‘Bertaruh, Siapa Kalah Kena Belanja.’ Hukumnya Judi Kerana Wujud Elemen “Zero Sum Game’

Share

‘Bertaruh, siapa kalah kena belanja.’ Hukumnya judi kerana wujud elemen “zero sum game’.

Nampak simple tetapi perkara ini dinormaliasikan dalam masyarakat dan acapkali menjadi pembakar semangat dalam sesuatu sukan atau apa saja cabaran.

Artikel Berkaitan: Bukan Permainan Suka-Suka, Mufti Jelaskan Mesin Claw Adalah Perjudian & Haram

Bertaruh, Siapa Kalah Kena Belanja

Ikuti perkongsian Dr Zaharuddin ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:

Siapa kalah kena belanja
Apakah hukum bersukan berdua seperti bermain bowling, tennis, badminton atau lainnya dan sesiapa yang kalah perlu belanja makan?

Hukumnya Judi

Saya jawab hukumnya adalah judi kerana wujud elemen ‘zero sum game’. Walaupun penyertaan kelihatan tiada yuran tapi hakikatnya ia beryuran kerana kedua-dua pihak berpotensi dibebani dengan kos makanan yang tidak pula diketahui jumlahnya.

Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-

لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر

Ertinya : “Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju”( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)

Kerana Wujud Elemen

Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membyaar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena.

Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.

Baca Di Sini:

Bagai Dirancang! Iklan Judi Kedua Pula Muncul, Peguam Jelaskan Teknik Marketing “Cucuk Jarum” Begini Bakal Jadi Barah

Bagaimana Nak Bersihkan Harta Judi Atau Pendapatan Haram?

“Zero Sum Game’

Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah ijtihad hukum dari ulama mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali. (Rujuk kitab Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila’ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 )

Wallahualam.

Sebab itu kita kena belajar hukum dalam muamalat.

Sumber : Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
webadmin