‘Sering jaga tahajud, Al-Mulk tak tinggal.’ Kematian anak soleh akibat lemas disebut-sebut kerana kebaikannya. Masyallah anak muda ini bukan saja disenangi rakan terdekat, malahan guru dan pensyarahnya memuji akhlak baiknya.
Pemergian anak muda ini secara tiba-tina amat menyentap perasaan kedua ibu bapa dan keluarga. Malahan rakan terdekat yang menyaksikan setiap kebaikan Hussain Hakimi merasai kehilangannya.
Artikel Berkaitan
Benarlah orang yang baik akan disebut-sebut kebaikannya walaupun dia telah pergi. Dr Zulkifli al-Bakri yang pernah berkhidmat di Pejabat Mufti bersama ayahanda arwah turut meluangkan waktu mengunjungi keluarga arwah.
Kongsi Dr Zulkifli di akaun Instagramnya,
Solat jenazah dan kemudiannya menziarahi Ustaz Ridzuan Awang, mantan Ketua Penolong Mufti semasa saya menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan.
Anak beliau, almarhum Hussain Hakimi telah meninggal dunia akibat lemas ketika mandi sungai di Hulu Langat, semalam.
Saya doakan Ustaz Ridzuan sabar dan tabah menghadapi pemergian anakanda yang dikasihi. Tidak mudah untuk menghadapinya kerana saya juga telah merasainya.
Moga roh anakanda Hussain Hakimi tenang di sana.
Dalam posting yang sama, Ustaz Ridzuan Awang turut berterima kasih kepada Dr Zulkifli yang sudi meluangkan masa. Tulisnya di ruangan komen,
جزاكم الله خير الجزاء
Terima kasih Dato datang ziarah kami di rumah dan sebelum itu pergi ke kubur, solat jenazah ghaib untuk anakanda kesayangan kami Hussain Hakimi. Semoga doa yang Dato ungkapkan dimakbulkan Allah SWT.
secara tiba-tiba sangat kami terasa menyentap hati, ketenangan dan kegembiraan kami bersamanya.
Hussain Hakimi sangat istimewa pada kami dan sangat kami sayang sebab akhlaknya yang sangat baik, kesungguhannya menuntut ilmu, himmahnya yang sangat tinggi buat kebajikan dan semangat juangnya untuk Islam.
Kehadiran rakan-rakan arwah yang sangat ramai dan para gurunya serta saudara mara dan sahabat kami di tanah perkuburan saat urusan persemadiannya sejak awal hingga akhir sangat menyentuh perasaan kami betapa anak kami ini terlalu istimewa.
Semoga ini semua isyarat yang baik untuknya, penzahiran redha, rahmat dan sayangnya Allah kepadanya. Damaikanlah dikau di sana wahai anak ku. Moga syurga untuk mu wahai anak ku Hussain Hakimi.
Malahan pemergian anak muda ini turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustazah Norhafizah Musa. Luahnya,
Allahu Akbar!
Telah kembali ke rahmatillah, seorang anak muda yang teramat giat membantu PAS Lembah Pantai sepanjang PRU ke-15 ini.
Bahkan sebelumnya dengan akhlak beliau dan kepimpinan yang disenangi ramai, beliau mengajak pemuda seangkatan agar hidup untuk dakwah Islam.
Sepanjang pilihanraya, almarhum siang malam membantu. Slogannya, “ada kerja apa lagi nak buat”. Sampai tengah malam bertanya, nak buat apa lagi.
Qaddarallah, selepas PRU, beliau dan sahabat-sahabat hendak merehatkan diri di lokasi air terjun, beliau tergelincir dan mati lemas, dua jam pasukan bomba berusaha nak keluarkan beliau yang tersepit di batu. Allahuakbar!
Rehatlah wahai anak! Allah telah pilih hidup mu begitu indah. Lihatlah bagaimana orang sekeliling mu memuji mu. Kamu selalu menjaga tahajjudmu. Kamu anak muda yang menangis di tikar sejadah. Allahuakbar.
Ya Allah tempatkanlah almarhum di tempat yang terbaik di sisi-Mu bersama para Solihin.
Semoga Allah beri ketabahan kepada ahli keluarga almarhum.
Baca Di Sini
Posting Terakhir Arwah Tentang Solat! Sempat Berdakwah Kongsikan Ceramah Live Ustazah Asma’ Harun
Kashoorga: Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga arwah. Al-Fatihah.
Sumber : Instagram Dr Zulikifli Al-Bakri , Ustazah Norhafizah Musa
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.