Simpan Duit Cara Ekstrim, Boleh Dapat RM465.00 Sebulan, Suami Isteri Kena Cuba

Share

Buat pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga, tentunya agak sulit untuk menabung. Memandangkan anda berdua sudah banyak berhabis ketika mengadakan majlis perkahwinan maka amat penting untuk anda berdua menabung semula.

Melalui perkongsian Hafizul Hakim di laman Facebooknya, lelaki ini berkongsi tip untuk menyimpan wang secara berkesan.


TIP SIMPAN DUIT CARA EKSTRIM! OKAY INI CARANYA:

  1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
  2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
  3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genaplah. Pada 1 hb setiap bulan, suami akan masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1 hb. Esok harinya pada 2 hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan ‘tickkan’ pada 2 hb pada kalendar.
  4. 3 hb suami masukkan RM3, 4 hb isteri masukkan RM4, 5 hb suami masukkan RM5 dan begitulah seterusnya.

Begitu mudah je kan. Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.

Dan setiap hujung bulan, inilah hasilnya!

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16

+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Best bukan! Seronok menyimpan macam ni!

Dengan cara ini suami isteri boleh saling bekerjsama untuk menabung. Duit itu nanti bolehlah digunakan untuk keperluan bersama. Boleh juga digunakan untuk anak yang bakal lahir nanti. Setidak-tidaknya boleh dijadikan sebagai simpanan kecemasan untuk keadaan yang tidak dijangka.

Selamat menabung!

Sumber kredit: FB: Hafizul Hakim

Published by
wan erni