Meski pun Farah Lee dan Ally Iskandar telah berpisah namun hubungan mereka tetap baik. Melalui perkongsian foto dan video sama ada oleh Farah Lee mahupun Ally sendiri, ramai mendoakan mereka berdua bersatu kembali sebagai suami isteri.
Baru-baru ini Farah Lee telah memuat baik foto dua pasang kasut pemberian dari Ally. Berserta dengan kapsyen, posting tersebut boleh dikatakan telah menjawab soalan tidakkah dia menyesal berkahwin dengan Ally. Berikut catatan Farah Lee.
Q: Pernah tak menyesal kahwin dengan daddy Maream.?
A: Gila menyesal.? Sampai la ni daddy belanja omma kasut. Omma doakan daddy kawen dengan #ommabaru yang tak kesah daddy belanja omma AJ sampai ke tua ? Kalau dia kesah, omma doakan daddy tak kawen2. Hahahahahaha ???
.
Gurau je okay daddy.? Hehe.. Maream untung ada daddy yang was and still very responsible towards omma and Maream.. Daddy velanja omma AJ Concord upah jaga Maream katanya. Semoga selalulah dapat upah. Paling kurang sampai Maream umur 18 okay @allyiskandarrasmi.? ?
.
Anyway, tak perlulah doakan omma dan daddy berbaik balik. Guess we’re better friends like this. Macam korang, takkan korang kawen dengan semua kawan lelaki yang korang ada khennn.? Mentang2 baik ? Muahahaha.. Begitulah. Harap fahamlah. Kalau nak doa jugak, doalah dalam hati, bukan dalam komen di bawah ini kbai ?
Teringat soalan interview yang Farah terima tempoh hari. So Farah share kat bawah ya pada siapa yang selalu tanya macam mana Farah fahamkan Maream tentang family dia yang ‘lain’ dari kebanyakan family kawan2 dia ni ?
.
“Q : Pernah tak anak bertanya perihal bapanya? Dan bagaimana Farah menjawab soalan ini agar anak faham situasi yang dihadapi oleh Farah
.
A : Farah bagitahu Maream yang Daddy dan Omma tak boleh duduk sama-sama nanti gaduh hehe.. Dengan usia sekarang, Farah tak rasa Maream faham dengan apa yang berlaku tetapi Farah sentiasa terangkan pada Maream (sejak hari pertama – Maream was 2 tahun 3 bulan) yang keluarga dia agak lain berbanding kebanyakan keluarga lain, dan kelainan bukanlah sesuatu yang salah tetapi ia memberikan warna dalam kehidupan
.
Yang penting, jangan pisahkan kasih antara ibu bapa dengan anak, tak kira apa masalah antara anda berdua. Anak kita mungkin terpaksa berusaha membesar dalam ‘broken family’, pisahkan kasih antara mereka hanya menjadikan kita ibu/bapa yang pentingkan diri sendiri
.
Juga, elak untuk aibkan mana-mana pihak kerana mengetahui aib ibu bapa boleh menggangu perkembangan emosi anak-anak; boleh berkemungkinan mereka akan membesar dalam dendam, atau mempunyai keyakinan diri yang rendah
.
Anak-anak akan belajar menyesuaikan diri dengan kelainan ini dan bila tiba masanya, mereka akan faham dan boleh fikir sendiri. Keluarga yang tidak sempurna bukan alasan untuk anak-anak mendapat kasih sayang yang tidak sempurna juga.”
.
— Hope this helps. Being a single mom is never easy, it’s a hard work but always worth it. Trust me.! ?
.
Pada yang nak ‘suruh’ kami berbaik semula, rasanya tak perlulah komen begitu di sini ya. You’ll never know the struggles we’ve been through, please give us space ??#ommabebel #FLparenting
https://www.instagram.com/p/BrPyO9igG1g/?utm_source=ig_web_copy_link
https://www.instagram.com/p/BjXT8mmA6hy/?utm_source=ig_web_copy_link
Sumber kredit: @Farah Lee
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI