Penularan wabak COVID-19 ini bukan sahaja melanda negara kita tetapi juga seluruh dunia yang terkesan dengan virus pandemik ini.

Buat masa ini seluruh dunia yang terkesan telah membuat ‘lockdown’ bagi memutuskan rantaian jaringan COVID-19 ini.

Dan bagi salah seorang rakyat kita yang menetap di Sweden Siti Safuraa turut berkongsi pengalamannya sepanjang berdepan krisis ini apatah lagi tanpa kehadiran suami di sisi.

Menurut Siti Safuraa yang menetap di sana bersama dua orang anaknya berkata kes COVID-19 di Sweden lebih banyak dari Malaysia dan dia mengambil langkah berjaga-jaga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ctsafuraa (@ctsafuraa) on

“Walaupun tanpa suami di sisi (disebabkan tugas) tetapi saya cuba positifkan mental dan fizikal. Seperti iba-ibu yang lain, saya cuba sedaya upaya uruskan masa untuk mereka dan dalam masa membantu menyiapkan kerja rumah.

IKLAN

“Saya akui bukan ibu dan isteri terbaik tetapi akan sentiasa mencuba jadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Dan itulah saya selalu pegang terutama dalam situasi berjauhan dengan suami,” ujarnya yang sering membuat panggilan video call dan pesanan mesej ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ctsafuraa (@ctsafuraa) on

“Apabila sering video call ini membuatkan kita tidak rasa keseorangan dalam berdepan apa juga masalah. Kadang-kadang memang kita memerlukan seseorang untuk bercakap dan dia sentiasa ada untuk saya dan anak-anak.

“Banyak juga kes membabitkan COVID-19 ini di sini dan buat sementara ini saya memang tak keluar ke mana-mana. Kerajaan juga tidak sarankan orang ramai keluar bagi membendung penularan wabak virus ini.

IKLAN

“Biasanya untuk barangan keperluan saya akan order deliver dan kalau perlukan daging yang halal kawan suami yang akan hantarkan.

“Tidak ada masalah keputusan barang bekalan makanan. Dalam situasi ini saya kena kuat demi anak-anak sementelah suami tiada di sisi,” jelas Safuraa  yang sentiasa berdoa agar Allah menjaga mereka sekeluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ctsafuraa (@ctsafuraa) on

IKLAN

Menurutnya tiada amalan tertentu diamalkan cuma pesannya jangan lupa untuk bersolat dan jika ada kesempatan membaca Al-Quran.

“Memang di rumah ini saya selalu buka video Al-Quran dan kadang-kadang terikut-ikut sekali membacanya terutama apabila sedang memasak.

“Tetapi dalam banyak-banyak surah yang saya baca, paling suka Surah Al-Imran ayat 8 kerana senang dan mudah untuk membacanya,” tambahnya yang turut mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ctsafuraa (@ctsafuraa) on

ARTIKEL BERKAITAN: Banyakkan Baca Surah Ar Rahman Masa Hamil – Safuraa

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI