Perkahwinan adalah suatu ikatan yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. dalam Islam sendiri, perkahwinan itu adalah sangat-sangat dianjurkan.
Terdapat banyak dalil dari al-Quran dan hadis yang menyarankan agar umat Islam berkahwin.
Firman Allah SWT:
فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً
Maksudnya, “…Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi kamu daripada wanita dua, tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak dapat berlaku adil maka cukuplah seorang sahaja…” (Surah an-Nisa’, Ayat 3)
Hayati perkongsian penuh makna Adam Corrie
Alhamdulilah, seorang isteri sudah cukup untuk saya. Tak perlu suruh tambah isteri. Tiada zuriat selama 10 tahun bukan kayu pengukur tidak boleh bahagia. Ketika berdua, belum ada zuriat.. kami ambil peluang untuk kenal hati budi masing-masing, belajar apa yang kurang dalam hal ehwal agama dan memang ke mana-mana berdua.
Allah nak kami honeymoon berdua dan buat persediaan diri secukupnya besar pengorbanan bidadari saya sudah buat untuk saya. Ketika susah dan senang sentiasa ada dengan saya.
Ada zuriat .. adalah rezeki. Tiada zuriat juga rezeki bahagia. Jangan banding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Sumber kredit: Adam Corrie
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Guna Timun Je Buat ‘DIY’ Face Mist, Yang Penting Murah
Apabila disebut timun ramai beranggapan sayuran ini hanya dihidangkan sebagai pelengkap ulam-ulaman, acar atau dijadikan penambah dalam masakan. Rasanya yang segar dan mengandungi banyak air bukan saja sesuai diolah sebagai makanan dan minuman tetapi juga memberikan manfaat daripada segi kesihatan dan kecantikan.
Berikut perkongsian Tengku Wdec.
Musim panas sekarang ni kan? Kulit rase perit je kan. Meh tengku ajar cara buat face mist sendiri.
Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag.
Perah lemon sikit utk muka sunburn dan jerawat.
1)Bahan: timun sebatang.
Potong-potong. Rebuskan dgn air sikit. Jangan lama sangat. Sbb timun ketegori sayur. Rebus lama nanti vitamin die hilang. Agak lembut sikit blh terus angkat. Sejukkan sekejap.
2) Blend timun tadi dgn sedikit air rebusan. Agak2 je. Jangan banyak sgt.
3. Siapa ade jerawat atau sunburn. Boleh perah lemon sikit. Lemon bagus utk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
4) Masukkn dalam botol spray. Botol ni tengku beli dekat mr diy. Dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak tadi kan.
5. Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Dah pakai tak payah bilas. Biar je kering macam tu.
Bulan puasa nanti sesuailah untuk semburkan pada wajah. Sejuk dan segar je bila kena pada kulit wajah.
Sumber kredit: Tengku Wdec
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Deep Pesanan Ustaz Hanafiah-“Jangan Main-main Dengan Masa. Selagi Ada Tenaga Datang Ke Masjid. Selagi Ada Tenaga Solat Berjemaah”
Apabila mendengar tentang penyakit kanser, ramai yang beranggapan ia satu mimpi buruk. Namun bagi penceramah Mohamed Hanafiah Abdul Malek, beliau sangat positif dalam melawan penyakit tersebut.
Disahkan menghidap kanser limfoma pada 31 Januari 2017 berat Mohamed Hanafiah daripada 130 kilogram (kg) turun mendadak sehingga menjadi 57 kilogram, kesan daripada pelbagai proses rawatan dan kimoterapi.
DIJANGKA BERTAHAN HANYA SETAHUN
Dugaan Mohamad Hanafiah tidak berakhir di situ dan lebih menyedihkan, doktor yang merawatnya memberitahu hayatnya akan bertahan selama setahun iaitu pada tarikh 20 Januari 2018 beliau akan bertemu Maha Pencipta.
Bagaimanapun, selepas setahun, kuasa ALLAH mengatasi segalanya dan sehingga ke hari ini Mohamed Hanafiah masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi ALLAH ini.
Melalui ceramah terbarunya di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 7 Julai lalu dan dimuat naik di laman Youtube miliknya Calipha Channel bertajuk, Mungkinkah ini pesanan terakhir saya: Ustaz Hanafiah Malek, beliau menceritakan apa yang berlaku sebaik disahkan menghidap kanser limfoma itu.
“Saya dah tak cukup masa, tuan-tuan. Doktor sahkan saya kena kanser pada 31 Januari 2017. Selepas saya balik umrah, saya punya jadual agak padat di Johor. Balik dari Johor pada 31 Januari, saya jumpa doktor dan kena tahan di wad. Saya disahkan menghidap kanser. Pembedahan terpaksa dilakukan keesokannya.Berat saya dari 130 kg hingga 57 kg.
“Dibelah atas dada hingga pusat dan dikeluarkan ketumbuhan yang seberat 1 kg. Usus pun dah terkena kanser. Terpaksa dipotong 1.4 meter dan merebak dalam salur darah. Doktor pesan lakukan kimoterapi dengan segera.
“Lepas doktor periksa berkali-kali, ada sahabat saya seorang doktor berkata, ustaz, bersiap sedia dengan perkara yang paling buruk. Berdasarkan pengalaman doktor, saya hanya ada masa kurang daripada setahun. Sebab benda itu terlalu pantas merebak. Doktor kata jangkaan 20 Januari 2018 saya akan pergi bertemu dengan ALLAH,” katanya sebak.
SYUKUR ALLAH BERI LEBIH MASA
Sambil memanjatkan rasa syukur selepas terus diberikan kesempatan bernafas hingga ke hari ini, Mohamad Hanafiah dengan rasa rendah diri mengakui mungkin kerana ALLAH memberikan lebih masa buatnya untuk bertaubat.
“Tetapi mungkin ada dosa saya yang ALLAH belum ampunkan, ALLAH masih bagi ruang untuk saya bertaubat. Mungkin berkat doa orang ramai, Alhamdulillah sampai ke hari ini saya dapat bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan.
“Alhamdulillah sebagai pesanan, mungkin pesanan yang terakhir saya, saya nak berpesan jangan main-main dengan masa. Jangan buang masa, jangan sia-siakan masa yang ALLAH berikan kepada kita. Sebab masa akan berhenti bila nafas kita berhenti. Ketika itu kita tidak boleh buat apa-apa amalan lagi.
“Jangan main-main dengan masa. Selagi ada tenaga datang ke masjid. Selagi ada tenaga solat berjemaah. Selagi ada usaha jangan tinggal berbuat baik pada ibu dan ayah serta sesama manusia. Saya tidak pasti saya dapat bertemu tuan-tuan, puan-puan pada tahun hadapan,” katanya.
Ceritanya, sebaik disahkan menghidap kanser berkenaan, perkataan pertama yang keluar dari mulutnya adalah ucapan syukur Alhamdulillah kerana menerima dugaan sebesar itu.
“Bila doktor beritahu kanser, saya sebut Alhamdulillah, terima kasih ALLAH. Dalam berjuta-juta manusia, Kau pilih aku menerima hadiah sebesar ini.
“Saya buat sujud syukur. Sebab bukan semua hadiah daripada ALLAH, ALLAH bungkus dengan bungkusan yang cantik. Adakala ALLAH memberi hadiah kepada hambanya dengan bungkusan yang dipanggil musibah. Bila dibuka hadiah tersebut, baru kita jumpa hikmah yang sangat indah,” katanya.
BILA SYUKUR ALLAH TAMBAH NIKMAT
Sebaik membuat sujud syukur, beliau terus teringat sepotong ayat al-Quran, surah Ibrahim ayat tujuh yang bermaksud, ‘barang sesiapa yang bersyukur ALLAH akan tambahkan nikmat. Barang sesiapa yang kufur, azab ALLAH amatlah pedih’.
“Bila saya sebut Alhamdulillah, ALLAH akan tambah nikmat. ALLAH bukan Tuhan yang berbohong. Percayalah. Yakinlah bulat-bulat. ALLAH akan tambah nikmat. Nikmat apa yang saya dapat? Nikmat ketenangan. Tenang jiwa, damai di hati menunggu tarikh untuk mati, pergi bertemu Illahi.
“Jadi apa saya buat, saya syukur sahajalah. Bangun pagi saya ucap Alhamdullilah. Seolah-olah kita akan hidup 1,000 tahun lagi. Hari demi hari menanti 20 Januari 2018, saya bersiap sedia sebelum dijemput Illahi,” katanya.
Sumber kredit: Sinar Harian
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kalau Saat Ini Masih Single Tak Perlu Risau Sangat, Nikmati Sepuasnya Momen Singlemu
“Bila nak kawin ni? Kerja dah bagus, pendek kata semua dah lengkap.” Tak dapat dinafikan soalan begini seakan satu soalan ‘puaka’ buat mereka yang masih bujang. Yang si tukang tanya pun lontar soalam macam tak ada perasaan.
Ya! memang semua orang ingin hidup berpasangan namun andai belum sampai jodoh, apa lagi yang mampu dilakukan selain terus berdoa agar dikurniakan jodoh yang sesuai. Namun buat mereka yang masih berseorangan dan masih belum ketemu dengan jodoh anda, usahlah bermuram durja. Hidup single bukan bermakna kehidupan anda akan suram.
Ikuti perkongsian lelaki ini, Syafiq Ridhwan tentang perihal jodoh.
Jangan risau kalau masih ‘single’.
Jangan risau.
Awak bebas untuk buat apa sahaja. Tidur di hari ahad macam ini, dan ketika awak bangun, awak masih tidak perlu memikirkan untuk terus mencuci muka, atau merapikan rambut seperti orang lain. Awak boleh pakai apa pun pakaian yang awak mahu, bebas tanpa perlu dikritik oleh orang lain.
Awak boleh berikan reward kepada diri awak, atas apa jua pencapaian kecil yang telah awak tetapkan. Awak boleh lepak di kedai kopi sambil menghabiskan berapa lama untuk membaca novel. Atau mungkin menonton drama di laptop. Ia lebih kepada kebebasan yang telah awak rancang sendiri.
Single ini membolehkan awak menyimpan duit. Menyimpan seberapa banyak duit awak mahu dan berjalan mengelilingi dunia, membeli cenderamata kenang-kenangan untuk diri sendiri dan menyimpannnya sebagai memori di masa hadapan kelak.
Awak boleh bila-bila masa ketawa, menangis bila menonton drama sedih, atau menjerit sekuat hati ketika menonton filem seram. Setidaknya awak menjalani setiap satu saat dalam hidup awak dengan gembira, menghargai setiap satu nafas yang ditarik dan dihembus.
Tiada siapa cakap menjadi single, atau masih belum bertemu jodoh itu adalah satu perkara yang teruk. Atau awak menjadi orang yang paling malang. Tidak sama sekali.
Sebenarnya, awak tengah memupuk diri sendiri untuk menjadi yakin. Yakin bahawa awak mampu untuk berdiri atas kaki sendiri. Dan sebenarnya, awak sedang bercakap dengan diri awak sendiri.
“Satu hari kelak, aku pasti akan berdua, tapi biarlah untuk masa sekarang, aku menjalani setiap satu pengalaman dan peluang hidup ini dengan penuh makna”
Jangan risau.
Jodoh hatta pertemuan itu semua, tuhan dah tentukan. Seberapa lama pun, seberapa lambat pun, pasti suatu hari kelak, tuhan akan ketemukan juga.
Untuk ketika ini, kekal tenang, tersenyum, dan berdoalah.
Tuhan Maha Mendengar.
P/S : Sampai-sampaikan pada kawan-kawan yang masih single dan masih kecewa dengan jodoh yang tak kunjung tiba. Moga Allah permudahkan urusan kita.
Syafiq Ridhwan
Dalam satu ada dua.
Dalam dua.
Ada kita.
Sumber kredit: FB: Syafiq Ridhwan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI