Usahawan serta pengacara Neelofa antara selebriti yang rajin membuat IG Live sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Antara barisan tetamu jemputan yang diajak adalah Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, Pendakwah Bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Rani dan terbaru Ustaz Ebit Lew.
Dalam perkongsian dengan Ustaz Eit Lew, Pendakwah Bebas ini sempat memberi beberapa pesanan yang sangat berguna untuk kita amalkan bersama.
Antaranya beliau berpesan, walaupun kita miskin, tetapi bila ada agama, kita akan rasa bahagia. Beliau juga turut mengingatkan perihal solat, bukan sebab kita baik tetapi kita adalah hamba Allah.
Ustaz Ebit Lew juga memberi pesanan bahawa kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah tetapi kita lupa apa yang Allah mahukan dari kita sebagai hambaNya.
Dalam pada itu pesanan lain, beliau turut memberitahu tidak mengapa jika orang hina atau aibkan kita, kerana kita hidup bukan untuk penghormatan manusia tetapi untuk Allah sayang pada kita.
Pendakwah kesayangan ramai ini juga turut memberitahu untuk Allah bantu kita, kita perlu mendapat doa dari mereka yang makbul doanya, iaitu mak ayah, isteri, doa orang baik-baik dan juga doa dari teman-teman di laman sosial.
Beliau turut menekankan pesanan bahawa biar orang nak kata apa yang penting kita hidup kerana Allah sayang.Kita juga perlu ingat, dalam hidup ini Allah sentiasa sayang kita.
Bila Allah sayang, dia beri kita kebaikan dan hati yang tenang. Dan kena ingat juga tiada benda yang kebetulan, semuanya sudah Allah aturkan dan pertemukan.
Paling terkesan pesanannya ialah menurut beliau wanta itu amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Malah Allah jadikan mereka untuk saling melengkapi dan pasti tiada apa yang silap.
Beliau juga mengingatkan bila kita cinta kerana Allah, untuk Allah sayang dan akan kekal. Tetapi jika cinta selain daripada itu belum ada jaminan apa-apa.
Beliau turut menyarankan agar kita mengasihani keluarga kita kerana Allah untuk reda Allah. Dan orang yang paling disayangi ramai orang boleh dibenci sekelip mata.
KASHOORGA: Ingatlah 21 pesanan yang sangat berguna untuk kita jadikan panduan. Apa pun sentiasalah menjaga solat, jaga hubungan dengan Allah dan kita hidup untuk Allah sayang.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA & USTAZ EBIT LEW