Sedekah berasal dari kata As-Shidq bererti jujur. Seorang muslim yang bersedekah bererti dia membuktikan kejujurannya dalam beragama. Kenapa hal ini disebut sedemikian? Ini kerana harta (wang) itu adalah sebahagian yang dicintai dalam hidup manusia tetapi harus dikeluarkan untuk diberi kepada orang lain.
Kerana itulah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut sedekah sebagai ‘burhan’ (bukti). Dalam hadis dari Abu Malik Al-Asy’ari, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَالصَّلَاةُ نُورٌ، وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ، وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ
“Solat adalah cahaya, sedekah merupakan bukti, sabar itu sinar panas, sementara Al-Quran boleh menjadi pembelamu atau sebaliknya, menjadi penuntutmu.” (HR. Muslim 223).
Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
صدقة السر تطفىء غضب الرب
“Sedekah dengan rahsia boleh memadamkan murka ALLAH” (Shahih At-Targhib, 888)
Dari Ka’b bin Ujrah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
والصدقة تطفىء الخطيئة كما يطفىء الماء النار
“Sedekah boleh memadamkan dosa, sebagaimana air boleh memadamkan api.” (Shahih At-Targhib, 866)
Dari Uqbah bin Amir radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إن الصدقة لتطفئ عن أهلها حر القبور وإنما يستظل المؤمن يوم القيامة في ظل صدقته
“Sesungguhnya sedekah akan memadamkan panas kubur bagi pelakunya. Sungguh pada hari kiamat, seorang mukmin akan berlindung di bawah naungan sedekahnya.” (Silsilah As-Shahihah, 3484).
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ العِبَادُ فِيهِ، إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ، فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
“Setiap datang waktu pagi, ada dua malaikat yang turun dan keduanya berdoa. Malaikat pertama memohon kepada ALLAH, ‘Ya ALLAH, berikanlah ganti bagi orang yang memberi nafkah’, sementara malaikat satunya berdoa, ‘Ya ALLAH, berikan kehancuran bagi orang yang kedekut.’ (HR. Bukhari & Muslim)
Di surat Al-Munafiqun, ALLAH SWT berfirman,
وَاَنْفِقُوْا مِنْ مَّا رَزَقْنٰكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ يَّأْتِيَ اَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُوْلَ رَبِّ لَوْلَاۤ اَخَّرْتَنِيْۤ اِلٰۤى اَجَلٍ قَرِيْبٍ ۙ فَاَصَّدَّقَ وَاَكُنْ مِّنَ الصّٰلِحِيْنَ
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh,”.(QS. Al-Munafiqun 63: Ayat 10).
Ertinya, sedekah dan pemurah adalah sifat orang mukmin, sebaliknya, kedekut dan bakhil terhadap apa yang dimiliki dikaitkan dengan sifat orang munafik. Allah turut mengkisahkan sifat orang munafik dan Allah menyambungnya dengan perintah agar orang beriman agar orang yang beriman memperbanyakkan sedekah. Di surat Al-Munafiqun, Allah berfirman,
وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ
Infakkanlah sebahagian dari apa yang Aku berikan kepada kalian, sebelum kematian mendatangi kalian, kemudian dia menyatakan: “Ya Rabb, andai Engkau menunda ajalku sedikit saja, agar aku boleh bersedekah dan aku menjadi orang soleh.” (QS. Al-Munafiqun: 10).
إن الصدقة لتطفئ عن أهلها حر القبور وإنما يستظل المؤمن يوم القيامة في ظل صدقته
“Sesungguhnya sedekah akan memadamkan panas kubur bagi pelakunya. Sungguh pada hari kiamat, seorang mukmin akan berlindung di bawah naungan sedekahnya.” (Silsilah As-Shahihah, 3484).
Dari Al-Harits Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bercerita tentang wasiat Nabi Yahya kepada bani israil. Salah satu isi wasiat itu, Nabi Yahya mengatakan,
وآمركم بالصدقة ومثل ذلك كمثل رجل أسره العدو فأوثقوا يده إلى عنقه وقربوه ليضربوا عنقه فجعل يقول هل لكم أن أفدي نفسي منكم وجعل يعطي القليل والكثير حتى فدى نفسه
Aku perintahkan kalian untuk banyak sedekah. Perumpamaan sedekah seperti orang orang yang ditawan oleh musuhnya dan tangannya diikat di lehernya. Ketika mereka hendak dipenggal kepalanya, dia bertanya: ‘Bolehkah aku tebus diriku sehingga tidak kalian bunuh.’ Kemudian dia memberikan yang dimiliki, sedikit atau banya, sampai dia berhasil menebus dirinya. (Shahih At-Targhib, 877).
Betapa luar biasanya pengaruh sedekah. Setiap dosa dan kesalahan yang dilakukan manusia merupakan ancaman baginya. Tompokan dosa itu cepat atau lambat akan membinasakannya. Namun dia boleh selamat dari ancaman ini dengan memperbanyakkan sedekah, sampai dirinya bebas dari api neraka.
Hadis di atas hanya sebahagian tentang keajaiban sedekah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengizinkan umatnya untuk mengharapkan kenikmatan yang Allah berikan kepada dua jenis manusia, salah satunya adalah orang yang Allah beri harta, dan dia rajin bersedekah siang dan malam. (HR. Bukhari & Muslim).
Kisah seorang pakcik yang mengamalkan sedekah dengan sentiasa membelanja orang makan boleh kita jadikan inspirasi dan ia pernah dikongsikan satu ketika dahulu.
Kata pakcik yang berjaya ini, dulu hidupnya susah. Sehinggalah ada seorang ulama berpesan padanya, selalulah jamu orang makan kerana Allah. Tanpa perlu suruh orang itu doakan pun, pasti Allah akan bagi rezeki yang luar biasa. Allah bagi keluarga bahagia. Allah tak bagi kaya tetapi Allah bagi senang. Semua yang kita nak, dapat.
Allah bagi umur panjang, fikiran tenang dari duniawi, akhirat jadi matlamat, tubuh badan sihat walaupun umur macam ni tapi Alhamdulillah masih lagi dapat keluar dakwah dengan orang-orang muda.” Katanya.
Itulah pengajarannya. Bila kita gembirakan orang kerana Allah, Allah akan gembirakan kita. Ada pula sesetengah orang yang kurang cerdik, kerana nak gembirakan manusia, dia sanggup cari murka Allah. Orang macam ini biasanya hidupnya sempit dan tak tenang. Ini kerana nak cari redha manusia, sanggup dia abaikan perintah Allah.
Manusia yang cerdik ialah yang mencari redha Allah, walaupun di sana ada manusia tak suka. Allah pasti akan angkat orang sebegini dan memuliakannya.