Setiap hari beri makan 40 ekor kucing jalanan. ‘Ini caranya saya kongsi ganjaran pahala dengan penderma buah pinggang anak.’ Begitulah luahan seorang bapa yang amat menghargai penderma buah pinggang anaknya.
Disebabkan pihak hospital merahsiakan nama penderma atas permintaannya, jadi beginilah cara lelaki tua ini membalas jasa dan pengorbanan penderma itu kepada mereka sekeluarga.
“Inilah yang mampu saya lakukan untuk berkongsi ganjaran pahala dengan penderma buah pinggang yang tidak dikenali menderma buah pinggang kepada anak perempuan saya yang bongsu,” kata warga emas, Nasir Salaton, 69.
Setiap hari dia memberi makanan kepada kira-kira 40 ekor kucing jalanan sejak lima tahun yang lalu, dekat Slim River, Perak.
Menurut Nasir, dia kini hanya mempunyai dua anak iaitu anak sulung lelaki dan anak bongsu perempuan selepas anak perempuan yang kedua meninggal dunia.
Jelasnya, anak perempuannya, Nurul Faezah, 33, menderita sakit buah pinggang selama 15 tahun selepas tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM).
40 Ekor Kucing Jalanan
Katanya, pada peringkat awal dia memberi kucing makan hanya sekitar kawasan tempat tinggal iaitu di Kampung Kurnia dan perumahan sahaja.
“Pada tahun 2020, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh pihak kerajaan, saya menerima panggilan telefon daripada pihak hospital.
“Pihak hospital memaklumkan ada seorang penderma ingin menderma buah pinggang kepada anak saya dan ketika itu memang saya rasa terkejut dan amat bersyukur dengan berita terbabit,” katanya lagi.
Ads
Ini Caranya Saya Kongsi
Selepas menjalani pembedahan di hospital berkenaan, anak perempuannya kembali pulih dan kehidupan seharian anaknya kembali normal.
Ekoran pihak hospital diminta merahsiakan nama penderma buah pinggang kepada anaknya sehingga hari ini, dia tidak mengetahui siapa insan misteri yang berhati mulia membantu anak perempuannya itu.
“Saya ingin berjumpa dengan penderma sekurang-kurangnya dapat mengucapkan terima kasih kepadanya yang sanggup berkorban menderma buah pinggang namun pihak hospital tetap memegang amanah yang diberikan kepada mereka agar merahsiakan nama penderma terbabit.
“Oleh itu, bagi membalas jasa dan pengorbanan penderma terbabit, saya memberi kucing makan sambil berdoa menghadiahkan atau memanjangkan ganjaran pahala ke atas apa yang saya lakukan kepada penderma terbabit,” katanya.
Ganjaran Pahala
Tambahnya lagi, jika dahulu dia hanya memberi makanan kucing hanya sekitar kampung dan perumahan sahaja namun sejak dua tahun yang lalu beliau memberi kucing makan di sekitar pekan Slim River, Perak pula.
Katanya, beliau membelanjakan kira-kira RM50 sehari untuk membeli ikan dan ayam yang akan digaul bersama nasi setiap hari sebelum bergerak ke tempat tinggal kucing jalanan terbabit setiap pagi.
Ads
“Begitulah rutin pada waktu pagi saya setiap hari dengan menunggang motosikal untuk menjejaki tempat tinggal kucing jalanan sambil membawa makanan.
“Bunyi sahaja deruman dan hon motosikal atau suara saya, kucing jalanan akan datang menghampiri untuk menikmati makanan termasuklah anjing liar di kawasan pekan,” katanya.
Keadaan Nurul Faezah yang masih belum sembuh sepenuhnya menyebabkan dia tidak mampu bekerja dan tinggal bersama ibu bapanya di samping membantu mengurus kehidupan seharian.
Ads
Malah, masih menjalani rawatan susulan di salah sebuah hospital kerajaan secara berkala dan bergantung kepada keadaan kesihatan.
Oleh itu, Nurul Faezah yang akan memasak makanan kucing setiap hari sebelum ayahnya menunggang motosikal sambil membawa makanan kucing dari rumah kira-kira jam 7 pagi.
Nasir berkata, kucing atau anjing jalanan juga makhluk Tuhan dan perlukan makanan seperti manusia untuk terus bernafas di muka bumi walaupun hanya sementara.
Buah Pinggang Anak
Katanya, apa yang dilakukan diharapkan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat setempat agar perihatin kepada makhluk Tuhan.
“Hati saya berasa lebih tenang dan berharap pahala yang saya niatkan semasa memberi makan kucing sampai kepada penderma buah pinggang terbabit.
“Saya sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada penderma terbabit kerana memberi sinar baharu kepada anak perempuan saya dan jasa baiknya hanya Tuhan sahaja mampu membalasnya,” katanya.
Jadi tidak hairanlah, kelibat lelaki ini memberi kucing jalanan makan setiap hari sudah menjadi kebiasaan penduduk yang tinggal sekitar Slim River dan rata-rata mereka memuji usaha yang dilakukan oleh beliau itu.
Kashoorga : Tindakan Nasir patut dijadikan inspirasi dan contoh kerana tak semua yang ambil berat tentang kucing jalanan.
Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya” (Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab Wasiyyah).
Ternyata doa anak yang soleh berjaya membuka hati seorang ibu untuk mengubah penampilan dari memakai pakaian mengikut bentuk tubuh kepada menutup aurat sepenuhnya mengikut syariat.
Dikongsi dari akaun Tik Tok Fazzuliana_lia, ibu ini berkongsi satu kisah yang wajar dijadikan pengajaran buat para ibu di luar sana. Istimewanya kerana doa seorang anak, dirinya akui dia yang dahulunya sangat leka mengejar duniawi kini mengubah penampilannya dan mengenakan pakaian menutup aurat yang mengikut syariat sepenuhnya. Semuanya berkat dari doa seorang anak yang ingin ibunya ke syurga bersama-sama.
Menurut Fazzuliana_lia, ketika dia leka dengan duniawi, mengejar glamor di dunia dengan pakaian indah di pandangan mata bukan mahram dan lelaki-lelaki anjabi sehinggalah dirinya terlupa anaknya yang masih kecil ketika itu (berusia 10 tahun) dan sudah dimasukkan ke pusat tahfiz.
Kongsinya lagi, pada Februari 2018, dia dan ayahnya dijemput menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah. Ketika di Tanah Suci Makkah, Allah menjentik hati saya untuk mulai menyukai pakaian-pakaian menutup aurat seperti di syariatkan agama.
“Balik dari Tanah Suci, mulai 2018-2019, saya sudah berjinak-jinak memakai pakaian menurut syariat yang sebenar-benarnya termasuk mengenakan niqab.
“Tahun 2020 saya mulai mengenakan purdah/ niqab. Masa berlalu dan ketika itu anak sudah mulai tumbuh remaja.
“Apa yang buat hati saya sebagai ibu rasa sebak, anak mula berkongsi rahsia yang disimpannya selama ini. Kata anak, antara doa selama bertahun-tahun dalam solatnya ialah dia memohon kepada Allah SWT agar menganuerahkan ibunya jalan yang diredhai, menutup aurat mencapai kejayaan dengan batas sebagai orang Islam sehinggalah ke hari ini. Bahkan dapat dilihat Fazzuliana dan anaknya sering membaca al-Quran bersama-sama.
Dari perkongsiannya itu, ramai menzahirkan rasa sebak dan terharu kerana dari doa seorang anak, seorang ibu boleh berubah dengan lebih baik dalam kehidupannya.
DaripadaNya kita datang dan daripadaNya juga kita kembali. Setelah hampir beberapa bulan bertarung nyawa, akhirnya anak kedua pelakon serta pelawak popular Ali Puteh, Sharifah Nur Ainul Mardhiah telah dijemput menemui Tuhannya jam 11.30 pagi tadi.
Si kecil ini yang baru berusia 3 bulan disahkan menghidap masalah injap jantung terbalik dan telah menjalani pembedahan kerana masalah berkenaan.
Ternyata catatan ringkas Ali Puteh ini juga turut mengundang sebak apabila meminta anak syurganya itu tidur sepuasnya dan menunggu dia dan isterinya di sana.
Salam semua..nk bgtau pada semua anak sy sharifah nur ainul mardhiah dah kembali kepada penciptanya..sedekah alfatihah buat anak syurga ini..tggu walid dan ibu disana…Tidur lah syg…Rehat lah syg…syurga tempat kamu sayang..!! Allahuakbar…
Tambah Ali, apa yang menyentuh hatinya ialah semangat Ainul untuk meneruskan hidup.
“Sepatutnya doktor cabut mesin bantuan pernafasan pada Jumaat lepas tetapi Ainul buka mata, aktif dan memberikan reaksi positif.
“Doktor pun dah mula gembira, tetapi apabila mesin dicabut Ainul tidak bernafas. Paru-parunya hanya berfungsi 20 peratus.
“Dan satu lagi pembedahan dilakukan dan doktor beritahu hari Isnin mesin akan ditanggalkan dan memintan saya serta isteri redha dengan apa jua kemungkinan.
“Ainul mahu bersama kami walaupun hanya dua bulan…,” katanya kepada Astro Gempak menahan sebak.
fakhrulunic Innalillahi wa inna ilaihi raji’un..sabar n tabah li..berilah kekuatan buat keluarga ini ya Allah. Gantikan mereka yg terbaik disisiMu. Pandanglah mereka dgn rahmat kasihMu. Sesungguhnya bagi Allah apa yg dia beri dan dia ambil..takziah sahabat @aliputeh89@abam_bocik
KASHOORGA: Mengucapkan salam takziah untuk keluarga Ali Puteh dan semoga bersabar dengan ujian yang diberikan oleh Allah. Semoga mereka sekeluarga akan bertemu semula kelak di jannatul firdausi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Alhamdulillah masih ada rezeki, jumpa orang jujur. ‘Terlupa hantar cuci, dua tahun tauke kedai emas yang dikenali dengan nama Tauke Chan, tolong simpan gelang.’
Benarlah kejujuran itu penting dalam apa urusan sekalipun termasuklah dalam urusan perniagaan. Jika kita jujur, insyallah pelanggan percaya dan sayang.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh Ibu Zarah dan ambil pengajaran dari sikap Tauke Chan ini.
Zaman dulu-dulu, kita orang suka cuci emas. Hantar dekat kedai emas, free saja. Lepas cuci atau celup emas, bersinar-sinar gelang itu Satu hari ibu singgah dan hantar cuci gelang berlian dekat satu kedai emas di Klang dan tinggalkan gelang itu di situ. Kedai ini memang favourite arwah mak dan keluarga.
Jumpa Orang Jujur
Masa kecil suka ikut mak pergi kedai emas ini sebab dapat minum air kotak free dan dapat purse kecil yang comel . Ibu pesan dengan Tauke Chan, balik pasar, saya singgah ambil.
Kalut punya pasal, lupa nak ambil. Terus balik rumah dan tak ingat pun pasal gelang itu.
Gelang itu adalah hadiah arwah mak dan memang jarang dipakai sebab berlian ini tak boleh buat basahan (pakai hari-hari) takut batunya cicir.
Terlupa Hantar Cuci
Tahu tak? selepas dua tahun Tauke Chan call ibu.
“Eh, Jaharah, kamu tak nak ke gelang berlian kamu? Itu kedai emas pun sudah tutup dan awak punya gelang ada pada aku, aku tolong simpan.
“Aku cari kau, tanya orang sana sini nak bagi kau punya gelang. Baru hari ini aku dapat kau punya nombor telefon. Mari sini kedai baru dan ambil ko punya gelang”.
“Ya Allah! Chan… Macam mana boleh lupa langsung pasal gelang ni… Alhamdulillah, masih ada rezeki gelang itu bertuankan ibu.
Antara amalan sunat yang boleh dilakukan apabila tibanya Syawal adalah dengan melakukan ibadah puasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Ini berdasarkan sebuah hadis...