Setiap orang ada aturan rezeki dalam hidup. ‘Jangan mengeluh, hargai apa yang ada, bukan kejar apa yang tak dapat. Malah bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan.
Lumrah manusia, pasti ada saja yang diinginkan dalam hidup. Mudah cemburu dengan kehidupan orang lain, padahal hidup sendiri diselubungi pelbagai nikmat dan rezeki tanpa kita sedar.
Ikuti perkongsian Dai Wan ini dan fahami apa yang disampaikan baik-baik.
Ada Aturan Rezeki Dalam Hidup
Bila baca ‘post’ begini saya jadi sebak. Sebenarnya, kalaulah setiap seorang boleh tulis pada umur 27 atau bahkan 28, 29, 30 dan mungkin 60 tahun sekali pun.
Sebenarnya kamu akan dapati lebih banyak yang lebih susah. Setiap orang ada aturan rezeki dalam kehidupan dia. Yang penting jangan cemburu dengan apa yang kita belum ada dan then lebihkan menghargai apa yang telah kita ada.
Bila tengok balik setiap kejayaan yang dia pernah ‘Achieved’. Saya sendiri tertanya-tanya, sesungguhnya dia telah memiliki banyak moment manis dalam kehidupan dia.
Jangan Mengeluh
Tapi mungkin kerana keadaan sekarang yang mencabar, telah menenggelamkan segala kenangan manis yang pernah dia kecapi dulu.
Ads
Kalian perasan atau tidak?
Sebenarnya bila kita terlalu penat hingga terkadang rasa nak ‘Mati’ penat dengan hidup ini menyebabkan hati kita menjadi ‘Tawar’.
Kita mula hilang kemanisan dalam senyuman. Mulalah, kita hilang kebaikan dalam sangkaan. Kita mula menjadi orang lain. Dulu kita tidak begitu, sekarang kita sendiri tak kenal dengan diri sendiri.
Sebab itu terkadang kita sendiri perlu betul-betul belajar untuk ‘Me-limit’ kan apa yang kita boleh capai dan tambahkan rasa syukur dengan apa yang telah kita capai, dan positifkan pndangan dengan pinjaman masa yang Allah SWT bagi, kita boleh capai kesenangan juga satu hari nanti. That’s the right way to think.
Cuma ingat satu benda ini, kalau apa yang kita ingin capai itu tentang ‘dunia’, itulah sebab yang buat kita bertambah penat.
Saya selalu pesan pada isteri saya. Duit semakin kita kejar, makin tak dapat, makin penat. Bila penat kita semakin hilang taat. Taat pada Allah SWT. Taat pada tanggungjawab. Sebab kita letih. Bila letih, nak tunaikan tanggungjawab penuh rasa ‘terpaksa’. Rasa terbeban.
Sedangkan ini semua salah kita sendiri. Kita yang tak betul melihat apa yang perlu dikejar di dunia ini, tak betul melihat apa yang orang miliki tapi kita kena juga miliki yang sama seperti mereka.
Ads
Bukan Kejar Apa Yang Tak Dapat
Apa ini semua?
Bangun dan perbetulkan. Sebab tidak akan pernah terlambat walau berapa pun usia kamu. Usahalah sayang. Usaha lagi. Sebab Allah SWT janji pada setiap yang berusaha pasti akan ada hasilnya.
Hasilnya adalah rezeki yang Allah SWT akan aturkan khas untuk kamu. Bukan seperti yang lain dan ‘tak perlu’ pun seperti yang lain.
Betulkan cara kita hargai kehidupan hari ini. Kita banyak menganiaya diri sendiri sebenarnya. Itu lebih patut kita kesiankan..
Kashoorga : Benarlah Allah akan beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu. Renung-renungkan.
Uruskan mak, ayah jadi ladang pahala buat anak. ‘Bukan berkira buat sistem giliran, tapi elak adik-beradik gaduh semasa sendiri apabila ramai yang cuba lari daripada tanggungjawab.
Benarlah kata orang, mak ayah mampu menjaga anak sepuluh orang, tetapi anak 10 orang belum tentu dapat menjaga mak dan ayahnya.
Pabila anak makin membesar dan mak ayah makin menua, masing-masing ada tugas dan komitmen masing-masing apabila bekeluarga. Namun itu tak bererti mereka boleh lari daripada tanggungjawab.
Malang sungguh bagi ibu-bapa yang tidak menyedari bahawa anak-anak mereka telah dewasa tetapi lebih malang lagi bagi anak-anak yang terlupa bahawa ibu-bapa mereka telah semakin tua.
Aku ada lima adik, aku nombor dua. Kakak aku sudah meninggal dunia. Bila sudah ramai adik-beradik ini wajib ada sistem peraturan yang tak membebankan satu sama lain.
Jadi Ladang Pahala Buat Anak
Aku cipta satu sistem giliran untuk urusan mak ayah kami. Bila ayah mak perlukan bantuan, kalau yang empunya giliran tak boleh buat, dia wajib bayar ‘gaji’ pada ahli yang sanggup ambil giliran dia.
Siapa saja boleh beri sejuta alasan untuk mengelak, sibuk kerjalah, anak tak ada orang jagalah, kereta belum servislah, belum gajilah. Ahhh macam-macam alasan. Sedangkan mereka berdua itulah satu-satunya ibu bapa kita.
Bukan Berkira Buat Sistem Giliran
Mak ayah adalah tanggungjawab bersama untuk jaga kebajikan mereka. Mereka ladang pahala buat kita selagi mereka masih hidup.
Bila tak buat sistem giliran begini, yang bujanglah yang selalu diambil kesempatan. Kena ambil cuti sedangkan dia juga ada komitmen hutang bulanan. Tidak adil untuk dia.
Dan ini bukan kes berkira perihal urusan mak ayah, aku nak elakkan pergaduhan adik beradik atas sebab ketidakadilan. Siapa nak pahala lebih silakan buat. Tapi nak ‘lari’ dari tanggungjawab tak boleh!
Bila ada sistem giliran begini, tak la keluar ayat
” Asyik aku je kena cuti bila ada hal mak ayah”
Kashoorga: Menjaga tanggungjawab seorang anak membalas jasa kedua ibu bapanya.
‘Tanpa sengaja solat isyak lima rakaat.’ Tertambah rakaat, solat sah atau tidak? Kadang-kadang disebabkan rasa letih, lesu dan mengantuk membuatkan seseorang itu jadi terlupa rakaat solat yang telah didirikan.
Dalam mamai-mamai tanpa sedar kita tertambah rakaat, jadi apabila kita tersedar rakaat telah ditambah secara tak sengaja apa yang harus kita lakukan.
Ikuti perkongsian Ustaz Noor Hafiz dan fahami penjelasannya berkaitan isu ini:
Soalan: Salam ustaz nak tanya, kalau kita terlebih rakaat pada solat, sah atau tidak?
Jawapan:
Seseorang yang sedang mendirikan solat terlupa, kemudian menambah rakaat dengan secara tak sengaja. Sebenarnya terdapat dua situasi untuk kita fahami perkara ini dengan jelas.
Tanpa Sengaja Solat Isyak Lima Rakaat
Situasi yang pertama sekiranya selesai seseoran g itu memberi salam, kemudian dia teringat solat yang dilakukan sebentar tadi, terlebih satu rakaat. Jadi solatnya sah kerana baru saja terin gat.
Manakala situasi kedua, seseorang yang menambah rakaat sebagai contohnya solat isyak yang sepatutnya empat rakaat, dia bangun untuk rakaat kelima secara tak sengaja.
Tertambah Rakaat
Kemudian dia rukuk, baru dia teringat yang rakaat itu adalah rakaat yang dia tertambah secara tidak sengaja. Maka apabila dia sedar itu adalah rakaat yang tertambah, situasi yang terbaik adalah teruskan sahaja duduk tahiyat akhir.
Tetapi jika dalam keadaan rukuk, dia tersedar dan terus bertindak bangun iktidal kerana tersedar rakaat tertambah, maka solatnya terbatal.
Baca Doa Makan Selepas Solat?
Solat Sah Atau Tidak?
Bagi menjawab persoalan ini, ianya bergantung kepada situasi seperti yang diterangkan tadi iaitu tersedar setelah memberi salam, solat sah dan diterima.
Sebaliknya ketika dia menambah rakaat iaitu pada rakaat kelima, dia teringat bahawa dia tersalah. Maka, diminta untuk dia terus saja duduk tahiyat akhir dan sebelum memberi salam disunatkan sujud sahwi.
Walau bagaimanapun bagi situasi yang tersedar di pertengahan rakaat kelima dan kemudian dia teruskan kesilapan hingga memberi salam, maka solatnya terbatal.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Ayat al-Quran di atas menjelaskan fitrah orang beriman pasti akan diuji Allah SWT. Ujian manusia berbeza-beza dan sejauh dirinya menerima, itulah tanda keimanan. Di saat kita merasakan hidup diuji terutama kesusahan harta benda, tapi sebenarnya ada diuji dengan lebih hebat dari kita. Bahkan kesusahan orang lain juga adalah ujian untuk kita yang berkemampuan.
Di aplikasi Tik Tok @danielalli atau Muhammad Daniel bin Ali, dirinya berkongsi momen sedih seorang kanak-kanak lelaki dipercayai masih sekolah rendah yang berniaga kerepek berlokasi di Starbucks, Limbongan, Melaka sampai tertidur menantikan jualannya dibeli.
Dalam keadaan duduk di kaki lima itu, kanak-kanak ini kelihatan bersila di laluan drive thru menunggu pelanggan membeli kerepeknya. Barangkali agak penat berpuasa di siang hari dan usia kecilnya, dirinya tertidur sebelum dikejutkan.
Saat ditanya beberapa soalan mengenai keberadaannya di situ, adik Acap berkongsi kisah hidupnya.
Terkesan dengan kesusahan adik ini mencari rezeki di usianya masih kecil yang mana sepatutnya tempatnya adalah di rumah malam-malam begini, Daniel telah melancarkan tabung kilat untuk membantu.
Dan tabungan kilat itu berjaya mengumpulkan RM1220 untuk disedekahkan pada adik ini. Dan selepas video berkenaan viral, semakin ramai ingin membantu dan ada mengatakan anak kecil ini berasal dari Johor.
Dari satu rakaman video lain memaparkan Daniel menyerahkan sumbangan berkenaan dan apa yang menyayat hati, adik Acap menangis. Barangkali tidak menyangka ada insan baik akan membantu meringankan bebanan kemiskinan hidup keluarganya. Atau barangkali itulah pertama kali dirinya memegang duit sebanyak itu.
Dalam pada itu, Daniel turut menemuramah ibu kepada adik Acap dan mengakui dirinya datang dari Johor dan berniaga kerepek secara kecil-kecilan di Melaka.
Apa yang membuatkan lagi ramai sedih, ibu dengan anak-anak kecil seramai enam orang ini dilihat berhimpit-himpit di dalam kereta selepas ditinggalkan suaminya.
Jadi untuk kelangsungan hidupnya, dirinya membuat jualan kerepek dan anak-anaknya yang masih kecil membantu menjual kerepek. Bahkan dirinya mengakui kesemua anak-anaknya masih bersekolah.
Di saat kita merasakan dirinya kita susah, ada lagi hambaNya diuji dengan seribu satu kesusahan lain. Semoga rezeki adik Acap dipermurahkan dan mana yang berkemampuan, bolehlah sama-sama menghulurkan bantuan. Dan difahamkan, selepas video berkenaan tular, ramai meminta pemuda ini membuka kembali tabung untuk mereka sama-sama bersedekah kepada adik Acap dan keluarganya.
Keluar pejabat pada waktu bekerja untuk melakukan urusan peribadi ibarat satu kebiasaan. Ada yang memberitahu majikan tapi ramai juga yang keluar senyap-senyap hingga berjam-jam...