
Isi Kandungan
ToggleRamai yang sangat sayangkan Abam Bocey kerana sewaktu hayatnya dia sangat murah rezeki pada orang sekeliling.
Malah dikatakan ada seorang wanita sanggup datang malam-malam untuk menziarahi kubur arwah kerana menurut wanita ini Abam yang selama ini menyara perbelanjaaan sekolah anak-anaknya.
Memang banyak fadilatnya jika kita bersedekah dengan orang lain, terutama kepada yang memerlukan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter wanita ini @efaperfume memberi tip murah rezeki daripada pakciknya yang juga seorang orang kenamaan popular bergelar Tan Sri serta dianggap sebagai jutawan.
Menurutnya pakcik dia memberi tip murah rezeki, semuanya bermula dengan perkara yang basic.
Katanya setiap hari kena ada ‘charity day’ tidak kisahlah sama ada belanja kawan makan atau apa saja.
Walaupun jumlahnya kecil tetapi pastikan amalan itu berterusan. Dan pastikan amalan itu menadi kebiasaan dalam rutin kehidupan.

Ternyata perkongsian ini juga turut mendapat perhatian warganet yang juga memberi perkongsian menarik tentang rezeki.
3 cara rezeki turun kepada kita
Bagus juga kalau dapat belanja ahli keluarga
Sedekah seperti magic, bahagiakan ayah ibu dan adik beradik
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Guru Agama Dihalau Dari Rumah Wakaf 3 Hari Sebelum Gunung Semeru Meletus, Pertolongan Allah Datang Tepat Pada Waktunya

Dalam hidup, jangan pernah sesekali kita menganiayai orang lain.
Dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 58,
Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata – Al Ahzab ayat 58.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:-
Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) dari orang itu, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal soleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya H.R. Bukhari-Muslim.
Ternyata sikap sombong anak tuan tanah yang menghalau seorang guru mengaji, Habib Mohdhor bin Ali Muhhdor dari terus menduduki rumah betul-betul terletak di kaki gunung Semeru yang diwakafkan oleh almarhum ayahandanya untuk kerja-kerja agama telah menyelamatkan keluarga alim ulama ini dari tertimpa musibah yang maha dahsyat.
Dikongsi kisah ini untuk pengajaran kepada orang ramai, jelas jangan sesekali kita berbuat aniaya kepada orang lain apatah lagi alim ulama kerana pertolongan Allah itu datang tepat kepada sesiapa yang Allah kehendaki.
Jelas penceramah ini, Habib Ali Almohdor yang juga tokoh masyarakat dan guru mengaji telah tinggal di kaki gunung ini sejak dahulu lagi. Namun salah seorang anak penwakaf telah mengusir guru agama ini serta seluruh isi keluarganya tiga hari sebelum gunung itu meletus.
Menyedihkan saat dihalau itu, guru agama ini tiada tempat untuk dituju pun kerana dirinya tiada rumah. Bahkan dirinya pasrah dengan ujian tersebut.
Jelas penceramah ini lagi, hampir 40 orang kampung termasuk anak tuan tanah yang mengusir habib ini masih lagi tidak ditemui sehingga kini.

Ternyata dari musibah yang menimpa penduduk kampung selepas mletusnya Gunung Berapi Semeru ini yang membawa lava yang maha dahsyat dan selepas diri ulama ini dan keluarganya terselamat, begitu banyak insan yang baik hati menawarkan habib ini rumah-rumah milik mereka untuk dirinya meneruskan kegiatan dakwah, subahnallah.
Pengajarannya, janganlah kita sombong dengan harta dunia kerana ia kekal milik Allah dan Allah meminjamkannya kepada kita sementara sahaja. Dan jangan sesekali berbuat jahat dengan orang lain, Allah bayar tunai di dunia lagi.
https://www.tiktok.com/@mudakausar/video/7038935204697804059?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Semuanya Bermula Dengan Kebaikan, Keadah “Pancing Umpan” Teknik Marketing Alaf Baru

Ramai suka slogan “murah”. Letaklah apa saja, asal ditulis perkataan murah ramai yang tergoda. Namun kerana tawaran murah, adakalanya ramai tertipu sebagaimana yang berlaku pada mereka yang ingin menunaikan haji semalam.
Sebagai manusia kita tidak boleh menolak mudah kasihan pada orang. Bahkan kita sering terkeliru dengan kebaikan yang orang lakukan. Sama ada dirinya ikhlas atau cuba memancing, tanpa sedar di akhir cerita kesakitan hilang wang yang banyak membuatkan kita kesal.
Dalam pada itu, satu perkongsian dari Dr Azizul Azli perlu kita peringati kerana teknik marketing alaf baru ini BERMULA DENGAN SATU KEBAIKAN tapi akhirnya kita terpedaya.
Baca perkongsiannya :-
“Kita buat group free saja, kita akan bagi kursus haji percuma”.
“Tiap minggu kita ada kelas free buat mana mana jemaah yang nak tunaikan haji”.
“Tak der duit tak apa, kita belajar dulu. Bayar sikit sikit pun tak apa”.
“Lebih ramai jemaah masuk group kita lebih baik. Kita boleh kongsikan satu hari satu hadis”.
Selalunya dalam wasap group surau ibubapa kita bermula begitu. Sesekali pantaulah wahai anak.
“Bagi jemaah yang berminat, kita boleh daftar dengan bayaran serendah RM500 sahaja”.
Selepas banyak kebaikan ada dalam group wasap dakwah Surau Haji Baharom ini. Tetiba ada iklan nak pegi haji dan umrah.
Siapa tak teruja?
Sama sama mengaji dalam group itu, kini ada tawaran umrah haji istimewa.
“Kouta ini istimewa, biasanya mufti mufti sahaja dapat. Cuma dia bagi kat Group Travel Al Unta nie sebab CEO dia anak mufti”. Cerita Haji Baharom dalam group penuh yakin.
Tapi, tapi, tapi,
Masih ada yang ragu ragu.
“Mana ada dah Visa Umrah Haji dari Pagoda nie Haji?”
Tetiba Hajjah Musalmah, kawan Datin Rosmah mencelah.
“Saya dulu pergi dengan agensi ini la Haji, bagus sangat. Makan bukan takat 7 kali seminggu, malah kalau nak dia suapkan pun boleh. Bagus sungguh”.

Semua jemaah semakin yakin. Masuk lagi satu testimoni, katanya dia puas hati sangat dan bagi 5 bintang. Semua orang mula yakin dan percaya!
Kawan kawan,
Kaedah ini banyak ada dalam pemasaran didunia maya kini. Hilang duit bukan sikit sikit akibat ini. Mereka sebarkan kebaikan, barulah mereka letak pancing. Bila umpan mengena, gelaplah masa depan mereka.
Malaikat tidak pernah salah, setan tidak pernah benar. Manusia boleh jadi salah dan benar, maka kita dianjurkan saling mengingatkan bukan menyalahkan.
Semua bermula dengan kebaikan. Suara setan manis untuk didengar.
Sumber : FB Azizul Azli Ahmad
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Hukum Belajar Baca Quran Melalui Internet Atau Aplikasi Khas

Isi Kandungan
TogglePerkembangan teknologi digital hari ini membuka ruang lebih luas untuk kita menambah ilmu. Ini termasuklah belajar membaca al-Quran menerusi internet atau aplikasi khas yang dicipta.
Sejauh manakah dibolehkan kita belajar membacanya melalui internet? Apakah hukumnya? Kita dapatkan penjelasan ustaz Azhar Idrus dalam hal ini. Ramai juga yang belajar tanpa guru sebenar.
Artikel berkaitan: 5 Panduan Wajib Tahu Sebelum Beli Al-Quran
Artikel berkaitan: Bolehkah Baca Al-Quran Dengan Suara Kuat?
SOALAN :
Adakah kalau kita hendak belajar baca al-Quran mesti talaqi dengan guru?
Adakah boleh kalau belajar baca quran melalui internet?
JAWAPAN :
Belajar membaca al-Quran sangatlah dituntut oleh agama kerana orang yang belajar akan dapat membacanya dan mencapai ganjaran yang disediakan bagi orang-orang yang membacanya sebagaimana dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi ﷺ
Sekali pun di zaman sekarang ada kemudahan belajar daripada internet dan yang seumpamanya namun begitu pembelajaran yang terbaik ialah dengan bertalaqi dengan guru kerana murid dapat memperdengarkan bacaannya kepada guru supaya disahkan dan diperbetulkan mana yang kurang dan mana yang salah.
Guru yang mengajar pada zaman sekarang sangatlah ramai dan mudah didapati oleh kerana itu sebaiknya jangan hanya memadai belajar dari internet walau pun tidak diapat dinafikan melalui internet juga dapat diperolehi ilmu-ilmu tentang membaca Quran.
Berkata Syeikh Nuh Ali Sulaiman :
“Pusat belajar al-Quran sudah banyak di negeri kita sekarang Alhamdulillah dan seperti itu juga orang-orang yang mengajar akan al-Quran. Maka apabila pergi seseorang kepada salah seorang qari nescaya memungkinkan dia insyaAllah belajar akan al-Quran lalu dapatlah dia mengenal bagaimana membaca al-Quran dengan bacaan yang sahih dan dapat mengenali bagaimana cara menghafal al-Quran bagi yang mahu menghafalnya di dalam hati”
Dan perkara yang pentingnya ialah kitab Allah ini memerlukan belajar secara talaqi ertinya mendengar dari bacaan segala qari supaya mengenal ia akan lafaz yang sahih bagi setiap kalimah.
Dan barang siapa yang sukar baginya yang demikian itu bolehlah dia belajar dengan mushaf sambil mendengar kepada rakaman bacaan para qari membaca ayat al-Quran yang sempurna dengan suara mereka.
Dan sungguhnya Allah telah memudahkan bacaan dari dulu sampai sekarang sebagai menyempurnakan janji-Nya di dalam al-Quran sekira-kira berfirman Allah:

“Dan sungguhnya Kami telah mudahkan akan al-Quran itu bagi ingatan maka adakah yang mengambil iktibar?” Surah al-Qamar : Ayat 17
KESIMPULAN
Belajar membaca kitab Allah yang paling baik ialah dengan cara bertalaqi dengan guru kerana murid dapat mendengar bacaan guru dan murid dapat memperdengarkan bacaannya kepada guru supaya disahkan oleh guru adakah bacaan murid itu sahih atau sebaliknya.
Ada pun belajar dengan internet atau dari rakaman maka murid hanya boleh mendengar bacaan guru tetapi guru tidak boleh mengesahkan bacaan murid sama ada sahih atau sebaliknya.
Bagi mereka yang belum lagi ada kemudahan belajar dengan guru maka elok dia belajar dulu mendengar bacaan-bacaan yang sahih yang diperdengarkan di dalam internet atau yang seumpamanya dan apabila bertemu dengan guru hendaklah dia baca segala bacaan yang telah dia pelajari melalui internet atau rakamannya dahulu supaya diperbetulkan jika ada salah silapnya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI