
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Adat dalam rumah tangga, sudah tentu ada pasang surutnya. Namun suami, selaku nakhoda dan ketua rumah tangga sewajarnya memimpin isteri dan anak-anak ke arah jalan yang di redai oleh Allah.
Coretan PU Amin tentang perkahwinan dan rumah tangga ini moga dapat dijadikan panduan kepada golongan suami isteri.
Saya sangat takut bila mendengar cerita tentang keretakan rumah tangga. Tiap kali ada cerita yang tak sedap didengar tentang rumah tangga, saya cepat cepat peluk anak isteri saya. Tanda syukur Allah anugerahkan mereka untuk saya.
Kerana bagi saya kelurga adalah pelengkap ke SYURGA. Jodoh dan pertemuan adalah hadiah dari Allah. Allah pilih jodoh dan ahli keluarga kita.

Anak anak yang menjadi zuriat kita adalah anugerah yang paling istimewa. Rezeki bertambah kerananya. Anak anak pelengkap dunia akhirat.
Saya doakan anda semua bertemu jodoh yang mendamaikan hati dan terus memimpin tangan anda ke SYURGA. Keluarga ini kerajaan kecil yang wajib dipertahankan, pasti ada musuh, pasti ada ujian, pasti ada pasang surut ombak membadai.
Tiap kali ujian hadir, ucapkan kalimah-kalimah yang menyeru Allah. Kita semua bukan sempurna tapi kita wajib mencari kesempurnaan. Bina perkahwinan kita dengan kasih sayang Allah.
Ingat kalau ada hati nak meninggalkannya, fikir dan ingat saat saat anda mahu memilikinya.
Ujian kita beza beza.
Allah sedang mencatur hidup ini dengan apa yang kita sangkakan.

Ya Allah! Peliharalah Kami.
Sumber kredit: PU Amin
VIDEO KASHOORGA:
https://www.youtube.com/watch?v=QfVbdNdazBM&t=50s
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Seumur Hidup Tak Pernah Pakai Jubah, Tiba-tiba Beria Minta Beli Jubah Putih Rupanya Petanda Hendak ‘Pergi’

Kerinduan seorang anak yang tidak bertepi sehingga ‘hadirnya’ dalam mimpi. Selagi ada hayat dan berkempatan untuk berbakti kepada kedua orang tua maka berusahalah sedaya mungkin membahagiakan mereka.
Apabila mereka telah tiada maka hanya kenangan menjadi pengubat rindu. Berikut perkongsian Khairul Nizam Omar tentang mimpi ‘berjumpa’ dengan arwah bapanya.
Terjaga pukul 3 pagi, utk kali pertama sejak arwah meninggal, aku mimpikan dia.. Just a few second, no word, no nothing.. Just a smile and aku sgt cam senyum tu
Lama aku simpan cerita ni, sbb aku blm rse sedia nk kongsi. Tapi bila dpt terkuis sikit wajah arwah abah dlm mimpi buat pertama kali, entahla.. Mungkin sekadar gerak hati aku yg abah dah cukup bahagia kt sana. Ape pun, aku sekadar bersangka baik, Sesungguhnya Allah lebih mengetahui untung nasib arwah abah kt sebelah sana
First, aku berkongsi ni kalau ade baiknya kita sama-sama guna. Kalau takde baiknya, kau buat x nampak jela post ni. Post ni lebih kpd post rindu. Tapi some of the side yg aku rse blh jdi tauladan utk diri aku sendiri
MINTA BELI JUBAH PUTIH
Cerita ni diceritakan sendiri oleh mak aku, adik-adik aku serta nurse yg ada masa arwah abah menghembuskan nafas terakhir kt bumi ni..masa ni aku xde kt Malaysia atas tugasan yg aku dpt kt luar negara. Jadi, aku cuba sampaikan secermat yg blh sepertimana yg diceritakan oleh mereka-mereka yg ada di samping arwah masa saat-saat akhir dia.
Patah balik beberapa bulan sebelum arwah meninggal, bukan main bersungguh-sungguh arwah mintak aku belikan jubah putih utk dia. Padahal, seumur hidup arwah mmg x pernah dibuatnya pakai jubah. Sampai nk tengah malam, akhirnya dpt jgk aku cari sehelai jubah putih kosong yg mengikut rupa yg arwah inginkan & the best part is, lepas beli arwah xnak pakai pun. Dia kata dia cuma nak jubah tu..aku pun just mengangguk jela masa tu
Fast forward few months after that, arwah masuk wad. Arwah abah aku ni mmg sakit sejak aku umur 7 tahun, jadi mmg hospital dgn klinik tu mmg dah jdi second home dah.. Aku plak masa tu kt jepun, aku call adik aku, adik aku kata abah sakit, kalau makin teruk aku call balik kata adik aku.
Few days after that, adik aku kata abah dah nampak sihat sgt. Makan minum selera, siap blh bergurau dgn semua org kt situ. Aku video call abah, berborak dgn arwah.. Arwah gelak-gelak mcm takde pape yg nak jadi. Tapi ayat last dia sampai skrg terbenam dalam otak aku yg paling dalam.. Sebelum aku letak telefon, abah cakap “panjang umur nanti kita jumpa lagi” diakhiri dgn senyuman & lambaian.. Sape sangka rupanya tu lambaian terakhir abah utk aku

Pukul 12.30 tgh malam, 14 februari 2018..ayah aku mengejutkan adik aku no 3 yg menjaga dia pada malam tu. Dia bangun & bertanya pada adik aku, “ustaz berjubah mana datang ramai-ramai malam-malam ni?”.. Adik aku tgk ke arah yg dia tunjuk, kosong. Hanya dinding hospital yg tak berpenghuni. Disebabkan mengantuk, adik aku menyambung semula tidurnya
NAMPAK CAHAYA WARNA-WARNI
Pukul 1.30 pagi, 14 februari 2018..selang sejam selepas tu, arwah bangun sekali lagi bertanyakan pada adik aku..blh tlg tutupkan lampu tak. Adik aku bangun & ternyata lampu dah pun dipadamkan oleh nurse yg bertugas. Tapi abah aku bertanya lagi, “kalau dah padam, tu cahaya apa yg warna warni tu”.. Adik aku bangun & bertanya pada nurse yg bertugas, ayah saya kata ade lampu. Dia ok tak? Nurse memeriksa arwah, arwah mcm biasa & nurse meyakinkan dia takde sebarang lampu warna warni menyala di situ.. Mereka menyambung semula lena yg tertangguh
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2287684454577102&set=a.640344659311098&type=3&theater
Sekitar 2.30 pagi, 14 februari 2018..arwah bangun batuk-batuk & kebetulan mak aku dh berada di situ bersama dgn adik aku serta nurse yg bertugas.. Selepas beberapa prosedur dijalankan, nurse memberi laluan kpd mak. . Mak memangku arwah di ribanya.. Nafasnya kian hilang, arwah menarik nafas & dgn jelas adik aku ceritakan arwah sempat melafaz kalimah suci lailahaillallah & lerailah roh & jasad seorang yg aku panggil abah
Ketika pengebumian, aku masih dlm perjalanan nk balik ke Malaysia & setibanya aku dikampung, org yg mengebumikan arwah terus jumpa aku & mengatakan “arwah pergi dlm keadaan yg baik & sepanjang aku uruskan jenazah, banyak tanda-tanda yg baik aku dpt tgk pada arwah, Insyaallah, lagi baik tempatnya skrg ni berbanding dunia”.. Aku hanya mengangguk, dah takde tenaga aku nk bertanya secara lebih details ape yg dia cbe sampaikan disebabkan perjalanan balik yg jauh & aku masih dlm proses menghadam, betul ke aku tgh hadap semua ni..
Bila aku kenang balik, arwah abah aku ni biasa-biasa je orgnya. Tidaklah sehebat para-para ulama, pakaiannya tidaklah seperti imam-imam masjid. Tapi bila org yg berada di sekitar arwah bercerita pada aku, baik dari keluarga sendiri mahupun org luar yg menguruskan arwah. aku rse terharu bagaimana cara Allah jemput pulang rohnya
Aku tak pasti akan amalan arwah yg lain. Tapi 2 perkara yg arwah selalu tekankan ialah melayan tetamu & bersedekah. Arwah abah ni masa hayat dia dlu, bab melayan tetamu aku mmg x boleh lawan dia.. Senang cerita, biar aku lapar tapi jgn tetamu aku lapar. Segala ape yg terdaya arwah akan hidang pada sesiapapun yg dtg ke pondok buruk kami, kalau ade 3 sudu gula pun kt rumah, 3 sudu gula tu la dia akan bancuh air utk meraikan tetamu

SUKA BERSEDEKAH
Aku ni dtg dari keluarga asnaf yg tahap aku blh kategorikan miskin tegar satu ketika dlu. Tapi arwah abah aku ni dia punya perangai, kalau ade RM 10 dalam poket, tetibe nampak org lain ade masalah, RM 8 dia bagi org, RM 2 dia simpan even time tu dia pun susah jgk. Masa aku kecik-kecik dulu, cukup berbulu mata aku tgk semua ni sbb pada akal budak aku, kita pun miskin, apa jadah nk tlg org lagi. Tapi arwah selalu akan ckp kt aku “takpe, kita cari rezeki lain. Tuhan ade, matematik Tuhan bkn sama mcm matematik manusia. Kalau Tuhan kata cukup, cukuplah utk kita”
Bertahun aku tak paham & sengaja utk tak nak paham sbb bagi aku, aku pun susah, ape hal aku nk tlg org.. But in the end, aku rse aku dh mula faham ape yg arwah cbe bagitau
Rezeki tu bkn duit semata.. Sihat badan tu rezeki, akal yg cerdas tu rezeki, keluarga yg bersatu tu rezeki, kematian yg baik pun rezeki & mcm-mcm lagi.. Rezeki tu luas, kita je yg pandang rezeki tu duit semata-mata (termasuk aku la tu) kalau tidak rezeki tu dpt pada si pemberi, mungkin akan pergi pada ahli keluarganya. Kalau tidak kaya pun, rezeki yg ada masih cukup menyambung nyawa
And still, aku sekadar manusia.. Aku x boleh kata abah aku dlm syurga skrg sbb syurga tu Hak mutlak Tuhan.. Tapi sebagai anak, sungguh aku berpaut pada ihsan Tuhan moga roh arwah abah berada di kalangan orang-orang yg beriman.. AMIN
Sumber kredit: Khairul Nizam Omar
VIDEO:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Suami Kalau Ikhlas Sayang, Tak Ada Anak Pun Dia Akan Sayang Sampai Mati” – Bukti Cinta Si Dia Till Jannah

Pasangan yang sudah berkahwin pastinya menginginkan cahayamata sebagai pengikat kasih. Namun tidak semua pasangan yang mendirikan rumah tangga berpeluang memilikan cahaya mata sendiri.
Ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyambung zuriat namun tidak kurang juga yang masih terus menunggu zuriat diimpikan, malangnya masih belum kunjung tiba.
Dalam situasi ini kaum wanitalah yang paling tertekan dan sering dipersalahkan. Ikuti catatan Suffiyah Ramadhani II tentang wanita-wanita yang berkahwin namun masih belum mempunyai zuriat.
Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri-isteri di luar sana yg masih belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika.
Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sgt² kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yg berlalu.
Tapi setelah 6 bulan kawen, tak ada lagi tanda² akan mengandung, malah period datang macam biasa je, macam tak bersalah pulak ye?
Lepas tu kita pun start rasa tertekan, eh bila la nak mengandung ni. Org lain elok je bunting pelamin segala, ada yg lps pantang terus hamil lagi.
Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yg tahu je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi.
Penuh newsfeed dgn cerita mereka.
Buat wanita/ isteri yg mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak² buat kita.
ANAK RAMAI TAPI SUAMI TAK SAYANG
Aku lihat ramai sebenarnya, yg boleh mudah mengandung, anak sampai 2 atau 3, tapi suami tak sayang.
Kena cerai, kena tipu, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tapi suami tak sayang. Kena tinggal pulak tu pun ada.
Sekarang fikir, kita yg lambat mengandung ni ada je suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama, masih bersungguh² ambil berat, dan tak curang pun dibelakang kita.
Jadi, suami ini adalah suatu nikmat. Maka nikmat Tuhan yg manakah hendak kamu dustakan?
Kita suka sgt letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sbb mereka adalah cahaya mata.
Tapi kita cepat sgt lupa, Allah blh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sbnrnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita
JANGAN STRES BILA TAK ADA ANAK
Jangan tertekan sgt bila tak ada anak lagi. Kita kira anak² ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yg kita kena pikul.
Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dgn agama. Mampukah kita sbnrnya?
Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini.
Allah nak kita guna rezeki utk bahagian yg lain dulu sblm diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yg hidup gembira dpt pergi bercuti ke sana sini.
Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yg akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak.
NIKMATI REZEKI DAN PELUANG YANG ALLAH BAGI
Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja sini, nikmati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nnt takut kita sibuk di rumah terus tak dapat pegi mana² lagi. Itu barangkali.
Terlalu memikirkan nak ada anak, smp kita lupa ada pasangan yg mudah sgt nak dpt zuriat sampai akhirnya mereka “tak mahu” ada tambahan zuriat.
Mula la keluar alasan, belum ready, takde keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada ketentuan rezeki.

Lepas tu sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang dan bersusah payah la sedaya upaya agar takde janin dalam rahim mereka.
Hidup asyik memikirkan eh tak suka la nak mengandung, alah lecehlah mengandung,ala “eksiden” pula, ala kenapa cepat sgt mengandung, penat la tak larat la..
Merungut sahaja!
JANGAN PERSOALKAN APA YANG ALLAH NAK BAGI
Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yg Allah swt dah rancangkan buat kita.
Kadang kita lihat, dah kawen bertahun² takde anak, rupanya ada takdir lain yg mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita.
Kita kira anak itu satu²nya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri.
Suami kalau ikhlas syg, takde anak pun dia akan sayang sampai mati. Aku pernah dengar, anak dah 7 org tapi masih curang pada isteri!
Hidup ini perlu banyak belajar utk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya.
Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dgn cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yg lebih besar di akhirat sana.
Kata kuncinya, sabar. Janji Allah s.w.t itu pasti…
Sumber kredit: FB: Suffiyah Ramadhani II
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
5 Perkara Ini Kena Buat Bantu ‘Suburkan’ Alam Rumah Tangga

Ibarat pokok yang memerlukan baja untuk terus hidup begitu jugalah dengan alam rumah tangga. Perlu dijaga agar terus hidup dan ‘berkembang.’ Kata pepatah, sedangkan lidah lagi terigigit, inikan pula suami isteri. Pepatah ini ada benarnya kerana tiada hubungan yang sentiasa sempurna. Tak dapat tidak, pasti ada gelora yang melanda.
Tidak perlu tunggu hari-hari istimewa kerana dalam alam rumah tangga, setiap hari adalah hari istimewa. Berusahalah untuk ‘meremajakan’ hubungan suami isteri agar ikatan yang dibina mampu kekal hingga ke Jannah.
Ada banyak perkara yang boleh dilakukan bersama bagi menyuburkan kasih sayang suami isteri. Jadikan ia amalan dalam kehidupan seharian.
Solat subuh berjemaah
Usahakan untuk solat subuh bersama-sama sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Jika tidak sempat pada hari bekerja, lakukan amalan solat berjemaah ini pada waktu hujung minggu di mana masing-masing tidak dihambat dengan waktu lantaran masing-masing sibuk bersiap ke tempat kerja.
Mengaji al-quran bersama-sama
Suami boleh mengajar isteri mengaji jika isteri belum lancar bacaannya. Dengan cara ini anda berdua akan lebih rapat lagi. Lagi pun sememangnya tugas seorang suami untuk mendidik dan membentuk isteri ke arah yang lebih baik. Jika suami tidak pandai mengaji, isteri boleh ajar suami. Tak ada salah pun isteri mengajar suami mengaji.
Suami bantu isteri buat kerja rumah
Kerja-kerja rumah bukanlah tugas hakiki seorang isteri. Oleh itu para suami, ‘ringan-ringankanlah tulang’ untuk membantu isteri membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian, mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Dengan cara membantu meringankan kerja-kerja rumah, isteri akan rasa lebih disayangi oleh suami. Secara tidak langsung ia turut membantu menyuburkan kasih sayang suami isteri.

Ungkapkan dengan kata-kata
Jangan malu ucap tanda sayang pada pasangan. Katakan betapa berharga dan istimewanya pasangan anda di atas semua yang dilakukannya untuk anda dan anak-anak. Ungkapan tulus sama ada daripada suami mahupun isteri menjadi ‘muzik’ yang menyejukkan jiwa. Jadi ekspresikan kebahagiaan anda terhadap pasangan masing-masing dengan ungkapan kata-kata yang indah.
Sentuhan ikhlas
Selalu-selalulah sentuh pasangan masing-masing. Contohnya seperti ciuman, pelukan atau sekadar membelai lembut rambut pasangan. Perhatian amat diperlukan oleh setiap insan agar diri rasa dihargai. Para suami dan isteri, rajin-rajinlah mengurut lembut belakang pasangan masing-masing.. Pastinya anda akan rasa cukup disayangi dan dihargai. Dalam masa yang sama, masing-masing pun dapat pahala.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI