Seronok Nak Balik Kampung, Jangan Lupa Baca Doa Ini Mohon Allah LIndungi Kita Dari Perkara Buruk

Share

Sebaik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB dan menggantikan dengan PKPP dengan membenarkan aktiviti rentas negeri, ramai yang menarik nafas lega.

Ini bermaksud kebenaran untuk balik ke kampung halaman masing-masing untuk bertemu kaum keluarga terutama emak ayah yang sudah tidak dijenguk untuk tempoh tiga bulan sejak PKP dilaksanakan.

Gambar sekadar hiasan.

Walaupun awal Syawal tempohari disambut sederhana, namun nampaknya sinar kegembiraan menjadi berganda apabila masih boleh menyambutnya di minggu terakhir bulan Syawal. Tetapi jangan dilupakan SOP yang dilaksanakan sebelum ini.

Namun begitu sepanjang perjalanan ke kampung halaman masing-masing, jangan lupa untuk membaca doa demi untuk keselamatan sepanjang perjalanan.

Juga untuk melakukan aktiviti lain yang dibenarkan seperti berjumpa teman, gunting rambut atau ketika berada di luar.

Perkongsian doa ini oleh PU Amin yang dimuat naik di laman Instagramya beserta pesanan.

Doa ini adalah doa untuk mohon Allah kekalkan nikmat kita hari ini. Nikmat bebas dari virus, walau bukan sepenuhnya tapi kita minta agar Allah lindung kita, minta Allah elakkan penyakit , minta Allah jauhkan benda benda buruk..

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar, dia berkata, “Di antara doa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ .

“ALLOOHUMMA INNII A’UUDZU BIKA MIN ZAWAALI NI’MATIK, WA TAHAWWULI ‘AAFIYATIK, WA FUJAA’ATI NIQMATIK, WA JAMII’I SAKHOTHIK”..

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesehatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu. (HR. Muslim)..

Kredit Foto: Instagram PU Amin

Kashoorga: Untuk yang mahu berjalan jauh, pastikan alatan sampingan untuk kenderaan anda tersedia. Dapatkan apa yang diingini di sini

Published by
Siti Zurina Mat Saman