Kita semua tidak sempurna. Ada melakukan aib dan kesalahan namun Allah masih menutupnya hingga hari ini.
Bahkan Allah mencampakkan rasa malu dalam diri manusia untuk tidak menceritakan kepada orang lain. Hanya di antara kita dan Allah sahaja.
Malah, Allah melarang kita menceritakan aib kita sendiri. Baginda Rasulullah sendiri telah mengingatkan manusia supaya jangan berbangga dengan dosa yang dilakukan.
Sabda Baginda Rasulullah: Setiap daripada umatku diampunkan melainkan golongan mujahirin. Antara perbuatan mujaharah ialah di mana seorang lelaki melakukan satu amalan pada waktu malam kemudian dia bangun pada waktu pagi dalam keadaan Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada waktu malam. Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan ini dan perbuatan itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan lalu dia bangun pagi dan mendedahkan apa yang Allah tutup darinya. – [HR Bukhari 6069].
Namun hari ini media sosial menjadi “mahkamah dunia” kerana segala isi laku kesalahan dipaparkan walau bukan dengan kerelaan orang dimalukan. Walau bukan semua menyukai tindakan begini, namun tidak semua bersetuju dengan apa yang berlaku.
Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4000 kepada remaja berusia 19 tahun, Daniel Iskandar, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya iaitu mencuri tabung masjid di Masjid Al Islahiah, Kuang, Rawang dan kemudian menyorokkannya di bilik mandi jenazah.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 9 Januari lalu dan sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda tersebut dia boleh dipenjara selama lima bulan.
- BACA SINI:- DIMALUKAN KERANA CURI TABUNG MASJID, PERKONGSIAN PENDAKWAH DATO DR ABDUL BASIT WAJAR JADI PENGAJARAN
Memetik laporan Bernama, peguam pro bono (tanpa bayaran dan sukarela), Azman Abdullah telah tampil memohon hukuman berbentuk pengajaran kepadanya dengan alasan kesalahan berkenaan adalah kali pertama dilakukan dan anak guamnya yang juga sudah insaf.
Dia memaklumkan “anak guam saya memohon maaf kepada mahkamah dan pihak masjid. Alasan dia (cuba mencuri) kerana dia perlukan duit untuk membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis. Dia cuba meminta kepada orang tetapi mereka tidak boleh tolong.”
“Anak guam saya merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan ibu bapanya telah bercerai sejak dia berusia lapan tahun. Dia tinggal bersama datuknya berusia 70-an dan kehidupan mereka bukan senang. Makan dan minum juga daripada sedekah jiran-jiran,” katanya.
Pengguna twitter lancar tabung bantu remaja
Di sebalik menyedari remaja ini wajar diberi peluang kedua dan bersimpati dengan keadaan dilalui oleh remaja ini, seorang pengguna twitter Tashny Sukumaran @tashny bertindak pantas melancarkan tabung kutipan bagi membayar denda mahkamah tersebut.
Dan ternyata dalam beberapa jam selepas ia dilancarkan jumlah RM4000 berjaya diperoleh tepat jam 12.27 am untuk diserahkan kepada peguam remaja berkenaan. Bahkan menurutnya, lebihan wang dari kutipan ini akan diberikan terus kepada remaja berkenaan selepas dirinya dibebaskan kelak untuk meneruskan kehidupan.
Semoga peluang kedua diberi buat remaja ini terus istiqomah dengan kehidupannya yang masih panjang. Dan jangan sesekali kita menyebarkan aib orang kerana kita nampak baik sebab Allah tutup aib kita.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI