
Hari raya Aidilfitri sudah tidak berapa lama lagi. Antara dosa PERCUMA yang kita selalu dapat ketika hari raya ialah bersalaman dengan yang bukan mahram dengan kita. Memang budaya masyarakat kita yang lebih mengagungkan adat berbanding hukum agama. Tidak dapat dinafikan bahawa budaya bersalaman merupakan antara perkara wajib ketika hari raya.
Menyantuni orang-orang tua memang dituntut namun perlu mengambilkira hukum agama. Hukum bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram tetap HARAM sampai bila-bila pun.
Siapakah yang bergelar Bukan Mahram yang kita TIDAK BOLEH bersalaman:
A) Jika kita seorang Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)
INI CARTA UNTUK LELAKI:
B) Jika kita seorang Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak (lelaki)

INI CARTA UNTUK PEREMPUAN:
Ada yang tidak tahu. Dan kadangkala kita terlupa. Nampak macam boleh tetapi sebenarnya TAK BOLEH. Hukum tetap hukum… Marilah kita saling mengingatkan…
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Mahu Isteri Berkepit 24 Jam Dengan Suami? Hadiahkan Mesin Dryer Sebab Ia Mudahkan Tugas Isteri Basuh Baju

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah supaya kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ.
Memang tidak dapat dinafikan antara tugas yang mencabar buat seorang isteri ialah membasuh dan menjemur pakaian. Namun tugas itu boleh dipermudahkan.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais
Inilah hadiah paling bermanfaat saya pernah beri pada isteri.
Kalau serius nak bantu ringankan tugas isteri, saya rekemen bagi sebiji dryer mesin ni kat rumah kerana sebiji mesin ni sahaja boleh selesaikan berpuluh masalah dalam rumah.
Antaranya:
1 – Jimat masa kerana baju lebih cepat kering. Dah tak perlu nak tunggu sehari suntuk jemur baju di ampaian. Itu pun kalau langit cerah, kalau mendung 2-3 hari belum tentu kering.
2 – Kerja jadi mudah. Lepas basuh terus masuk mesin dryer. Dah tak perlu masuk bakul, angkat satu-satu bawa ke ampaian. Dapat ampaian jauh, boleh sado badan isteri tu angkat bakul hari-hari.
3 – Baju tak berhabuk. Habuk, benang, debu semua dia sedut. Bila jemur bawah matahari 3 benda dia tak sedut. Malah tambah teruk lagi ada la, dengan asap kereta, asap rokok, pasir berterbangan lagi.
4 – Kurang risiko kena bulu kucing. Kucing mana boleh nampak kalau ada port untuk landing ni. Mula la dia nak mengepet. Penuh bulu kucing kat baju. Kalau kucing jantan lagi bahaya, dia main pancut je kat ampaian tu.
5 – Privasi pakaian terjaga. Dari besar sampai kecil pakaian semua ahli keluarga kita ada privasi sikit. Tak ada la jadi tatapan mata orang lain yang lalu lalang kat situ. Selamat dari fitnah juga.
6 – Isteri tak payah risau tentang aurat. Semua buat dalam rumah. Ini manfaat paling besar sebenarnya. Kadang angkat baju tudung lupa pakai. Kalau hari hujan berlari nak angkat baju, tak perasan dah baju di pakai tu sempurna ke tak tutup aurat.

Ini belum cerita lagi manfaat seperti senang nak lipat baju, baju tak tersangkut, baju tahan lama dan berpuluh lagi manfaat lain yang memang boleh jimat masa, jimat tenaga dan jimat kerja orang rumah.
Bila isteri dah tak banyak buang masa dengan tugas basuh baju ni baru la dapat dia nak berkepit dengan suami 24 jam.
Bukan je dapat keringkan baju, malah dapat buat hati isteri semakin cair meleleh tau.
Sumber kredit: Mohd Fhais
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Suami Kena Kongsi Dengan Isteri No Pin Kad ATM, Password Handphone & Mana Letaknya Dokumen Penting Suami

Dalam perkahwinan suami isteri perlu bersikap telus antara satu sama lain. Buat isteri, penting untuk tahu tentang perkara-perkara seperti no pin kad atm, password handphone serta di mana letaknya dokumen-dokumen penting suami. Bukan kita minta perkara yang tidak elok berlaku tetapi ia sebagai persediaan jika sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Harus diingatkan bahawa mati itu pasti namun kita tidak tahu bila kita akan dijemput pencipta. Maka sebab itulah amat penting untuk isteri mengetahui semua perkara penting ini bagi memudahkan segala urusan apabila berlaku kejadian yang tidak disangka. Yang pergi tetap pergi, yang ditinggalkan tetap perlu meneruskan kehidupan.
Baca perkongsian Wan Ammar ini.
Saya nak kongsi cerita ex client rakan. Mana yang boleh ambil pengajaran tu, ambil sebagai teladan.
Hari ni wife pada exclient saya call. Dia nak tanya pasal claim insurans polisi suami (exclient) dia.
Rupanya suami dia baru 5 hari meninggal. Accident motor besar. Meninggal kat tempat kejadian cedera tang kepala.
Apa yang wife dia cerita, wallet dan phone arwah ada dijumpa, tapi duit cash dalam wallet takda langsung. Kemungkinan ada orang ambil kesempatan mencuri dalam keadaan sibuk masa nak tolong arwah accident.
Sebab arwah suami dia meninggal accident, maka polis ambil jenazah hantar ke hospital untuk post mortem.
TAK DAPAT UNLOCK PHONE
Wife dia ralat sangat sebab tak dapat unlock phone arwah. Sebab tak tahu pincode phone arwah. Jadi dia tak dapat nak bagitau kawan-kawan arwah yang dalam contact phone.
Memburukkan keadaan si wife, bukan setakat tak tahu pincode telefon arwah. Malah wife tak tahu no pin kad-kad ATM arwah untuk keluarkan duit bagi belanja mengejut urus jenazah balik ke kampung arwah suami. Mujur bantuan sedekah keluarga yang ada dapat bantu sementara urusan kewangan.
Hari ni dah 5 hari arwah meninggal, abg arwah dah mula tanya pasal rumah dan harta peninggalan arwah (Kwsp). Si wife betul-betul sangat takut kalau rumah yang dia duduk jadi rebutan adik-beradik arwah. Sebab wifenya dah takde tempat lain nak pergi kalau kena keluar dari rumah.
Berbalik pada punca asal wife arwah call saya, bertitik daripada wifenya jumpa sijil takaful dengan businesscard saya pada kulit sijil. Dia sangat berharap ada berita baik yang boleh dia dengar daripada buku sijil takaful yang dia jumpa.
TAK DAPAT CLAIM APA-APA
Pahit untuk diterima, saya terus-terang bagitau yang tak boleh claim apa-apa langsung. Sebab sijil takaful arwah dah hampir setahun lapse. Dan saya masih ingat punca lapse sijil arwah, dia nak stop sebab rasa rugi duk bayar, maka dia stop bayar sampai la jadi lapse. Saya ada remind arwah sebelum lapse pasal hilang coverage lepas lapse, tapi dia bagi saya blue tick aja.
Seperti yang saya jangkakan, wife arwah macam tak dapat terima jawapan saya. Sampaikan dia cakap
“kenapa cik tak inform saya yang dia tak bayar.”
Lepas saya cool kan dia, baru suara dia seperti pasrah. Saya bagi dia beberapa cadangan untuk bantu dia
1. Pergi kwsp buat tuntutan kwsp arwah
2. Call socso semak apa yang boleh tuntut
3. Kumpul dokumen buku simpanan pelaburan, kad bank
Dan saya dengar jawapan yang tak berapa best…
“Saya tak pandai drive kereta. Nak pergi ke sana dengan 2 anak kecil susah. Saya kalau boleh nak setelkan cepat tapi tu la…”
Saya betul-betul tak tau nak cakap ape dah lagi. Rupanya wife arwah tak bekerja, semua urusan selama ni arwah suami dia yang buat.
Hampir 15 minit cakap, call ditamatkan dengan si wife seperti pasrah dengan musibah yang menimpa.
Saya nak pesan kat korang

1. Kita semua akan mati. Cuma tak tau bila. Datangnya mengejut.
2. Pincode phone, pin ATM sepatutnya diketahui ahli keluarga terdekat.
3. Ahli keluarga perlu tahu kat mana simpanan dokumen2 penting kita.
4. Kalau ada buat takaful, bagitau ahli keluarga.
5. Kalau dah stop takaful, pun perlu bagitau ahli keluarga.
6. Ada masalah bayaran takaful, bagitau agent, kalau tinggalkan bluetick aja tak selesai masalah.
7. Para isteri perlu bersedia untuk kehilangan suami. Certain perkara isteri perlu belajar berdikari contoh driving.
Mati datang bila-bila.
Apa persediaan kita?
Sumber kredit: Wan Ammar
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bertuahnya Norman Hakim & Abby Abadi Punya Anak Seperti Mohamed Danish Hakim Yang Hafaz Al-Quran

Bertuah sungguh Norman Hakim kerana memiliki anak seorang yang berjaya menghafaz Al-Quran. Satu perkara yang turut dipuji mengenai keluarga ini ialah meskipun Norman Hakim dan Abby Abadi telah pun berpisah namun hubungan mereka tetap baik demi anak-anak mereka.
Memang sejuk perut ibu yang mengandungkan Mohamed Danish Hakim. Menerusi gambar yang dikongsi melalui Instagram Abby dan juga Norman, mereka ternyata begitu gembira meraikan kejayaan Mohamed Danish Hakim yang berjaya menghafaz Al-Quran.
Pagi di Majlis Konvokesyen Huffaz ke 2 Peringkat Negeri Selangor (28/10/18) 19 safar 1440h ❤️
Mohamed Danish Hakim Al Hafiz & Sahabat2nya yg telah berjaya menghafal ALQURAN diraikan lagi hari ni. Peringkat Negeri Selangor pula. Alhamdullillah. Murah rezeki anak2 ni. 3kali dah diraikan termasuk kali ni. Syukur. Terima Kasih ALLAH utk segala nikmat & rezeki yg telah dikurnia.
Mama & Papa je wakil utk hari ni. Abah hantar je tadi, pastu gi betulkan kereta. Mummy tak dpt bersama juga sbb adik3 takde siapa yg jaga.
Apa yg penting kerjasama hehe
https://www.instagram.com/p/BpdXyiplEjq/?utm_source=ig_web_copy_link
TERIMA KASIH ALLAH S.W.T..terima kasih Kerajaan Negeri Selangor melalui platform Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor #PITAS & Bank Muamalat diatas insentif kpd para Huffaz Negeri Selangor secara amnya dan kepada anak kami Al-Hafiz Mohamed @danishhakim_243 @danishhakimmmmm_ khususnya untuk pengiktirafan ini.
Semoga anak kami bersama dengan 950 sahabat Huffaz dari seluruh Negeri Selangor yg turut bersama dalam Majlis Konvokesyen Huffaz 2018 kali ke-2 ini akan terus meningkatkan perjuangan & integriti didalam membawa Al-Quran sebagai cara hidup untuk diri sendiri bersama keluarga & masyarakat tercinta.

Bersama kita membina syurga dirumah utk sama2 kembali membina rumah disyurga utk kehidupan yang kekal abadi selepas ini In shaa Allah Aamiin Ya Rabb❤️
https://www.instagram.com/p/Bpdg-NrnRKL/?utm_source=ig_web_copy_link
Semoga terus kekal istiqamah dengan Al-Quran dan berakhlak dengannya.
Sumber kredit: Instagram Abby Abadi dan Norman Hakim
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI