Setiap Kali Dengar Cerita Yang Tak Sedap Tentang Rumah Tangga, PU Amin Cepat-cepat Peluk Anak Isteri

Share

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Adat dalam rumah tangga, sudah tentu ada pasang surutnya. Namun suami, selaku nakhoda dan ketua rumah tangga sewajarnya memimpin isteri dan anak-anak ke arah jalan yang di redai oleh Allah.

Coretan PU Amin  tentang perkahwinan dan rumah tangga ini moga dapat dijadikan panduan kepada golongan suami isteri.

Saya sangat takut bila mendengar cerita tentang keretakan rumah tangga. Tiap kali ada cerita yang tak sedap didengar tentang rumah tangga, saya cepat cepat peluk anak isteri saya. Tanda syukur Allah anugerahkan mereka untuk saya.

Kerana bagi saya kelurga adalah pelengkap ke SYURGA. Jodoh dan pertemuan adalah hadiah dari Allah. Allah pilih jodoh dan ahli keluarga kita.

*Gambar semasa majlis akikah anakanda Adam Corrie.

Anak anak yang menjadi zuriat kita adalah anugerah yang paling istimewa. Rezeki bertambah kerananya. Anak anak pelengkap dunia akhirat.

Saya doakan anda semua bertemu jodoh yang mendamaikan hati dan terus memimpin tangan anda ke SYURGA. Keluarga ini kerajaan kecil yang wajib dipertahankan, pasti ada musuh, pasti ada ujian, pasti ada pasang surut ombak membadai.

Tiap kali ujian hadir, ucapkan kalimah-kalimah yang menyeru Allah. Kita semua bukan sempurna tapi kita wajib mencari kesempurnaan. Bina perkahwinan kita dengan kasih sayang Allah.

Ingat kalau ada hati nak meninggalkannya, fikir dan ingat saat saat anda mahu memilikinya.

Ujian kita beza beza.

Allah sedang mencatur hidup ini dengan apa yang kita sangkakan.

Ya Allah! Peliharalah Kami.

Sumber kredit: PU Amin

VIDEO KASHOORGA:

Published by
wan erni