Setiap manusia berhak bahagia, Allah izinkan perceraian untuk beri peluang yang lebih baik buat hamba-Nya. Memang tidak dinafikan rumah tangga ini tak selamanya bahagia dan setiap daripada kita miliki pilihan.
Sama ada memilih untuk setia biarpun diperlakukan yang tidak-tidak oleh pasangan atau hendak move on mencari peluang yang lebih baik.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Puan Suzana Ghazali dan hadam baik-baik pesanannya:
Artikel Berkaitan:
Soalan klien saya, seorang isteri pertama yang dimadukan secara rahsia awal tahun ini. Ketika hanya dia sahaja sebagai isteri pun, suami sudah gagal laksanakan tanggungjawab dan selepas ada yang kedua, suami janji hendak berubah tapi janji hanya tinggal janji.
“Berdosakah mohon cerai kerana suami tak mampu dalam poligami?”
Saya kongsikan jawapan buat anda dengan isu serupa:
Perkahwinan adalah amanah, bukan saja kepada pasangan tetapi kepada Allah Maha Kuasa. Tika anda bersetuju untuk menerima seseorang sebagai teman hidup, anda sebenarnya telah berjanji dengan Allah untuk membahagiakannya.
Fitrah manusia tidak akan sunyi daripada melakukan kesilapan. Bila pasangan tersilap, tugas anda untuk membetulkannya. Kekurangannya untuk ditampung dan diatasi bersama kelebihan kita. Sama juga, kekurangan kita perlukan dia untuk menampungnya.
Jika kekurangan yang boleh diperbetulkan tersebut secara sengaja enggan dibetulkan, nyatalah hikmah perkahwinan yang ditetapkan bukan saja oleh agama Islam malah agama-agama lain iaitu untuk kebahagiaan bersama suami isteri, tidak berjaya diperolehi lagi.
Lantas, jalan terakhir yang boleh dipilih ialah keluar daripada perkahwinan iaitu cerai.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
“Mana-mana perempuan yang memohon cerai tanpa sebab yang munasabah, dia tidak akan mencium bau syurga.” – Hadis riwayat Abu Daud.
Allah SWT tidak sukakan perceraian tetapi DIA halalkan sebab DIA tahu, makhluknya yang bernama manusia ini feelnya tak serupa; ada yang baik malah ramai juga sebaliknya.
Merujuk kes ini, si isteri telah dianiayai sejak awal, sejak suami belum berkahwin lain lagi. Ironiknya wanita berstatus isteri, akan kekal bertahan selagi dia tidak dicurangi.
Hikmah suami curang pula sebenarnya adalah untuk wanita yang butakan mata sendiri dengan cinta suami ini agar sedar betapa suami tak sayangkan dia sangat pun sebaliknya dipergunakan. Kalau sayang, kebajikan anda akan dijaga sebaiknya bukan?
Setiap manusia berhak untuk bahagia dan DIA izinkan perceraian bagi berikan peluang untuk setiap makhluknya bahagia dengan pilihan yang lebih baik.
Paling penting, sentiasa dapatkan bantuan-Nya dalam membuat keputusan agar hidup sentiasa dalam reda-Nya! Tak guna bertahan sedangkan anda dan pasangan sedang menambah dosa kepada-Nya, nauzubillah!
Baca Di Sini:
Syarat Bahagia Pasangan Bekerja; Sama-sama Penat Urus Rumahtangga
Kashoorga: Semoga Allah mengurniakan jalan terbaik buat mereka yang diuji dalam rumah tangga.
Sumber: Puan Suzana Ghazali
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.