“Setiap Kali Arrian Mengaji, Pahala Tetap Ada Untuk Dibu” – Hikmah PKP, Anak Tomok Dah ‘Naik’ Al-Quran Diajar Isteri

Share

Janganlah kita merungut apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung lagi hingga 12 Mei depan.

Ini kerana banyak sebenarnya hikmah tersembunyi yang kita peroleh sepanjang duduk saja di rumah.

Salah satunya melakukan aktiviti bermanfaat seperti mengaji selain ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahum sesama ahli keluarga. Lebih-lebih bila masuknya bulan Ramadan nan mulia ini.

Seperti perkongsian isteri penyanyi Tomok, Ayu Abas yang memberitahu anak sulung mereka, Arrian Akid Shah, telah berjaya naik Al-Quran setelah sebulan PKP dilaksanakan.

Menurutnya di laman Instagram memberitahu tiada harta untuk ditinggalkan, namun ilmu agama yang diajar sendiri untuk anak-anaknya diharap cukup untuk memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Ibu kepada dua cahayamata dan kini sedang hamil anak ketiga turut memberi pesan supaya tidak meninggi diri dan menjadi orang yang sombong.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Sempurna Tak Pe Janji Rajin” – Netizen Doakan Lisa Surihani Terus Istiqamah

Malah diingatkan supaya bersederhana dalam apa yang dibuat supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Tambahnya lagi, sentiasalah berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah…Hasil sebulan PKP….Semalam 21/4/2020 Arrian naik Al-Quran…

Anak-anakku sayang, tidaklah dibu tinggalkan harta yang banyak melainkan ilmu yang ada pada dibu….rezeki dibu untuk mengajar sendiri anak-anak dibu…

“walaupun dengan deraian air mata masa belajar (dibu sangat garang )tapi dibu harap ilmu inilah yang bakal membawa kamu berdua berjaya di dunia dan akhirat…

“jadilah manusia yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri, bijaksana dan bertanggungjawab kepada keluarga, agama dan bangsa….

“jangan meninggi diri, bermegah-megah dan menjadi orang yang sombong….sentiasa wasathiah (berserdehana) dalam segala apa yang kita buat….

“jika kita merasa kekurangan, ada lagi orang yang merasa keperitan..sbb tu dibu selalu pesan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki….

“dan jangan pernah mengeluh jika datangnya musibah…sebaik2nya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat…

Sekian ceramah pagi rabu ..nnt dah ada instagram sendiri baca apa yang dibu warkahkan ni k…dibu sayang arrian,andra,baby & ayah

Perkongsian ini mendapat respon yang sangat bagus daripada warganet. Malah mereka turut mendoakan Arrian akan menjadi anak yang soleh dan berguna apabila dewasa nanti.

ainulshariza Alhamdulillah.. tahniah arrian semoga jd ank solehah.. abg yg baik.. nnt bole akr uncle wan ngaji

abunaurahh Alhamdulillah, semoga jadi anak soleh penyejuk hati ayah dan bonda

razalinahar Alhamdulillah. Dibu seorg ibu yg tabah. Berbaloi usaha Dibu. Harta yg tak ternilai ada lh doa2 anak2 yg soleh. Semoga Arrian dan Andra menjadi anak2 yg soleh serta menyantuni ibu dan bapanya dgn baik. Didikan yg baik pasti berakhir dgn baik jua.

bintukamil89 MasyaaAllah..thniah Arrian,dibu & ayah.moga Arrian mnjadi anak soleh

tazkirah_bersama Alhamdulillah…setiap kali arrian mengaji pahala tetap ada utk dibu. Itulh nikmat mengajar anak sendiri..in syaa ALlah

fatt_fnm Semoga ank2 dibu @ayu_abas Mjdi ank2 yg soleh dan solehah…berjaya dunia dan akhirat….n dhrapkan urusan dibu nnti dpermudahkan semuanya….amin…

KREDIT FOTO: INSTAGRAM AYU ABAS

Published by
Siti Zurina Mat Saman