Bermula 1 April ini sehingga 30 April akan datang, bermulalah permohonan bagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaacob baru-baru ini.
Wang itu akan mula disalurkan ke akaun penerima masing-masing bermula 20 April dan ia merupakan pengeluaran terakhir seperti diperjelaskan. Sebelum ini, sudah ada tiga pengeluaran dibenarkan iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra bagi mengimbangi keperluan individu yang terjejas akibat pandemic Covid-19.
Di sebalik kegembiraan boleh mengeluarkan wang simpanan hari tua ini, ada hal perlu diberi perhatian oleh umat Islam iaitu hal berkaitan membayar zakat wang simpanan sebanyak 2.5 peratus yang perlu dibayar kepada pihak zakat mengikut negeri masing-masing.
Timbul persoalan, apabila wang RM10,000 ini berada di tangan, adakah perlu terus mengeluarkan zakat RM250 (dari kadar 2.5%) atau perlu ditunggu sehingga cukup setahun selepas itu (mencapai setahun dimiliki?). Pada masa yang sama, adakah semua pengeluar wajib membayarnya atau bagaimana?
KASHOORGA menemuramah Ustaz Hamizul Abdul Hamid yang juga Ketua Jabatan Dakwah & Perundingan, Divisyen Syariah & Dakwah, Lembaga Zakat Selangor berkaitan isu ini.
Perlu diingat, perkiraan zakat ini adalah tertakluk kepada Negeri Selangor sahaja dan ianya berbeza mengikut negeri masing-masing.
Ads
Menjawap sama ada perlu membayar zakat selepas memperoleh duit atau perlu tunggu hujung tahun, Ustaz Hamizul menjelaskan bahawa fatwa di Selangor yang dikeluarkan pada tahun 2017 menyatakan, setiap pengeluaran wang KWSP hendaklah dizakatkan sejurus selepas pengeluaran.
“Ia bermakna, tidak dikenakan syarat haul (perlu menunggu setahun) ke atas wang KWSP, kerana ia adalah sebahagian dari zakat pendapatan (hal ini tertakluk di Selangor sahaja dan ianya berbeza mengikut negeri masing-masing),” ujarnya.
Dalam pada itu, jelasnya, dalam isu pengeluaran zakat KWSP RM10,000 ini ia tertakluk kepada tiga kumpulan manusia. Ada yang kena zakat, ada yang tak kena.
Ads
Pertamanya, mereka yang BEKERJA TETAP dan sudah tahu jumlah gaji bulanan diterima dan mereka juga merupakan pembayar zakat pendapatan sedia ada. Maka mereka ini perlu membayar terus zakat KWSP sebanyak 2.5 peratus seperti fatwa di atas. Jadi, dapat duit terus keluarkan zakat RM250. Sebabnya, sebelum dapat wang KWSP pun mereka memang dah kena zakat pendapatan.
Keduanya, mereka yang TIDAK BEKERJA TETAP TAPI MASIH ADA PENDAPATAN, tak kiralah kecil atau besar. Sebagai contoh, mereka yang buat penghantaran (runner) walau gaji tak tetap masih jana pendapatan setiap bulan, atau mereka yang buat bisnes online dari rumah, buat jualan kuih raya, buat macam-macam pekerjaan dan lain lagi.
“Mereka ini perlu mencampurkan RM10,000 dari KWSP itu dengan semua pendapatan dari kerja yang dibuat, dan menjelaskan zakatnya pada penghujung tahun (maknanya: Wang KWSP + Lain-lain Pendapatan tak tetap). Mereka bayar zakat hujung tahun.
Ads
“Bayar hujung tahun itu bukan maknanya tunggu setahun, tak. Kerana duit pendapatan itu masih dikenakan zakat pada tahun yang sama ia diperolehi (jika tunggu setahun, maknanya kena tunggu tahun depanlah). Cuma alasan kumpul hujung tahun sebab nak pastikan keseluruhannya mesti cukup memenuhi keperluan diri, dan mesti mencapai nisab zakat,” jelasnya.
“Sebagai contoh, kalau pendapatan runner pada tahun itu ada RM50,000, maka dicampur RM10,000 KWSP jadilah RM60,000. Maka, zakat pendapatan dikira dari jumlah RM60,000 itulah,” ujarnya lagi.
Jelasnya lagi, kumpulan ketiga ialah mereka yang langsung tak ada pendapatan, dan hanya dapat duit KWSP itu sahajalah sebagai pendapatannya pada tahun itu.
“Contohnya SURI RUMAH yang tidak bekerja langsung dan dirinya dapat keluarkan RM10,000. Maka kumpulan ini TIDAK PERLU MEMBAYAR ZAKAT, kerana sudah jelas jumlah RM10,000 itu pun tak mencapai nisab zakat,” katanya ketika dihubungi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Masih lagi terbayang kemeriahan ‘wedding of the year’ Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar bulan lalu.
Dan kini keduanya sudah hampir sebulan lebih melayari kehidupan sebagai pasangan suami isteri dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama dalam mengukuhkan ikhwah seperti sembahyang berjemaah.
Dalam perkongsian di laman Instagram Wan Emir memberitahu bahawa dengan melakukan solat berjemaah dan membaca Al-Quran bersama paşangan adalah cara terbaik menyatakan kesyukuran atas sebuah perkahwinan.
Menurutnya dia dan isteri memilih melakukan ibadah berkenaan bersama-sama sebagai membayar ‘hutang budi’ kepada Maha Pencipta.
“Sekiranya seorang suami dan isteri bersyukur kepada Yang Maha Kuasa selama-lamanya kerana membuka jalan untuk mereka bernikah serta menyusuri lorong perkahwinan, mengapa mereka tidak terus bersyukur kepada-Nya bersama sepanjang hidup mereka?
“Bagi saya dan isteri, solat berjemaah dan tadarus (membaca Al-Quran bersama-sama) adalah cara untuk menyatakan rasa hutang abadi ini dan penghargaan yang tidak dapat dilukiskan kepada-Nya atas segala yang diberkati-Nya.
“Walaupun dia (Mira) letih atau mengantuk, dia tetap berada di sisiku, bersandar pada saya, menemani saya membaca al-Quran… berkati dia Ya Rabb,” katanya.
Menurutnya lagi dia selalunya akan mengajak pasangannya melakukan rutin amalan ini sehari sekali sebagai tanda penghargaan atas segala rahmat dikurniakan Tuhan.
“Tidak salah melakukan ibadah wajib misalnya solat fardu bersendirian. (Namun) sekiranya suami dan isteri dapat menjalankan tugas-tugas rumah di dalam atau di luar bersama-sama, pasti 5 hingga 10 minit (juga) boleh diluangkan untuk berterima kasih kepada-Nya.
“Dan sekiranya kita memohon kepada Allah untuk mengurniakan insan yang terbaik, tak bolehkah kita memberikan yang terbaik kepada Tuhan selepas Dia mengurniakan apa yang diminta.
“Setiap langkah, bersama-sama, lebih-lebih lagi ketika bertemu Pencipta kita. Lagi pun, tidakkah kita mahu berakhir di tempat rehat yang sama dengan pasangan jiwa kita, kemudian di akhirat?” ujarnya lagi dalam media sosialnya itu.
Sebaik masuknya Syawal kedua, ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan ibadah puasa enam.
Mengambil peluang tidak berziarah sepanjang Aidilfitri ini. Kebanyakan dari kita sudah mula berpuasa untuk mengumpul pahala berganda.
Bukan sahaja golongan dewasa yang berpuasa enam ini, tetapi juga golongan kanak-kanak tidak terkecuali.
Gambar sekadar hiasan.
Dalam tinjauan dilakukan oleh Harian Metro mendapati segelintir işbu bapa memilih untuk mendidik anak mereka berpuasa enam hari ketika mereka menjaqlani arayan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
Seorang ibu dari Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, Mimi Suriati Ishak, 43, berkata, ketika mereka masih ‘berkurung’ di rumah, tidak balik kampung dan beraya di rumah jiran, amat sesuai mengamalkan puasa enam hari itu bagi mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah.
Katanya, seawal 4 pagi hari ini, dia mengajak suami dan tiga anaknya berusia enam hingga 16 tahun bersahur untuk terus berpuasa enam hari.
“Banyak hikmah dan kelebihan amalan berpuasa sunat ini bersama ahli keluarga. Ketika anak masih bercuti sekolah mereka mempunyai aktiviti amat baik untuk diamalkan.
“Kami sekeluarga tidak beraya ke mana-mana. Duduk rumah jaga diri masing-masing. Anak diajak berpuasa sunat bersama ibu bapa agar memberi pendidikan berguna,” katanya.
Gambar sekadar hiasan.
Dia berkata, amalan puasa sunat itu diamalkan keluarganya sejak beberapa tahun lalu bersama ahli keluarga namun tidak berterusan setiap hari sepanjang Syawal.
Kakitangan kerajaan dari Hulu Bernam, Hulu Selangor, Muhamad Safari Muslim, 35, berkata, mereka tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama sanak keluarga dan jiran tetangga ketika ini.
“Cuti rehat diambil selama tiga hari sehingga Ahad ini digunakan sebaiknya untuk mendidik anak berlatih puasa sunat.
“Saya menerapkan amalan sunnah Rasulullah ini kepada si cilik di rumah agar mereka meneruskan aktiviti berpuasa selepas 30 hari pada Ramadan lalu di bulan Syawal pula,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap dari kita baik perempuan atau lelaki tidak terlepas dari mengalami masalah kenaikan berat badan. Jika berat badan berlebihan akan menyukarkan kita untuk melakukan pelbagai aktiviti dan salah satunya adalah menunaikan solat.
Namun itu bukan penghalang untuk kita tidak melakukan suruhan Allah yang wajib ini. Banyak cara untuk kurus dan paling senang adalah dengan menjaga pemakanan.
Seperti satu perkongsian di laman sosial twitter menggunakan akaun @FoodViralMY, yang memberi idea makanan untuk wanita berpantang. Tetapi juga untuk mereka yang nak kurus atau dalam proses diet juga sangat digalakkan.
Ini kerana makanan yang disajikan tidak berminak dan menggunakan konsep bakar, rebus dan goreng tanpa minyak. Paling penting disekalikan dengan buah-buahan dan salah satu kurma.
Tapi semua menu ini juga sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan
Makanan disajikan buat terliur dan sesuai untuk orang diet
Ini 19 menu yang dikongsi:
Menu lain
Mesti disertakan dengan sayur dan ikan bakar atau rebus
Buah-buahan juga tak tinggal, salah satu kurma
Ayam dan ikan bakar juga sesuai dijadikan menu untuk yang nak diet
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana dipenuhi dengan keberkatan dari Allah SWT.Pada bulan ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga dan ditutup...