masri