Saban tahun, wilayah Tabuk yang terletak di bahagian Barat Laut Arab Saudi akan mengalami cuaca sejuk luar biasa hingga salji memenuhi kawasan pergunungannya.
Dihuni sekitar 500,000 penduduk, daerah ini terletak berhampiran dengan negara Jordan.
Jika di Arab Saudi cuacanya agak panas dan kering tetapi di daerah ini ia menerima salji sekurang-kurangnya 3-4 tahun sekali. Dan ia bukanlah sesuatu yang luar biasa di mana kejadian kiamat sering kali diperkatakan di media sosial setiap kali salji turun di daerah ini.
Tabuk, cukup jauh dari kota-kota penting di Arab Saudi seperti Makkah, Madinah atau ibu negaranya, Riyadh. Jarak perjalanan Riyadh ke Tabuk sekitar 1400 km dan seandainya menaiki kereta, perjalanannya sekitar 12 jam. Tapi kalau menggunakan pesawat, ia mengambil masa 2 jam.
.Dan baru ini, memetik Sinar Harian, diberitakan, sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak awal pagi Sabtu lalu.
Ia adalah disebabkan oleh gunung setinggi lebih 2,500 meter di wilayah barat laut negara itu dilanda cuaca sejuk melampau dan hujan. Keadaan gunung yang bertukar putih itu menyebabkan ramai tertarik dengan kehadiran salji tersebut.
Ads
Sejumlah kanak-kanak menikmati salji yang turun, mengambil gambar dan berkongsinya di media sosial. Ramai pengguna media sosial yang terkejut kerana kehadiran salji yang kelihatan di Arab Saudi.
Menurut saluran stesen televisyen satelit Al-Ekhbariya, salji terus turun sehingga Ahad manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) menyatakan bahawa ribut petir akan dialami di beberapa wilayah sehingga Isnin.
Pada tahun lalu dan 2019, wilayah Tabuk juga diselimuti salji akibat suhu terlampau sejuk.
.Kenapa kiamat sering dikaitkan bila Arab Saudi diseliputi salji?
“Kiamat tidak akan terjadi hingga wilayah Arab kembali menjadi tanah yang subur banyak padang hijau dan sungai-sungai. Hingga orang yang melakukan safar antara Iraq dan Makkah, tidak ada yang ditakuti selain kegelapan di jalan. Dan tidak muncul kiamat sampai terjadi banyak pembunuhan,” (HR. Ahmad).
Seharusnya ingatan untuk kita makhluk yang lemah ini, kiamat adalah rahsia Allah taala bahkan persoalan tentang kiamat ini sudah ditanya sejak pada zaman Rasulullah lagi. Allah SWT juga mengabadikannya dalam Al-Quran:
“Manusia bertanya kepadamu tentang hari kebangkitan. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari hari berbangkit itu hanya di sisi Allah”. Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (QS. al-Ahzab: 63).
Pengetahuan tentang hari akhirat ini hanya dimiliki oleh Allah SWT. Tugas manusia adalah menjalankan perintah Allah SWT dan mengumpulkan bekalan sebanyak mungkin untuk persiapan di hari akhirat. Dan manusia tiada daya upaya mengenainya langsung.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Forex atau disebut juga Foreign Exchange. Forex Trading pula merujuk kepada aktiviti perniagaan tukar beli matawang. Dalam erti kata lain, pelabur-pelabur Firex berdagang mata wang untuk mendapatkan keuntungan.
Masa kini, ramai mungkin tertarik untuk mendapat wang banyak dengan cara mudah. Salah satunya membuat pelaburan atau bermain forex.
Mungkin untuk menarik hati lebih banyak umat islam membuat pelaburan, sebuah syarikat pelaburan didakwa sanggup menunjukkan sijil halal palsu dari Bahagian Halal JAKIM. Lebih mengharukan dan mungkin tidak sedar “kesilapan” dilakukan ialah syarikat berkenaan mereka tidak tahu sijil halal ini hanya dikeluarkan untuk makanan dan minuman sahaja. Bukan pada urusan pelaburan begini.
Menurut Jabatan Standard Malaysia, MITI, sijil Halal MS 1500:2009, merujuk kepada “Makanan halal – Pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan.” Dan pastinya JAKIM tidak mengeluarkan sijil Halal untuk online forex trading kerana Majlis Fatwa Kebangsaan dalam fatwanya mengatakan forex haram.
Bahagian Hab Halal JAKIM dalam satu kenyataan hari ini d fb mereka memaklumkan tentang syarikat FP Market Investment Trade dan sijil ditunjukkan adalah palsu.
Berikut adalah kenyataan dari JAKIM.
Penjelasan Isu Status Sijil Halal Produk Kewangan
Pihak kami menerima banyak pertanyaan di media sosial mengenai status Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) terhadap satu produk kewangan.
Untuk makluman, JAKIM tidak pernah menawarkan skim pensijilan halal bagi produk kewangan. Sijil halal yang dikeluarkan kepada syarikat berkenaan juga adalah palsu.
Oleh yang demikian, pengguna dinasihatkan agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai tipu helah dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan penyalahgunaan SPHM, pengguna bolehlah mengemukakan aduan yang lengkap kepada JAKIM.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal (http://www.smarthalal.com.my/faq.html)
Dalam pada itu, Kashoorga kongsikan kenyataan dari Jabatan Mufti Perlis mengenai hukum forex trading online yang jelas hukumnya haram.
HUKUM FOREX TRADING ONLINE
Hukum asal pertukaran mata wang dengan mata wang yang lain (الصرف) adalah harus dengan syarat pertukaran atau urusniaga dilakukan dengan serahan milik oleh kedua belah pihak secara tunai dan serta-merta (التقابض).
Adapun perdagangan mata wang secara online melalui platform-platform sama ada tempatan atau luar negara diharamkan sama ada dijalankan oleh individu atau institusi kerana sebab-sebab berikut:
Ketiadaan berlaku serahan milik oleh kedua belah pihak secara tunai dan serta-merta (التقابض) sama ada secara hakiki ataupun hukmi (konstruktif).
Kewujudan unsur riba iaitu pada kemudahan leverage (pinjaman tunai) oleh platform yang mensyaratkan dilakukan perdagangan mata wang dengan caj berbayar hanya dengan platform yang sama. Riba juga berlaku pada overnight charge (caj semalaman) ke atas pinjaman yang tidak dilangsaikan pada hari yang sama.
Kewujudan unsur gharar (ketidaktentuan) iaitu pada identiti penyedia platform, undang-undang yang menyelia pedagangan tersebut serta keabsahan transaksi yang dilakukan.
Kewujudan unsur maisir (judi) yang mendedahkan pihak pedagang kepada peluang untung atau risiko kerugian kerana bergantung kepada spekulasi (ramalan) pergerakan nilai mata wang yang berada di luar kawalan, usaha dan pengaruh pihak yang berurusniaga. Ini sama dengan meletakkan wang pertaruhan yang mengakibatkan salah satu pihak mengaut keuntungan atas kerugian pihak lain yang mana untung dan rugi bergantung kepada nasib.
Dengan ini demi untuk mengembalikan kestabilan nilai sesuatu mata wang, perdagangan mata wang bagi tujuan ramalan keuntungan perlu dihentikan bagi mengelakkan mata wang dijadikan komoditi yang mana perkara ini hanya akan lebih menjejaskan sistem fiat money yang sudah sedia lemah dan juga meningkatkan inflasi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika banyak hutang dan kita tak selesaikan semasa masih hidup memang akan menyusahkan waris. Lebih utama orang yang berhutang juga akan tak lepas di walau sudah di alam sana.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Jiwa (atau roh) orang beriman itu akan tergantung sehinggalah seseorang menyelesaikan bagi pihaknya.”
Antara perkara awal yang akan dihitungkan oleh malaikat adalah hutang-hutang kita yang belum lunas. Namun seandai seseorang itu mati tapi tak sempat selesaikannya siapakah yang wajib menguruskannya hingga selesai, supaya arwah damailah di sana.
Ikuti nasihat daripada Ustaz Azhar Idrus ini.
SOALAN:
Jika seseorang itu meninggal dunia dan dia ada banyak hutang dengan seseorang siapakah yang wajib bayar hutangnya?
JAWAPAN:
Apabila ada bagi mayat itu hutang maka hendaklah dibayar hutang tersebut dari harta yang ditinggalkannya sekali pun waris tidak bersetuju kerana waris tidak ada hak ke atas harta melainkan setelah dijelaskan segala hutang mayat.
Ertinya: “Masalah. Telah mati seseorang dan atasnya ada berhutang dan meningggalkan akan harta kadar membayar hutang atau lebih banyak tiadalah terlepas dari tanggungannya sampailah dibayar daripadanya.” (Kitab Ghayatul Talkhis)
Yakni apabila digunakan harta peninggalannya itu buat membayarkan hutang tersebut maka terlepas mayat itu dari hutangnya.
Dan berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili : إنقسمةالمواريثكلهابينالورثةمقدمعليهأولاإيفاءالديونالمتعلقةبالتركة،وتنفيذالوصايا التفسيرالمنيرللزحيلي (4/ 276)
“Sesungguhnya pembahagian segala harta pusaka sekaliannya antara segala waris didahulukan atasnya pada permulaan dengan menunaikan segala hutang yang bergantung dengan harta peninggalan dan diluluskan segala wasiatnya.” (Kitab Tafsir Al-Munir)
Maksudnya hendaklah diselesaikan dulu hutang mayat dan segala wasiat jika ada sebelum dibahagikan antara segala warisnya.
Ertinya: “Dan dengan ijmak jikalau mati seseorang dan atasnya ada hutang nescaya tidak wajib atas walinya menunaikannya dari hartanya.
Maka jika sukarela membayar oleh wali dengan demikian itu nescaya telah terbayar hutang itu daripada mayat.” (Jami’ Li Ahkam Al-Quran)
Walhasil bila mayat ada meninggalkan hutang dan harta maka wajib dibayar hutang tersebut menggunakan harta mayat bukan harta waris atau orang lain.
Waris disunatkan membayar hutang mayat andainya mayat tidak meninggalkan harta yang cukup buat membayar hutang supaya lepaslah mayat itu dari berhutang.
Bukan sekali tapi sudah banyak kali hal sebegini dilaporkan di media sosial. Ia berkaitan “perangai buruk” sesetengah dari kita yang suka bersedekah kain baju tapi biasanya akan bersedekah baju yang yang sesuai dijadikan kain buruk saja.
Bukan masih elok dipakai. Kata orang asbab nak kosongkan almari saja dan apa seterusnya berlaku, itu hal mereka pada hal baju disedekahkan hanya layak dijadikan kain buruk saja.
Dikongsi dari fb, Fadamir Saad dirinya berkongsi sikap sebenar orang kita, sayang nak beri barang elok saat bersedekah.
Nak rasa marah, tapi kena sabar.
Hampa tengok lah sendiri, kasut dan pakaian yang dihantar ke rumah anak anak yatim ini.
Allah, tergamak ke nak bagi mereka pakai?
Walau pun mereka anak-anak yatim, mereka juga layak pakai yang baru cantik dan elok pada pandangan mata.
Adakalanya niat kita memang cantik, memang baik, nak bagi sumbangan pada anak anak yatim tapi matlamat itu tidak menghalalkan cara. Tidak bermakna kita boleh buat apa sahaja yang kita suka, bagi pakaian lusuh yang layak dibuat kain buruk.
Orang asal di pendalaman nuh pun pandai menilai.
“Kenapa tak ambil baju itu?”.
“Tak mahu,buruk “.
Nah, tersentak aku. Bila aku lihat sendiri, ya memang lusuh, aku suruh juga ambil tapi bukan untuk di pakai hanya dibuat kain buruk habuan lap lap kepala “spark plug” bila membaiki enjin “motoboat” mereka.
Kalau nak memberi pakaian terpakai pegang konsep ini.
Berilah pakaian di mana kamu tidak muat untuk memakai lagi, masih segar warna dan baunya baru pakai sekali dua sahaja. Basuh dahulu wangi wangi pek elok2 dalam plastik, labelkan saiz dan ikut umur mudah mereka memilihnya.
Jangan diberi sebab kamu rasa warnanya sudah pudar, lusuh, zipnya tidak dapat dibaiki acap kali dipakai kamu hingga kamu menolak untuk memakainya lagi, kamu nak buat kain buruk pun kamu sayang akhirnya kamu lupuskan dengan diberikan kepada mereka demikian rupa.
Mereka bukan tidak bersyukur atas pemberian sesiapa, mereka juga ada hati untuk dijaga. Cantik pandangan mata kita tidak sama cantik pandangan orang lain.
Apa yang kita suka tidak bermakna mereka akan suka apa yang kita suka. Moga Allah swt ampunkan kita.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Panduan solat sunat taubat...Solat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat...