Menerima berita kematian Baby Nishka lewat petang tadi menyuntik rasa sedih di hati. Mana tidaknya baru membaca kisah penderitaan Baby Nishka baru berusia 4 bulan yang terpaksa bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan dek kerana penyakit kanser otak tahap 4 dan kanser buah pinggang yang dihidapi.
Perkhabaran sedih ini disampaikan melaui Instagram Mawar yang sebelum ini diketahui mengambil berat perihal adik Nishka. Malah usahawan ini pernah ke Kelantan untuk melihat keadaan terkini bayi berkenaan.
View this post on Instagram
Melalui perkongsian di laman Instagramnya, Mawar memaklumkan adik Nishka atau nama sebenarnya Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham telah menemui PenciptaNya. Berita ini disahpan sendiri oleh bunya, Khairiah Kamaruddin yang turut menghubungi Mawar memberitahu.
Al- Fatihah…Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un… Baby Nishka berehat la di Syurga menanti awak di sana . Setelah berjuang bertarung nyawa. Allah lebih sayang kan baby Nishka. Ibubapa baby Nishka akan tunggu di syurga ya anak… –
Kami sayang baby Nishka . Mari kita sedekah Al Fatihah n doa kan baby Nishka @kheriykhairiah_nishkaofficial –
–
(Menerima panggilan dari ibu baby Nishka mengatakan baby Nishka dah pergi tinggal dunia ) – (Sejujur nya memang tidak mampu utk sy melihat anak syurga ni tabah bertarung nyawa )
Sebelum ini penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut menzahirkan simpatinya pada Baby Nishka di laman Instagram dengan meminta orang ramai sama-sama mendoakan kesembuhan si kecil ini.
Namun sesungguhnya Tuhan lebih menyayangi Baby Nishka yang hanya sempat 4 bulan merasai nikmat dunia ciptaan Allah Maha Esa.
Dalam laporan di Harian Metro, Baby Nishka menghembuskan nafas terakhirnya jam 4.30 petang di sisi kedua ibu bapa dan ahli keluarga.
Dia dan suaminya, Mohd Farham Che Ahmad reda dengan pemergian anak bongsu dari lima beradik ini.
Semoga anak syurga ini berehat sepuasnya di Firdausi Jannah kerana penghidupan di sana lebih kekal abadi.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MAWAR KARIM & CTDK
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI