‘Sentiasa berdoa agar dia kembali sembuh.’ Suami ini tidak pernah terbeban, urus isteri terlantar kanser otak.

Besar sungguh pengorbanan suami ini dalam menguruskan isterinya yang terlantar. Inilah bukti cinta sejati, tetap berada di sisi isteri dia kala senang dan susah.

@cikeyla_89 TANDA AWAL PENING KEPALA ON/OFF. MAAF TAK PANDAI CERITA. #tiktokmalaysia #fypシ ♬ Selawat Nabi Muhammad Saw – N.I.A

Artikel Berkaitan: Siapa Patut Jaga Suami Terlantar, Masa Yang Sama Isteri Kena Bekerja Cari Nafkah? Mufti Wilayah Beri Pencerahan

‘Sentiasa Berdoa Agar Dia Kembali Sembuh.’ Suami Ini Tidak Pernah Terbeban, Urus Isteri Terlantar Kanser OtakSentiasa Berdoa

“Tidak pernah sedetik pun rasa terbeban atau penat menguruskan isteri,” itu kata anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Azril Nizam Azhar, 33, yang menjaga isterinya, Nur Assila Mat Isa, 33, yang disahkan menghidap kanser otak dengan penuh kasih sayang.

Perkongsiannya Azril mengenai kenangan dan keadaan isterinya terkini yang dikenali sebagai Cikeyla di TikTok mendapat perhatian ramai yang turut mendoakan supaya wanita itu dipermudahkan dan diberi kesembuhan segera.

‘Sentiasa Berdoa Agar Dia Kembali Sembuh.’ Suami Ini Tidak Pernah Terbeban, Urus Isteri Terlantar Kanser Otak
Agar Dia Kembali Sembuh

Menurutnya, perkongsian itu bukan untuk menagih simpati sebaliknya ia adalah kenangan buat keluarganya dan ahli keluarga lain yang berada jauh supaya dapat melihat perkembangannya.

“Saya sering memuat naik video dan penstriman langsung di TikTok hanya untuk kenangan supaya apabila isteri sembuh nanti dia dapat melihat perjalanan yang dilalui sepanjang sakit.

“Tetapi kalau ditakdirkan jadi sebaliknya ini akan menjadi kenangan buat saya dan anak cucu kami nanti.

IKLAN

“Besar harapan dapat melihat Nur Assila sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa bersama kami,” katanya.

‘Sentiasa Berdoa Agar Dia Kembali Sembuh.’ Suami Ini Tidak Pernah Terbeban, Urus Isteri Terlantar Kanser Otak
Suami Ini Tidak Pernah Terbeban

Menurut Azril Nizam, kehidupannya bersama dua anak berubah sekelip mata selepas Nur Assila disahkan menghidap penyakit itu pada 13 Januari lalu.

Tambahnya, sebelum itu isterinya mengadu sakit kepala, muntah dan dunianya seakan berpusing sebelum diminta dibawa ke Hospital Taiping dan kemudiannya diserang sawan tarik serta koma.

“Sehingga kini isteri terlantar dan masih berada dalam keadaan separuh sedar serta tiada reaksi jika dipanggil. Kadang-kadang saja dia akan buka mata tetapi pandangannya kosong.

“Sebelum ini kami tinggal Taiping kerana saya bertugas di sana dan sejak isteri sakit kami berpindah ke Sungai Petani, Kedah. Ibu saya akan membantu menjaga isteri sementara saya bertugas,” katanya yang tinggal di rumah ibunya di Kampung Pantai Prai, Sungai Petani.

IKLAN

‘Sentiasa Berdoa Agar Dia Kembali Sembuh.’ Suami Ini Tidak Pernah Terbeban, Urus Isteri Terlantar Kanser Otak
Urus Isteri Terlantar Kanser Otak

Katanya, isterinya memerlukan perhatian sepenuh masa dan luka di pinggulnya perlu dicuci setiap hari selain memerlukan 12 tin susu khas sebulan.

“Isteri juga perlu ke hospital tiga hingga empat kali sebulan untuk membuat fisioterapi dan pemeriksaan rutin.

“Setakat ini isteri tak boleh menjalani kimoterapi lagi disebabkan keadaan badannya yang tidak sihat dan otak kanannya masih membengkak,” kata bapa kepada seorang anak lelaki berusia sembilan tahun dan perempuan berusia lima tahun.

@cikeyla_89 TQ SAHABAT TT YG DOA KAN CIK EYLA DI MEKAH. MOGA ALLAH SEMBUHKAN CIK EYLA. #fypシ #tiktokmalaysia ♬ bunyi asal – GS 🔥🔥 – 𝑮𝒆𝒏𝒋𝒊 𝓢𝔂𝓾𝓻𝓲𝓮𝓴𝓮𝓷?

Jelas Azril Nizam yang kini bertugas di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah, dia sangat berterima kasih kepada keluarga dan pihak TDM yang banyak membantu serta memberikan sokongan kepadanya.

IKLAN

Menurutnya, akaun TikTok itu sudah aktif sejak tahun lalu dan sejak isteri sakit, dia sudah berbincang dengan kakak ipar untuk memuat naik videonya.

Baca Di Sini:

‘Andai Allah Takdirkan Cacat, Suami Sanggup Jaga.’ Isteri Ini Sedih, Trend Terkini Tinggalkan Pasangan Ketika Diuji

Engkau Dah Tarik Dia Dariku, Sakit Sangat Rasanya & Luahan Rindu Wanita Ini Pada Arwah Suaminya Yang Meninggal Ketika Tidur

Kashoorga: Bagi yang ingin meringankan beban dengan menghulurkan bantuan, boleh menghubungi Azril di talian 014-6746305.

Sumber : myMetro TikTok cikeyla

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI