Isi Kandungan
Toggle‘Bertaruh, siapa kalah kena belanja.’ Hukumnya judi kerana wujud elemen “zero sum game’.
Nampak simple tetapi perkara ini dinormaliasikan dalam masyarakat dan acapkali menjadi pembakar semangat dalam sesuatu sukan atau apa saja cabaran.
Artikel Berkaitan: Bukan Permainan Suka-Suka, Mufti Jelaskan Mesin Claw Adalah Perjudian & Haram
Bertaruh, Siapa Kalah Kena Belanja
Ikuti perkongsian Dr Zaharuddin ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:
Siapa kalah kena belanja
Apakah hukum bersukan berdua seperti bermain bowling, tennis, badminton atau lainnya dan sesiapa yang kalah perlu belanja makan?
Hukumnya Judi
Saya jawab hukumnya adalah judi kerana wujud elemen ‘zero sum game’. Walaupun penyertaan kelihatan tiada yuran tapi hakikatnya ia beryuran kerana kedua-dua pihak berpotensi dibebani dengan kos makanan yang tidak pula diketahui jumlahnya.
Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-
لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر
Ertinya : “Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju”( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)
Kerana Wujud Elemen
Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membyaar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena.
Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.
Baca Di Sini:
Bagaimana Nak Bersihkan Harta Judi Atau Pendapatan Haram?
“Zero Sum Game’
Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah ijtihad hukum dari ulama mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali. (Rujuk kitab Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila’ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 )
Wallahualam.
Sebab itu kita kena belajar hukum dalam muamalat.
Sumber : Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali. ‘Isteri Di Perantauan Cari Rezeki, Suami Di Tanahair Cari Bini.’
Isi Kandungan
ToggleBuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. ‘Isteri di perantauan cari rezeki, suami di tanahair cari bini.’ Allahuakbar minta dijauhkan daripada suami begini.
Benarlah hidup berjauhan ini banyak dugaannya, begitulah yang terjadi kepada jururawat ini. Bayangkan dia berperang dengan emosi kerana terpaksa berjauhan dengan suami dan anak-anak demi mencari rezeki.
Namun madu dibalas tuba, semoga Allah mengurniakan kesedaran kepada suami wanita ini dan sterusnya dia menyesal dengan segala perbuatan yang dilakukan.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Fahmi Ramli dan hadam baik-baik apa yang disampaikan:
Artikel Berkaitan:
Buat Baik Berpada-pada
Isteri di perantauan cari rezeki, suami di tanah air cari bini.
Saya ada satu kisah yang hendak dikongsikan. Mudah-mudahan menjadi pengajaran. Pernah dengar tak peribahasa ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’?
Lebih kurang 4 tahun yang lalu, saya berjumpa dengan seorang wanita yang datang ke firma untuk mendapatkan nasihat tentang kesnya.
Umurnya sekitar awal 40-an, tinggi orangnya dan manis senyumannya. Tutur katanya lembut sahaja menyapa staf firma.
Patutlah. Rupa-rupanya wanita ini bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di luar negara.
Buat Jahat Jangan Sekali
Seronok dia ceritakan tentang pengalaman dia bekerja di sana. Bahkan, pendapatannya di sana mencecah RM10 ribu ke RM15 ribu setiap bulan.
Lebih daripada 2 tahun beliau bekerja di sana. Asalnya dia sendiri tidak mahu ke sana sebab memikirkan tentang anak-anak.
Tapi, disebabkan keadaan suaminya yang dibuang kerja dan hanya membuat kerja-kerja kampung, maka dia perlu cari kerja yang boleh dapat lebih pendapatan.
Rezeki itu datang bersama ujian.
Dia mendapat tawaran untuk berkhidmat di sebuah negara Arab sebagai jururawat di salah sebuah hospital. Gajinya lumayan, cuma kontraknya agak lama.
Isteri Di Perantauan
Wanita ini berat untuk tinggalkan tiga orang anaknya yang masih bersekolah. Namun, disebabkan suaminya memberi semangat dan izinkannya bagi mencari pendapatan lebih demi masa depan anak-anak, dia pun setuju.
Setiap bulan, wanita ini tak pernah ‘miss’ untuk kirimkan wang berjumlah lebih kurang RM8 ke RM10 ribu setiap bulan ke Malaysia.
Ye lah, disana tempat tinggal pun di asrama jrururawat. Makan minum pun apalah sangat. Cukuplah kalau setakat duit belanja sikit-sikit untuk dia.
Duit yang dikirimkan di Malaysia, semuanya dimasukkan ke dalam akaun suaminya. Duit itu dia amanahkan untuk buat belanja makan minum anak-anak dan bayar segala loan rumah dan kereta.
Cari Rezeki
Lepas 2 tahun, dia pulang ke Malaysia untuk cuti panjang sebelum kembali ke sana, dia agak pelik. Sikap suaminya seolah-olah berubah.
Beliau kerap keluar malam dan balik lewat pagi. Anak-anak juga beritahu hal yang sama.
Nak jadi cerita, wanita ini cuba semak dalam akaun bank milik suaminya.
RM1000 sahaja wehhhhh…Terkejut dia.
Dia cuba tanya kepada anak-anak, adakah bapa mereka beli apa-apa keperluan yang mahal kepada mereka setiap bulan?
Terkejut dia bila anak-anak beritahu, kadang-kadang mereka selalu pergi makan di rumah nenek mereka sahaja. Ayahnya tak pernah beli apa-apa.
Dia cuba selongkar bilik tidur dan mana-mana pelusuk rumah untuk cari apa-apa bukti.
Suami Di Tanahair
Menangis dia tak henti-henti. Di tangannya ada sekeping Sijil Nikah tulisan jawi dari Wilayah Songkhla. Tertera nama suaminya dan seorang wanita yang dia tak kenali. Sijil itu terselit kemas di bawah fail-fail lama yang tak terusik.
Bila suaminya balik, dia tenang dan bertanya kepada suaminya. Adakah dia mengaku?
‘Sumpah abang tak kahwin lain pun. Ini mesti ada orang hendak rosakkan rumah tangga kita’, muka tak bersalah dan tuduh orang lain pula.
Dia tunjukkan Sijil Nikah tersebut. Biru, hijau, biru, hijau wajah suaminya.
Wanita ini desak dan akhirnya dia mengaku. Duit yang diberikan setiap bulan, tak digunakan sepenuhnya untuk anak-anak.
Sebaliknya, dia gunakan untuk perkahwinan barunya dan belanjakan untuk kediaman dia dengan isteri baru.
Cari Bini
Wanita ini tenang setelah dengar jawapan. Dan kemudian, suasana tegang itu kembali tenang setelah si suami keluar daripada rumah tersebut.
Sedih bila dengar kisah suami ambil kesempatan begini. Wanita ini tambah geram bila suaminya enggan melepaskan dirinya dengan baik.
Alhamdulillah, setelah hampir setahun kesnya di mahkamah, maka mahkamah menerima tuntutan fasakh yang kami failkan dan menolak pembelaan suaminya.
Kesimpulannya, beringatlah wahai isteri yang baik. Tak salah nak berbuat baik dan nak bantu suami. Cuma, kena ingat, bila kita nak berbuat baik, pastikan kita tidak mudah ditipu.
Hendak bantu cari pendapatan itu boleh, cuma jangan sampai suami tak rasa itu sudah tanggungjawabnya yang asal.
Anda rasa, salah ke isteri cari kerja diluar negara?
Baca Di Sini:
Kashoorga: Hendak berkorban kepada suami dan keluarga sekalipun, biarlah berhati-hati dan beringat.
Sumber: Fahmi Ramli, Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis, Perak, KL, Selangor.
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sentuh Isteri Ketika Dalam Iddah Adakah Dikira Sudah Rujuk? Ini Penjelasan Mufti
Perkataan ruju’ dalam Bahasa Arab bermaksud ”kembali kepada asal sesuatu, sama ada asal itu bertempat, perbuatan atau perkataan. Begitu juga dengan kesemua perbuatan atau sebahagian atau satu perbuatan sahaja.”
Di dalam undang-undang keluarga Islam maksud “Rujuk isteri yang telah ditalak,iaitu mengembalikan isteri yang ditalak kepada nikah yang asal tanpa akad yang baharu.”
Dalam perihal rujuk ini berlaku ada beberapa persoalan, antaranya seperti yang diajukan kepada Mufti Wilayah Persekutuan ini.
Soalan :
Assalamu’alaikum ustaz, jika pasangan suami isteri itu bercerai talak satu, kemudian suami itu menyentuh isterinya tersebut dengan syahwat, adakah perbuatan tersebut dikira sebagai rujuk?
Jawapan :
Islam amat menggalakkan supaya dikekalkan hubungan perkahwinan di antara suami isteri. Meskipun begitu, kadangkala boleh berlaku perselisihan dan salah faham sesama pasangan dalam bentuk yang sukar untuk dipertahankan ikatan perkahwinan.
Maka Islam memberikan jalan keluar untuk sekalian umatnya menerusi pensyariatan talak (cerai). Dalam masa yang sama, syariat Islam menjadikan asal bagi talak adalah merupakan talak raj’ie (yang boleh dirujuk semula) yang tidak memutuskan ikatan perkahwinan secara menyeluruh.
Kerana itulah syarak memberikan hak kepada seorang suami untuk merujuk semula dengan isterinya selama dalam tempoh iddah.Iddah bagi wanita yang diceraikan adalah selama tempoh tiga kali suci.
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ
Maksudnya: Dan wanita-wanita yang diceraikan itu maka mereka ‘mengurung’ diri mereka selama tiga kali suci.
Surah Al-Baqarah (228)
Justeru, dalam tempoh tiga kali suci tersebut seorang suami itu boleh untuk merujuk semula kepada isterinya yang telah diceraikan.
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, suka kami menjelaskan beberapa nas yang menunjukkan kepada pensyariatan ruju’.
Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T :
وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا
Maksudnya : Dan suami-suami mereka (orang perempuan) berhak meruju’ semula dengannya dalam tempoh masa (iddah) tersebut, sekiranya mereka (para suami) berkehendakkan kepada kebaikan. Surah Al-Baqarah (228)
Imam Al-Syafie dalam mengulas ayat di atas beliau berkata : Memperbaiki talak adalah dengan cara melakukan ruju’.Rujuk Al-Umm, Al-Syafi’e (5/260)
Manakala nas daripada sunnah adalah berdasarkan perbuatan Nabi S.A.W yang meruju’ semula kepada isterinya Ummu al-Mu’minin Hafsah. Ini seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar Ibn al-Khattab R.A beliau berkata :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم طَلَّقَ حَفْصَةَ ثُمَّ رَاجَعَهَا
Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah menceraikan Hafsah kemudian baginda meruju’ semula.
Riwayat Abu Daud (2283)
Persoalan yang utama dalam isu ini adalah, apakah kayu ukur yang diambil kira untuk seseorang suami itu merujuk semula kepada isterinya? Maka kami menyatakan bahawa para ulama berbeza kepada beberapa pendapat yang utama dalam isu ini.
Para ulama al-Syafi’eyyah berpendapat bahawa tidak sah perbuatan ruju’ (rujuk) seorang lelaki melainkan hanya dengan perkataan. Sekiranya dengan perbuatan seperti seorang suami itu menyetubuhi isterinya dalam tempoh iddah, maka ia tidak dikira sebagai ruju’.
Maka tidak sah merujuk menerusi perbuatan yang melibatkan berpelukan, menyentuh, dan sebagainya selama mana seseorang itu mampu untuk mengucapkan lafaz rujuk.
Kata Imam Al-Nawawi: Tidak sah meruju’ melainkan dengan ucapan.
Sekiranya seseorang itu menyetubuhinya maka hal tersebut tidak dianggap sebagai ruju’. Maka tidak sah (ruju’) dengan perbuatan sekiranya seseorang mampu untuk mengucapkan (lafaz ruju’).
Kemudian beliau berkata lagi :
فأما إذا وطئها أو قبلها أو لمسها فلا يكون ذلك رجعة، سواء نوى به الرجعة أو لم ينو
Maksudnya : Sekiranya seseorang lelaki itu menyetubuhi isterinya (dalam tempoh iddah raj’ie), menciumnya, atau menyentuhnya, maka yang demikian itu tidak berlaku padanya ruju’. Sama ada dia melakukannya dengan niat ruju’ atau pun tidak. Rujuk Al-Majmu’, Al-Nawawi (7/266).
Manakala di sisi mazhab Hanbali, ada dua pendapat dalam isu ini. Pertama, ruju’ tidak berlaku melainkan dengan ucapan sahaja.
Manakala pendapat yang kedua menyebutkan bahawa ruju’ itu terhasil dengan persetubuhan, sama ada dengan niat ruju’ atau pun tanpa niat. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (7/523).
Imam Ibn Qudamah menambah lagi : Sekiranya seorang lelaki itu mencium isterinya (dalam tempoh iddah), menyentuhnya dengan syahwat, menyelak kemaluan lalu melihatnya, maka pendapat yang dinaskan daripada Imam Ahmad adalah kesemuanya itu tidak dianggap sebagai ruju’.
Manakala menurut Ibn Hamid : Ada dua pendapat dalam isu ini. Pertama : Ia dianggap sebagai ruju’, kerana perbuatan ini dianggap sebagai berseronok-seronok yang hanya diharuskan menerusi perkahwinan. Maka terhasil ruju’ dari perbuatan tersebut sama seperti persetubuhan.
Manakala pendapat yang kedua menyatakan bahawa ia tidak dianggap sebagai ruju’. Ini kerana ia (perbuatan-perbuatan tersebut) adalah perkara yang tidak ada kaitan dengan ijab iddah dan juga mahar. Maka tidak terhasil ruju’ dari perbuatan tersebut. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (7/53).
Syeikh Dr. Muhammad Al-Zuhaili menyatakan: ‘’(Ruju’) adalah lafaz yang ringkas maka tidak sah ruju’ melainkan dengan perkataan. Hendaklah ia merupakan lafaz yang sarih dan ia tidak memerlukan kepada niat. Seperti ucapan ‘aku ruju’ kamu’, dan lain-lain’’.
Begitu juga beliau berkata : ‘’Dan haram istimta’ (bermesraan) dengan wanita yang ditalakkan dengan talak raj’ie menerusi persetubuhan, bersentuhan, dan melihat ke arahnya meskipun tanpa syahwat, ini kerana dia telah berpisah dengan suaminya..’’ Rujuk Al-Mu’tamad, Al-Zuhaili (4/185 – 190).
Penutup
Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa kami cenderung kepada pendapat mazhab Al-Syafi’e dalam isu ini.
Dari sudut ruju’ antara pasangan yang bercerai tidak boleh berlaku dengan perbuatan semata-mata sekiranya seorang lelaki itu mampu untuk melafazkan ruju’. Bahkan ia hanya sah dengan ucapan ruju’ dari pihak suami sahaja.
Kami juga menyatakan, dalam kes-kes sebegini hendaklah pasangan tersebut mendaftarkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah terlebih dahulu.
Kemudian setelah mendapat perintah mahkamah, proses ruju’ boleh diteruskan selama masih dalam tempoh iddah. Proses-proses ini boleh dirujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan atau Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Amin.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Orang Islam Bodoh Tinggalkan Al-Quran Sedangkan Yahudi Menghayatinya,” Almarhum BJ Habibie
Mungkin ada sebahagian kita kurang kenal siapakah Bacharuddin Jusuf Habibie atau nama popularnya BJ Habibie. Beliau merupakan Presiden ketiga Indonesia menggantikan Presiden Suharto pada Mac 1998. Sosok tubuhnya kecil namun, kepintarannya dan kegenesiuannya tidak boleh dipertikai.
Beliau yang dikenali sebagai Mr. Crack kerana kegeniusannya dalam bidang penerbangan memang sangat dikagumi di Jerman, negara di mana dia melanjutkan pelajaran.
Namun kepintaran jurutera aeronautikal ini sebenarnya mempunyai cerita menarik yang perlu kita ingat dan semestinya amalkan kerana BJ Habibie sendiri adalah bukti akan kebesaran Allah SWT sang Pencipta. Baca petikan cerita ringkas tentang bagaimana BJ Habibie muncul sebagai ‘manusia sains’ yang genius.
Ada seorang pelajar lelaki, Habibie namanya. Beliau pelajar terbaik dari asia.
Beliau dihantar ke sebuah universiti di Jerman. Di universiti Jerman ini, beliau sentiasa dapat tempat ketiga. Tidak pernah dapat tempat pertama. Peliknya, kedudukan pertama dan kedua adalah daripada bangsa Yahudi.
Artikel berkaitan: Alif Satar Dipuji Netizen Bijak Seimbangkan Dunia Akhirat. Tak Segan Akui Ambil Kelas Malam Belajar Mengaji!
Artikel berkaitan: Suami Isteri Rajin-rajinlah Solat Tahajud, Rasai Keajaiban Yang Akan Berlaku
Beliau tertanya-tanya, “Kenapa aku tak mampu kalahkan mereka berdua?
Sedangkan aku ini pelajar terbaik dari Asia? Apa rahsia mereka berdua hingga menjadi pelajar paling pintar?”
Habibie mencari jalan bagaimana mahu mengorek rahsia mereka berdua.
Habibie pun berkawan dengan yahudi berdua itu. Habibie memberitahu mereka berdua “Aku mahu tumpang kamu berdua ke asrama, boleh?”
Mereka benarkan. Minit demi minit, jam demi jam silih berganti. Habibi memerhati kelakuan mereka. Dari pagi sampai malam beliau bersabar.
Tetapi tiada apa-apa perkara pelik yang kedua-dua Yahudi ini lakukan.
Tiba waktu malam, mereka tidur. Habibie turut tidur dalam mood tertanya-tanya. Tiba-tiba, jam 2 pagi, pada 1/3 malam akhir, Habibie tersedar.
Habibi lihat kedua-dua yahudi ini bangun, mandi, bersihkan diri.
Kemudian mereka membuka sebuah buku. Mereka membacanya dengan penuh asyik. Habibie bangun dari tempat tidur, dekati kedua-dua pemuda Yahudi itu. Terkejut Yahudi itu dan segera menyorokkan buku yang dibaca.
“Apa yang kamu baca?”
“Tiada apa-apa.”
Habibi tak puas hati, lalu mendesak kedua-dua yahudi itu perlihatkan buku yang dibaca. Akhirnya mereka tunjukkan buku yang dibaca itu.
Terkejut Habibi, buku itu adalah Al-Quran!
“Kenapa kamu membaca al-Quran?”
“Kami baca kerana kami percaya di dalamnya penuh dengan ilmu. Ketika kami baca pada 1/3 malam akhir, sel-sel otak kami terangsang. Ketika itu, otak kami akan berada pada tahap terbaik,” jelas salah seorang pemuda Yahudi itu.
“Kerana itulah kami menjadi orang pintar dan cerdik. Kamu umat Islam tinggalkan Al-quran, kerana itulah kamu menjadi sebodoh-bodoh umat.”
“Jika kamu umat Islam berpegang pada al-Quran, nescaya kamu akan menjadi sebijak-bijak manusia, bahkan lagi hebat daripada kami bangsa Yahudi.”
Terdiam Habibi. Tiada kata-kata nak diluahkan kerana saat itu berasa seperti baru tersentak dari lamunan. Menangis Habibie kerana kata-kata Yahudi tersebut.
Selepas kejadian tersebut, Habibi jadikan membaca al-Quran sebagai rutin.
Beliau bangun malam, mandi, bersihkan diri, tahajjud dan membaca Al-Quran.
Selepas itu, setiap kali peperiksaan, beliau akan mendapat tempat pertama.
Akhirnya, beliau menjadi pakar kapal terbang dan digelar “MR Crack”, kerana geniusnya beliau dalam bidang penerbangan
Ketika berusia 32 tahun, beliau mencipta “crack progression theory” @ “Teori Habibie.” Dan mungkin atas faktor kecerdsan otaknya jugalah, beliau menjadi Presiden ke-3 Indonesia
Kashoorga : Apa yang kita rasa sekarang? Lahir sebagai Islam tetapi jarang membaca al-Quran? Sedekahkan surah umul kitab Al-Fatihah buat BJ Habibie
Sumber artikel: Alwi
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI