
Suami isteri adalah partner dalam kehidupan. Keberadaan masing-masing haruslah saling menguatkan, memotivasi, mengingatkan dan menjaga. Perkahwinan adalah umpama bahtera yang harus dilalui bersama. Setiap gelombang harus dilalui dan diselesaikan bersama.
Bagi menghangatkan kebahagiaan rumah tangga, komunikasi dan sentuhan amat penting antara suami isteri. Hubungan yang romantis menjadikan kasih sayang suami isteri kekal mekar bak bunga yang sedang berkembang.
Seperti pasangan Mustapha Kamal dan Susan Menon. Pasangan selebriti ini kelihatan cukup mesra dan bahagia.
Berikut perkongsian Mustapha Kamal seperti yang dikongsikan di laman Facebooknya.
Romantiskanlah diri kita bersama pasangan … tidak semestinya hanya ketika hendak bersama pasangan suami atau isteri baru kita perlu romantis, setiap masa kita memerlukan pasangan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Romantiskanlah dirimu wahai suami ketika berdoa dengan doa yang indah-indah dan di dengari oleh isteri ketika berjemaah.
Ya Allah… kau permudahkanlan kehidupan kami semua, jangan dipersulitkan , dan disudahi dengan kebaikan …Aamiin..
Kebanyakan isteri tak mintak lebih. Minta kita sayangkan, jaga dan berikan perhatian pada dia saja.

Bersyukurlah Allah kurniakan kita isteri sebagai peneman hidup. Ada orang yang masih menanti jodoh yang belum kunjung tiba hingga ke saat ini.
Sumber Kredit: Mustapha Kamal
VIDEO KASHOORGA:
https://www.youtube.com/watch?v=3RHRDSTj3ks&t=5s
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Doktor Gigi Ini Kongsi 15 Tip Bahagiakan Hati Suami Salah Satunya Jangan Kedekut Puji Suami

Ibarat pokok yang memerlukan baja untuk terus hidup begitu jugalah dengan alam rumah tangga. Perlu dijaga agar terus hidup dan ‘berkembang.’ Kata pepatah, sedangkan lidah lagi terigigit, inikan pula suami isteri. Pepatah ini ada benarnya kerana tiada hubungan yang sentiasa sempurna. Tak dapat tidak, pasti ada gelora yang melanda.
Isteri pilihan hati adalah penyejuk hati suami walaupun apa jua masalah yang mendatang. Biarpun didatangi onak dan duri namun kebahagiaan tetap menjadi keutamaan. Seorang isteri itu menjadi ‘nadi’ kebahagiaan sesebuah rumah tangga maka sebab itulah amat penting seorang isteri itu membahagiakan seorang suami.
15 TIP BAHAGIAKAN HATI SUAMI
1. Jangan terlalu mengongkong suami
2. Berilah perhatian pada suami walaupun anda sibuk
3. Jangan sesekali abaikan makan, minum dan pakai suami
4. Sekali sekali, izinkan suami keluar dengan teman-temannya
5. Percayalah pada suami
6. Jangan kedekut memuji suami
7. Kalau anda nampak suami keletihan dan kepenatan , urutlah dia dengan rela hati tanpa disuruh
8. Kalau suami tidak suka mengikut anda keluar membeli-belah, jangan paksa,minta izinnya untuk keluar seorang diri, bersama anak-anak atau rakan-rakan
9. Sentiasalah hadiahkan suami senyuman yang paling manis setiap masa
10. Jagalah penampilan anda khas untuk suami
11. Sentiasa beritahu suami dia seorang yang hebat
12. Jangan melarang suami melakukan apa yang diminatinya selagi tidak memudaratkan anda sekeluarga
13. Elakkan daripada menjadi pegawai penyiasat yang sentiasa ingin tahu apa yg suami buat dan ke mana dia pergi. Berikan dia sedikit ruang untuk dirinya sendiri

14. Selalulah ucapkan terima kasih pada suami
15. Beritahu suami betapa anda sayang dan cintakan dia dengan sepenuh hati
Sama-samalah membahagiakan hati suami/isteri kita… Semoga kita semua akan beroleh keluarga yang bahagia…
Sumber kredit: Dr Suhana Abd Wahab
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Assalamualaikum, Inilah ‘Baby Hajah’ Yang Teman Mama Dalam Perut” – DS Shahida Selamat Lahirkan Anak Kelima

Sepatutnya isteri usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri melahirkan anak kelimanya pada hari Ahad ini, tetapi lain pulak jadinya bila isteri beliau, Datin Seri Shahida membuat pemeriksaan di hospital.
Semalam, pasangan ini telah selamat menimang cahayamata kelima, iaitu seorang bayi perempuan di sebuah hospital swasta.
Dalam perkongsian di laman instagram DS Shahidah, beliau memperkenalkan baby barunya yang dipanggil ‘baby hajah’ kepada umum.
Menurut beliau, ‘baby hajah’ yang belum ada nama inilah yang menjadi kawannya dalam perut sepanjang menunaikan ibadah haji pertengahan tahun ini.
Beliau yang pada mulanya sekadar mahu membuat pemeriksaan biasa, tetapi apabila doktor memberitahu sudah ada bukaan, terus dirinya dimasukkan dalam wad hinggalah selamat proses melahirkan pada usia kandungan 37 minggu.
Sebaik muat naik status berkenaan, DS Shahida mendapat ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan warganet.
Masing-masing mendoakakan kedua-duanya sihat dan menjalani tempoh berpantang dengan baik.
pokadotsempire Congrats Datin. Baby Girl

lisasurihani Syukur Alhamdulillah !! :)) tahniah diucapkan !!
nurhelizahelmi Alhamdulillah! Tahniahhhhh
zarifah_sidek Alhamdulillah.. Syukur ya Allah, tahniah Datin & family.. 3girl 3boy da..sumer comel2, moga sumernya sentiasa dlm rahmat Allah swt. Amiin yra
norjannahmh Selamat berpantang Datin….tahniah dpt baby…
Artikel Berkaitan: Datin Seri Shahida Kendong Anak Bongsu Dalam Kandungan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Ini Sebenarnya Hikmah Tersembunyi Allah Nak Bagi Sepanjang PKP Yang Ramai Tak Tahu” – Ustaz Muhammad Syazwan

NIKMAT YANG DITARIK
—————————————————
Alhamdulillah syukur terhadap ILAHI subhanahu wa ta’ala ketas kesihatan serta kesempatan ini. Tulisan saya yang kerdil ini bukan semata-mata untuk sahabat beragama Islam sahaja tetapi ianya juga saya sajikan kepada semua sanak saudara dan sahabat handai saya daripada agama-agama lain.
Ramai yang sedang mengeluh disebabkan PKP dilanjutkn lagi sehingga 28 April ini dengan hujah mengatakan banyak nikmat yang ditarik ALLAH ta’ala sepanjang kita ‘terkurung’ dalam rumah.
Namun begitu kita perlulah meyakini bahawa setiap sesuatu yang ditaqdirkan ini ada hikmah di sebaliknya & semestinya ia merupakan salah satu nikmat daripada-nya Azza wa Jalla.
Ramai juga kenalan saya yang merungut sepanjang PKP tidak dapat beribadah seperti sediakala. Mereka beranggapan yang ibadah itu hanyalah di dalam masjid. Ramai juga yang berasa ‘bosan’ katanya apabila berada dalam rumah sahaja.
Disini saya ingin mengingatkan kepada semua yang ibadah bukanlah berbentuk juz’iyyah yang tertakluk kepada tempat dan masa tertentu.
Ayuhlah kita sama-sama beribadah dikala orang lain berkata “Nikmat itu ditarik oleh Tuhan”.
Banyak perkara (ibadah) yang boleh kita lakukan sepanjang PKP ini yang sememangnya ia akan mendekatkan kita kepada Tuhan semesta alam.
Tidak dinafikan ramai sudah cendekiawan yang bercerita panjang lebar tentang perkara/urusan yang boleh kita lakukan (beramal) sepanjang PKP. Jadi saya tidka mahu memanjangkan lagi. Cuma saya nak berbincang dengan sahabat sahabiah semua tentang penjagaan hubungan (silaturahim) kita bersama ibu & bapa.
Islam memandang tinggi kedudukan ibu bapa sehinggalah ALLAH memberikan wasiat kepada para hamba-Nya suapaya berlaku baik kepada kedua ibu bapanya
‘ووصينا الإنسان بوالديه – بالحسن والشكر لهما’
(ayat al-Quran surah al-‘Ankabut:8, Luqman:14 & al-Ahqaf:15)
Selain itu terdapat juga hadis daripada sahabat Anas bin Malik, sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Syurga itu terletak di bawah telapak kaki para ibu”
عن أنس بن مالك رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم: “الجنة تحت أقدام الأمهات” (أخرجه النسلئي، والطبراني، وابن عبد البر، والبيهقي، والحاكم، والخطيب – في كتبهم – وهو حديث ضعيف إستاده)
Bukan setakat agama Islam sahaja meminta umatnya berbuat baik kepada kedua orang tuanya tetapi boleh dikatakan kesemua agama meletakkan teras agar berbakti kepada mereka itu amalan yang ditekankan dalam agama masing-masing. Di bawah ini saya sertakan beberapa dalil/huraian berkaitan hubungan kita terhadap kedua ibu bapa yang perlu diambil berat.
Agama hindu:
Terdapat istilah ‘Konsep (keutamaan) Ibadah’ dalam agama hindu iaitu tempat/orang prioriti yang perlu dipegang oleh penganut hindu disenaraikan seperti:
1. Matha (ibu)
2. Pitha (bapa)
3. Guru (cikgu/pendeta)
4. Dewa
Mengikut konsep ibadah di atas disanjungi ibu & bapa di martabat yang sangat tinggi dalam agama hindu.
Selain itu dalam buku karya etika Tamil berjudul Tirukkural ciptaan seorang penyajak Tamil Agung bernama Tiru-Valluvar dinukilkan:
‘பெரியாரைப் பேணாது ஒழுகின் பெரியாரால்;
பேரா இடுபை தரும்’
(Periyarap penathu ozhukin periyaral; pera itumpai tharum) [Kural:892]
Bermaksud: Jika seseorang berkelakuan buruk dengan tidak menghormati sangat dan menyanjungi tinggi orang-orang tuan/mulia, ianya akan mendatangkan penderitaan yang tidak berhenti-henti sepanjang masa kepadanya.
Agama kristian:
Di dalam buku Deuteronomy (disebut sebagai buku Ulangan dalam bible bahasa Melayu) chapter 27 petikan yang berbincang tentang ‘Dua Belas Ucapan Kutuk’ iaitu perintah daripada Moses (Musa as) kepada Bani Israel untuk di-aminkan, ianya dikarang dalam ayat ke 16 berbunyi:
“God’s curse on anyone who dishonours his father or mother”
Maksud: Kemurkaan Tuhan terhadap sesiapa yang tidak menghormati ibu & bapa…..
Ayat di atas mengambarkan perlunya umat kristian menghargai kehadiran ibu bapa serta perlu menghormati & mentaati mereka.
Agama buddha/cina:
Menjadi adat resam masyarakat cina mengumpulkan sanak saudara pada malam Tahun Baru Cina untuk makan besar bersama-sama. Adat ini sangat sinonim juga untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta mendekati orang tua.
Selain itu semasa upacara perkahwinan mereka juga ada satu majlis dipanggil ‘Ceremony Tea’ yang mana pengantin perempuan akan disajikan air teh oleh ibu bapa/orang tua untuk diminum. Upacara ini difahami masyarakat cina ianya satu penerimaan si isteri akan ibu bapa si suami dan menghormati mereka sebagai ibu bapa sendiri.
Maafkan saya jika perbincangan ini panjang lebar. Niat saya cuma mahu fahamkan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini tertang martabat ibu bapa dalam kehidupan kita..
Di sini saya ingin mengemukakan bagaimana kita boleh mengambil peluang musim PKP untuk dekatkan diri (jaga silaturahim) dengan ibu bapa & seterusnya tnpa penafian ianya turut mendekatkan kita kepada Tuhan.
Bagi mereka yang sudahpun tinggal serumah bersama ibu dna bapa mereka tidaklah menjadi masalah mereka boleh:
1. Berbakti kepada kedua orang tua untuk dapatkan restu & redho mereka kerana redho ALLAH itu terletak pada redhanya kedua ibu bapa kita. Mendengar cakap ibu bapa & menurutinya pun sudah mencukupi untuk raih pahala.

Daripada ‘Abdulah bin ‘Amru ra, Rasululah saw bersabda:
رِضى اللَّهِ في رِضى الوالِدَينِ، وسَخَطُ اللَّهِ في سَخَطِ الوالدينِ
Maksud: Redho ALLAH terletak pada redho kedua ibu bapa dan kemurkaan ALLAH terletak pada kemurkaan kedua ibu bapa. (Sohih ibnu Hibban)
2. Bangun pagi senyum pada wajah ibu bapa.
3. Memberi makan kepada mereka. Lagi cantik jika dapat kita suapkan makanan itu ke mulut mereka.
4. Sentiasa bersalaman walupun di dalam rumah. Bukan semestinya bila mahu keluar rumah baru hendak salam.
Bagi mereka yang tinggal berasingan/berjauhan daripada kedua orang tuan bolehlah:
1. Rajinlah telefon mak ayah di kampung. Sekarang ni banyak plan rangkaian yang call free membolehkan kita ber’gayut’ dengan mak & ayah bagi membuktikan kecintaan kita terhadap mereka. Kalau tidak mampu tiap-tiap hari memadailah selang sehari atau pun seminggu sekali/dua kita berhubung dengan mereka. Ingat, sejuknya hati kedua ibu bapa kita akan murah rezeki & panjang umur.
2. Order makanan secara atas talian atau COD untuk kedua orang tua kita. Kita ambil peluang sempena musim PKP ini ramai yang membuat servis penghantaran makanan serta barangan ke rumah. Ini juga satu satu cara ‘take care’ kita kepada ibu bapa tersayang.
3. Mendoakan kesejahteraan mereka. Antara doa yang mustajab di sisi Tuhan adalah doa seorang anak soleh (baik budi pekerti & akhlaknya) kepada kedua ibu bapanya dengan penuh khusyuk kepada-Nya.
Marilah kita berdoa sama-sama kepada ALLAH ta’ala agar DIA mengeluarkan kita daripada wabak Covid-19 ini & kurniakan kita sihat, afiyat serta hidayah-Nya.
Saya menyeru diri saya sendiri serta semua sahabat sehandal agar kita sama-sama mengerjakan amal ibadat sepertimana yang dikehendaki Tuhan dengan berpandukan syariat yang dibawah nabi-nabi utusan-Nya.
Wallahu a’lam bis showab.
Penulis:
Ustaz Muhammad Syazwan Bin Menon,
– Timbalan Pengerusi,
PEACE Islamic Da’wah Centre of Excellence
*Penerima Anugerah Saudara Mithali, Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2017M/1439H.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI