Kesibukan kita dengan urusan kerja seharian menyebabkan ada kalanya kita terleka untuk pengisian rohani bagi mengumpul bekalan di akhirat.

Kebiasaannya jika kedua-dua suami isteri bekerja dan pulang lewat menyebabkan tiada masa untuk melakukan amalan ibadah lain selain solat yang memang jadi kewajipan.

Namun ketahuilah jika kita suami isteri dapat sama-sama belajar mengaji ilmu agama dan kemudiannya merasai kemanisan selepas itu. Nikmatnya hanya kita yang melalui dapat merasakannya.

Walau bagaimanapun dalam bab ini, kedua-duanya perlu saling memberi semangat dan sokongan antara satu sama lain agar perjalanan akan dipermudahkan.

Baru-baru ini dalam satu posting di laman sosial Facebook Majlis Ilmu memaparkan gambar pasangan diraja, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang kita sayangi sama-sama mengaji ilmu agama.

Sikap YDP Agong & Raja Permaisuri Agong ‘Mengeteh’ Lepas Mengaji Ilmu Agama Dapat Pujian Netizen

Apa yang mencuit hati warganet adalah apabila selesai mengaji ilmu agama, Baginda berdua telah singgah untuk ‘mengeteh’ bersama di warong berhampiran.

IKLAN

Ternyata Baginda berdua menjadi contoh terbaik kepada rakyat. Ini kerana tidak semua orang dituntut menjadi pemimpin, tetapi semua dituntut mengaji ilmu agama.

Sikap YDP Agong & Raja Permaisuri Agong ‘Mengeteh’ Lepas Mengaji Ilmu Agama Dapat Pujian Netizen

Bestnya kalau suami isteri dapat bersama mengaji ilmu agama. Balik mengaji singgah warong ngeteh bersama.

Isteri kena bagi semangat kepada suami untuk mengaji. Suami jangan lupakan isteri bila mengaji.

Tak semua orang dituntut menjadi pemimpin. Tetapi semua orang dituntut mengaji ilmu agama.

IKLAN

Walhasil, pergilah mengaji. Tuanku dan Permaisurinya telah mencontohkan kepada kita tentang tujuan hidup dan kebahagiaan hati.

Gambar ini mendapat perhatian warganet yang suka melihat keperibadian Baginda Tuanku berdua yang menunjukkan contoh kepada rakyat.

Mereka juga turut mendoakan Baginda berdua diberi kesihatan yang baik dan setiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

IKLAN

Sheikh Edday Sheikh Omar Alhamdulillah.. Terbaik Tuanku Dan Permaisuri semoga Tuanku Dan Permaisuri Sentiasa Di Berikan Kesihatan Yg Baik Dan Sentiasa Dlm Lindungan Allah s.w.t. Aamiin..

Surayah Hj Tahir Alhamdulillah.Raja dan Permaisuri Yang berjiwa rakyat Semoga ALLAH swt melindungi banginda berdua sihat walafiat Amiin ya rabbal Alamin.Daulat Tuanku

Shahrul Nizam Alhamdulillah DAULAT tuhanku… Contoh pemimpin yg sngt2 baik… Dan beraklak mulia… Syukur Alhamdulillah

Aminah Ismail Allahuakhbar!!! Syukurr,suka,seronok,sejuknya hati semuanya ada bila melihat Tuanku telah menunjukkn contoh yg baik kpd rakyat….Alhamdulillah ..

Suaina Mohd alhamdulillah..wajar dicontohi…doa kan tuanku berdua sihat dan sentiasa dlm rahmatNya..

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ISTANA NEGARA

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI