Saban tahun, wilayah Tabuk yang terletak di bahagian Barat Laut Arab Saudi akan mengalami cuaca sejuk luar biasa hingga salji memenuhi kawasan pergunungannya.

Dihuni sekitar 500,000 penduduk, daerah ini terletak berhampiran dengan negara Jordan.

Jika di Arab Saudi cuacanya agak panas dan kering tetapi di daerah ini ia menerima salji sekurang-kurangnya 3-4 tahun sekali. Dan ia bukanlah sesuatu yang luar biasa di mana kejadian kiamat sering kali diperkatakan di media sosial setiap kali salji turun di daerah ini.

Tabuk, cukup jauh dari kota-kota penting di Arab Saudi seperti Makkah, Madinah atau ibu negaranya, Riyadh. Jarak perjalanan Riyadh ke Tabuk sekitar 1400 km dan seandainya menaiki kereta, perjalanannya sekitar 12 jam. Tapi kalau menggunakan pesawat, ia mengambil masa 2 jam.

Sering Dikaitkan Dengan Kiamat Bakal Terjadi, Salji Di Tabuk Arab Saudi Bukan Perkara Luar Biasa
.Dan baru ini, memetik Sinar Harian, diberitakan, sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak awal pagi Sabtu lalu.

Ia adalah disebabkan oleh gunung setinggi lebih 2,500 meter di wilayah barat laut negara itu dilanda cuaca sejuk melampau dan hujan. Keadaan gunung yang bertukar putih itu menyebabkan ramai tertarik dengan kehadiran salji tersebut.

IKLAN

Sejumlah kanak-kanak menikmati salji yang turun, mengambil gambar dan berkongsinya di media sosial. Ramai pengguna media sosial yang terkejut kerana kehadiran salji yang kelihatan di Arab Saudi.

Menurut saluran stesen televisyen satelit Al-Ekhbariya, salji terus turun sehingga Ahad manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) menyatakan bahawa ribut petir akan dialami di beberapa wilayah sehingga Isnin.

Pada tahun lalu dan 2019, wilayah Tabuk juga diselimuti salji akibat suhu terlampau sejuk.

Sering Dikaitkan Dengan Kiamat Bakal Terjadi, Salji Di Tabuk Arab Saudi Bukan Perkara Luar Biasa
.Kenapa kiamat sering dikaitkan bila Arab Saudi diseliputi salji?

IKLAN

Berdasarkan satu hadith,

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجاً وَأَنْهَاراً وَحَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ بَيْنَ الْعِرَاقِ وَمَكَّةَ لاَ يَخَافُ إِلاَّ ضَلاَلَ الطَّرِيقِ وَحَتَّى يَكْثُرَ الْهَرْجُ

IKLAN

“Kiamat tidak akan terjadi hingga wilayah Arab kembali menjadi tanah yang subur banyak padang hijau dan sungai-sungai. Hingga orang yang melakukan safar antara Iraq dan Makkah, tidak ada yang ditakuti selain kegelapan di jalan. Dan tidak muncul kiamat sampai terjadi banyak pembunuhan,” (HR. Ahmad).

Seharusnya ingatan untuk kita makhluk yang lemah ini, kiamat adalah rahsia Allah taala bahkan persoalan tentang kiamat ini sudah ditanya sejak pada zaman Rasulullah lagi.
Allah SWT juga mengabadikannya dalam Al-Quran:

يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّـهِ ۚ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا

“Manusia bertanya kepadamu tentang hari kebangkitan. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari hari berbangkit itu hanya di sisi Allah”. Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (QS. al-Ahzab: 63).

Pengetahuan tentang hari akhirat ini hanya dimiliki oleh Allah SWT. Tugas manusia adalah menjalankan perintah Allah SWT dan mengumpulkan bekalan sebanyak mungkin untuk persiapan di hari akhirat. Dan manusia tiada daya upaya mengenainya langsung.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI