Senyum Dalam Solat, Tak Batalkan Sembahyang. Tapi Lain Pula Hukumnya Bila Ketawa!

Share

SOALAN:
Adakah tersenyum ketika mengerjakan solat itu boleh membatalkan solat?

JAWAPAN
Tersenyum ketika menunaikan solat itu tidak termasuk perkara yang membatalkan solat disisi jumhur ulamak.

Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:

Telah berkata Imam Ibnu Al-Munzir : Telah ijmak oleh ulamak selain Ibnu Sirrin atas bahwasanya tersenyum di dalam solat itu tidak membatalkan solat.

Dan telah berkata Imam Ibnu Qudamah : Dan majoriti ulamak berjalan atas bahawasanya tersenyum itu tidak membatalkan solat.

Dan berkata Imam Nawawi : Telah berkata jumhur ulamak tiada mengapa dengan tersenyum (dalam solat).”

Dan telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya :

Tersenyum itu tidak memutuskan solat.”

Kesimpulan

Tersenyum tidak membatalkan solat kerana sedikit perbuatannya bersalahan ketawa dari kerana ketawa itu perbuatan yang banyak maka ia membatalkan solat.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Published by
Siti Zurina Mat Saman