Dah Bertahun Simpan Niat, Akhirnya Linda Hashim Sempurna Berhijab. Ubah Penampilan Dengan Baju Labuh!

Share

Sebelum itu pelakon cantik ini sudah lama memasang niat untuk berhijab. Dan ternyata niat itu kemudiannya terlaksana apabila mengesahkan dirinya sudah mula bertudung sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Isteri kesayangan pelakon Beego ini memberitahu dia mula mengubah penampilan dengan gaya lebih sopan san memenuhi ciri wanita Muslimah sebenar.

“Sebenarnya sejak beberapa tahun lalu lagi saya sudah menyatakan hasrat hendak bertudung tapi banyak sahaja halangan dan dugaannya.

Artikel Berkaitan: Berkat Doa Ibu Bapa Tak Pernah Putus, Kilafairy Kini Tampil Manis Berhijab. Ramai Doakan Kekal Istiqamah!

“Namun saya akui saya bermula dengan memakai baju lengan panjang dan labuh paras punggung.

“Menjadi titik permulaannya saya bertudung ketika PKP baru-baru ini. Banyak hikmahnya, bila saya duduk di rumah banyak buat ibadah seperti solat sunat dan sebagainya ia sekaligus menggerahakan hati saya untuk mahu bertudung terus,” katanya kepada Astro Gempak.

Menurut Linda lagi, dia bukan sahaja mahu mengubah imejnya sahaja, malah mahu berhijrah menjadi seorang muslimah yang sejati.

“Saya tidak mahu dilihat baik hanya kerana saya bertudung sahaja. Saya mahu perbaiki diri saya luar dan dalam.

“Jadi sebelum saya bertudung saya telah cuba memperbaiki dalaman saya dengan menjadi seorang yang lebih beradab serta berkawan dengan orang-orang yang baik.

“Sejujurnya ini penghijrahan diri saya dari dalam dan luar,” katanya lagi.

Linda dan Beego merupakan pasangan selebriti yang banyak membintangi drama Melayu di stesen televisyen.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 5, Anggun Cassandra, 4 dan Indah Camella, 1.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM LINDA HASHIM

Kashoorga: Mencari sesuatu yang cantik dan menarik, boleh layari sini

Published by
Siti Zurina Mat Saman