Hikmah perkahwinan adalah supaya suami isteri merasai ketenangan dan kebahagiaan hidup.Antara hikmah perkahwinan ialah mewujudkan ketenangan (sakinah), ia juga menyuburkan perasaan cinta (mawaddah) serta membentuk kasih dan sayang (rahmah) di antara pasangan suami isteri maka lahirlah kebahagiaan dalam kehidupan rumah tangga.
Namun tidak dapat dinafikan, kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Maka sebab itulah suami isteri perlu ‘kuat’ melawan dugaan-dugaan yang datang menjengah.
Dalam hidup ni, carilah kebaikan dalam sesuatu. Nanti kita akan jumpa banyak lagi kebaikan lain. Jika kita mula mencari yang buruk, maka makin banyak keburukan yang kita akan temui. Sampai kita muak dan akhirnya kira rasa kita perlu cari lebih baik lagi. Kita layak untuk yang lebih baik lagi.
Sama juga dalam perhubungan suami isteri, 3 tahun pertama yang sangat mencabar. Time ni syaitan gondol sentiasa bisik kat telinga tentang kekurangan pasangan masing masing. Time ni kita pula akan cepat panas dan cepat mengamuk.
Ads
SELALU BERSANGKA BAIK
Orang yang nampak sempurna dimata kita sebelum kahwin rupanya manusia lain selepas kahwin. Bukan je kentut bersepah tapi tidur berdengkur dan tak tahu buat kerja rumah. Kita pun membentak bentak dalam hati dan rasa kesal dengan berkahwinan ini. Tapi percayalah Allah jadikan kita berpasangan bersebab. Bersangka baiklah. Perkahwinan perlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Dan setiap kesabaran akan ada manisnya nikmat Allah akan dorongkan.
Dan setiap kekurangan pasangan kita tu adalah kelebihan kita. Setiap kekurangan kita adalah kelebihan pasangan kita. Kita pun jangan rasa diri perfect sangat sampai tak nampak salah sendiri.
BANYAK BERINTERAKSI DAN BERBINCANG
Ads
Dalam hubungan rumah tangga, kita kena tahu monolog dalaman pasangan kita. Riak air mukanya dan perlu banyak berinteraksi dan berbincang.
Part ni suami isteri kena mainkan peranan utama, kena turunkan ego bila ditegur dan bertolak ansur dalam buat satu satu keputusan. Kena fikir secara positif dan pilih untuk sama sama berubah ke arah lebih baik.
Ads
Jangan sebab suami tidur berdengkur, isteri berak tak flush. Korang da naik hantu sampai nak bercerai. Benda boleh bincang dan boleh ubah kalau kita nak. Yang penting what happen at home stay at home. Jangan jaja hatta kat bff sekali pun. Semua ni satu proses yang kita kena sama sama jayakan. Work like wonder pet okay?
Kesimpulannya suami isteri saling melengkapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing. Tidak ada manusia yang sempurna maka sebab itulah Allah takdirkan kita hidup berpasangan demi untuk ‘top up’ kelemahan diri kita.
Lumrah hidup berumahtangga menghadapi ujian dan dugaan. Dalam hidup berumah tangga, salah satu kuncinya adalah saling memenuhi hak dan menunaikan kewajiban masing-masing. Ketentuan itu berlaku untuk kedua pasangan, bukan hanya suami kepada isteri, tetapi juga sebaliknya, isteri kepada suami.
Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman?
1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Tuhan. Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.
2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu. Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.
3. Banyakkan buat baik. Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.
Semoga Tuhan menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman.
Sungguh, Takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini.
Moga Tuhan terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga.
Setiap pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan, terutama suami perlu memastikan tanggungjawab dilaksanakan sebaiknya dengan menyediakan segala keperluan buat isteri tercinta.
Namun permulaan kepada sebuah hubungan berumah tangga itu pastinya sukar. Dengan komitmen yang pelbagai pastinya sedikit sebanyak setiap pasangan akan menghadapi masalah kewangan.
Seperti perkongsian seorang pengguna akaun di laman sosial Facebook, Mohd Fadhli Salleh yang menceritakan pengorbanan dilakukan mereka suami isteri di awal perkahwinan.
Menurut Mohd Fadhli, gajinya 10 tahun dulu sangat kecil berbanding isterinya yang memiliki segulung ijazah.
Namun itu bukanlah alasan untuknya melupakan tanggungjawab dengan memberikan duit nafkah kepada isterinya. Bukan itu sahaja, isteri tersayang juga turut meminta izin darinya sebelum membeli apa-apa barangan yang dihajatinya.
Baca perkongsiannya yang cukup menyentuh hati ini dan memberi pengajaran bahawa hidup berumahtangga itu memang saling memerlukan satu sama lain.
Sebaik lafaz nikah disahkan 10 tahun dulu, sematkan dalam hati punya tanggungjawab besar
Sebaik lafaz akad nikah disahkan 10 tahun lalu, terus aku semat dalam hati bahawa aku kini punya amanah dan tanggungjawab besar.
Masa tu gaji kecil sahaja. Gaji diploma. Puan isteri pula gaji lebih besar. Dia degree.
Namun itu tak bermakna tanggungjawab nafkah itu aku boleh abaikan. Nafkah ini dihukumkan wajib oleh Tuhan. Bukan Perdana Menteri yang tetapkan, bukan juga hakim majistret.
Maka sejak bulan pertama perkahwinan, semuanya aku tanggung. Baik dari segi sewa rumah, belanja dapur (sebahagian), belanja hospital, pakaian, bil-bil, bahkan bil telefon peribadi dia pun aku yang bayarkan.
Kalau isteri berkenan apa-apa, isteri akan minta izin untuk beli. Bagi duit time raya dan bonus untuk isteri beli pakaiannya.
Jika puan isteri aku berkenan nak beli apa-apa, dia akan minta izin aku untuk beli. Biasanya dia beli sendirilah. Aku cuma bagi untuk raya. Bonus raya biasanya memang aku tak sempat rasa. Semuanya aku bagi kat dia untuk pakaiannya.
Aku punya cukuplah mana yang ada. Namun biasanya puan isteri akan hadiahkan aku baju juga untuk beraya. Kalau tak, padan baju Melayu je lah. Hihi.
Dalam tempoh 10 tahun, isteri tidak pernah bayar apa-apa bil. Malah beri duit barang dapur pertama sebanyak RM50…
Tempoh 10 tahun ini, tidak pernah sekali puan isteri aku bayar apa jua bil. Duit barang dapur pertama kali aku beri padanya cuma RM50 sahaja.
“Ini sahaja abang mampu beri untuk barang dapur. Selebihnya awak topup la ya. Nanti ada rezeki lebih, abang tambah lagi.”
“Tak apa la bang. Barang dapur tu biar saya yang urus semua,” balas puan isteri 10 tahun lepas.
“Tak boleh. Ini kewajipan abang. Wajib pada seorang suami memberi nafkah ni. Walau sedikit, sekurangnya ada. Lepas dah depan Tuhan abang nak menjawab kelak,” ujarku padanya.
Isteri terima seadanya. Gaji juga sekadar mampu sahaja ketika itu. Tetapi cuba menyediakan segala keperluan untuk isteri dan anak-anak setakat yang mampu
Puan isteri hanya mengangguk sahaja. Waktu tu, setiap kali gaji, lepas bayar segala benda baki gaji sekitar RM600 sahaja.
Dengan baki itulah aku nak survive makan minum, minyak kereta, anak-anak nak aiskrim ke, mainan ke, keluar jalan-jalan hujung minggu ke. Memang sesak yakmat.
Kadang anak minta nak beli itu ini pun aku terpaksa menolak. Dalam dada punya la rasa loser tak mampu tunaikan kehendak anak-anak ni.
Tapi terdesak macam mana sekalipun tak pernah minta duit isteri, rela berhutang dengan kawan-kawan dari minta duit dia
Namun perangai aku, walau terdesak, walau kesempitan, aku tak pernah minta duit dengan isteri.
Aku rela berhutang dengan kawan-kawan dari minta duit isteri. Rela makan berhutang kat kantin dari minta duit isteri. Sejenis ego seorang suami.
Dulu-dulu, lepas tengah bulan biasanya puan isteri akan intai-intai dompet aku waktu aku tidur. Dia tengok tinggal RM2-RM3 dalam tu, dia letak senyap-senyap RM10-RM20.
Dia tahu dah, harapkan aku minta memang takkan sesekali. Jadi gitu la cara dia bantu aku. Masukkan dalam dompet waktu aku tidur.
Tapi isteri pula jenis yang senyap-senyap letak duit dalam wallet. Malam sebelum ada RM3, esok pagi tengok-tengok ada RM20…
Esoknya pergi kerja, tengok-tengok dalam wallet ada lebih 20 ringgit. Padahal sebelum tidur ada 3 ringgit je. Terharu betul masa tu.
La ni, bila aku agak lega, bila boleh bernafas dengan agak teratur, sesekali aku akan bawa kereta puan isteri keluar. Bukan nak bawa sangat sebenarnya, aku lebih selesa naik motor ke mana-mana.
Cuma aku nak tengok minyak kereta. Kalau minyak bawah setengah, memang aku bawa ke stesen minyak dan isi penuh. Topup Touch n Go kereta pula tak pernah bakinya bawah RM50.
Biar puan isteri aku tak perlu fikir apa dah kalau pegang stereng kereta. Bawalah ke mana, minyak ada, Smart Tag dengan Touch n Go pun tersedia.
Tetapi sekarang, situasi berubah. Isikan minyak dia kereta penuh-penuh, topup berganda Touch n Go dan sebelum tidur letak duit atas meja
Setiap tahun ada kenaikan gaji, maka duit dapur puan isteri turut sama bertambah. Dari RM50, kini dah jadi 10x ganda.
Dan sesekali, sebelum aku tidur aku letak duit atas meja untuk kegunaan dia. Duit bulanan tak pernah miss, namun ini sebagai hadiah.
Dia bersiap nak keluar kerja, tengok ada nota ringkas dan duit belanja pula. Siapa tak seronok dapat hadiah ye tak?
Itulah realiti hidup sekarang. Ada masa sesak dan ada masa kita lega. Rezeki lebih bukan bermaksud kalut nak cari lain. Sebaliknya Tuhan kirim rezeki lebih supaya…
Gitulah hidup ini. Ada masa kita sesak, ada masa kita lega. Masa sesak tu, orang terdekat juga yang bantu. Maka bila lega, kita pula bantu dan gembirakan mereka.
Bila ada rezeki lebih, bukan bermaksud kita kalut nak cari yang lain. Sebaliknya Tuhan kirim rezeki lebih pada kita supaya kita layan orang yang setia bersama kita saat sukar dan susah dengan lebih baik.
Gembirakan ibu bapa, isteri dan barulah boleh bantu orang lain
Bila ada rezeki lebih, gembirakan ibubapa dan isteri dahulu, baru kita bantu orang lain. Itu yang sebaiknya.
Kerana tiada orang lebih ikhlas dengan kita melebihi ibubapa dan keluarga kita sendiri.
Itulah dia.
#MFS – Family man –
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seringkali apabila rumah tangga tidak bahagia, selalunya sahaja istilah salah pilih suami atau isteri diucapkan. Namun sejauh manakah kebenarannya salah memilih pasangan sama ada salah pilih suami atau isteri?
“Akak, tengok drama nur tu, Aisyah cakap dia dah salah pilih suami. Kenapa salah pilih pulak? Kan jodoh tu dah ditetapkan.
So, this is my answer to her:
Jodoh ni dik mmg dah ditakdirkan…mmg dah tertulis. Tapi bagaimana jodoh kita tu adalah atas pilihan kita sendiri. Sama juga mcm mati. Kematian kita sudah ditetapkn tp bgaimana cara mati kita adalah ditentukan oleh amal kita sendiri. Drpd usaha kita.
Sbb tu, dlm memilih jodoh, Allah letakkan garis panduan utk bantu kita buat pilihan. Bila kita dah tekad nk memilih pilihan hati kita tu berdasarkn segala alasan dari kita sendiri yg mnyatakn knp kita mesti pilih dia brbnding org lain, kmudian Allah izinkn terjadi maka kita pun nikah dgn org tu. Jd, bila timbul masalah slpas bernikah, bukan sbb Allah takdirkn kita dgn psgn yg salah, tp sbb itulah pilihan kita.
“Dan diantara tanda2 kekuasaanNya ialah Dia mnciptakan untukmu istri2 dri jnismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram bersamanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih syg. Sesungguhnya pada yg demikian trdpt tanda2 kkuasaanNya bgi kamu yg berfkir” 30:21
Allah ttpkn jodoh kita sbb Allah tahu fitrah kita perlukn psgn untuk hidup. Tp dlm memilih jodoh kita, Allah bg kita akal untuk memilih siapa yg kita nk jdikan jodoh tu..Takdir ni pun ada 2. Takdir mua’llaq dan takdir mubram.
Takdir mua’llaq, takdir yg kita dpt sbb usaha..kita usaha nk dptkn sesuatu dgn sungguh2, akhirnya Allah bagi.
Takdir mubram, takdir yg kita tak bleh ubah. Contoh dilahirkn sbg melayu/lelaki/perempuan.
Kedua dua takdir tu tiada lain sbg tanda kekuasaan Allah.
Dlm bab jodoh ni sbnrnya, klau ikutkn dalil, tiada pun yg kata jodoh ni mmg dah ditetapkan.
Cuma Allah kata, pasangan kita mmg ada sbb dah memang fitrah kita. Tapi bgaimana kita nk psgn kita tu nnt trpulang pada usaha kita..lebih kpd takdir mu’allaq
Mcm kes kak ecah tu, dia yg nak sgt bersuamikan lelaki mcm ust hamadi tu sdgkn dia dah tau perangai llki tu mcm mna. Dan akibat dibutakan dgn cinta & nafsu, dia sanggup ikut suami dia walaupun bertentangan dgn syarak..Itu adalah sbb kejahilan dia sendiri.
Hukum cuma meletakkn taat istri pd suami selagi tak brcggah dgn syarak. Tp dia sendiri yg memilih utk hancurkn hidup dia dgn ikut suami wlaupun salah atas alsan taat dan tak mau jd istri derhaka. Dia yg zalimi.diri sendiri. Bukan Allah takdirkn dia dgn jodoh yg salah.
Itu konsep jodoh. Sebab tu nk jodoh yg baik, jadi la pmpuan yg baik dulu dan nilai seseorg brdasarkn iman bukn asal cinta je.
Ingt tak akk pnah ckp dulu, bukan soal dgn siapa kita kawin tp bgaimana kita nk berhadapan dgn yg kita kahwini tu. Mcm mna kita nk bina syurga dlm rumahtangga dgn psgn kita. Sbb bila Allah izinkn ssuatu itu terjadi, pastinya ada kbaikan utk kita..kita yg kna nmpk hikmahnya. Tp mcm mna nk nmpk hikmahnya klau kita jahil dan asyik ikut kata nafsu dari iman.
Klaulah kak ecah tu ikhlas dan letakkn ketaatan kpd Allah yg pling atas, dia boleh cegah suaminya drp terus brbuat zalim. Dia boleh jdikan suaminya tu lelaki yg baik. Tp sbb dia syg mmbuta tuli tu yg bahana kt diri send.
Mmg btul seorg istri tu sng nk masuk syurga. Tapi, laluannya bukan mudah. Derita bahgia tu kita yang tentukan sendiri.. Cuba fokus mcm mna nk jdikan bahagia drp jdikan derita. Psgn hidup ni fitrah kita. Klau baik cara kita olah, bhgialah rumah tgga tu nanti.
So tak payah takut nak kawin. Kawin tu baik..klau tak baik, takkn rasulullah galakkn. Bila perkahwinan tu hancur, bukan salah kahwin tu tp salah org yg kahwin tu.
Mcm org slalu sinonimkn melayu ni pemalas. Tp bukan salah bgsa melayu, org tu la yg malas..ade je melayu yg rajin dan berjaya. So bljarla dri yg rajin dan brjaya tu buat apa nk fokus dgn yg tak baik tu pulak.
Semoga sama-sama kita tetap memperbaiki diri. Wallahua’lam.
Sumber : Hayati Latiff dan Viral Muafakat Johor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Cara buat rayuan haji! Baru-baru ini Tabung Haji telahpun mengeluarkan surat haji kepada mereka yang terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun 2025. Begitu pun...