Siti Elizad Sedih Dengan Tuduhan Mandul, Mufti WP Kongsi Mulut Punca Ramai Manusia Ke Neraka

Share

Bahagia kita tidak sama dengan orang lain. Bahagia itu dicipta menurut apa yang kita inginkan. Jika kebahagiaan rumahtangga diukur dengan kehadiran anak, ada juga mak bapak yang hampa hatinya bila anak tidak menjadi “manusia”, terlibat dalam jenayah dan lakukan banyak perkara memalukan. Tapi ada juga bahagia itu bila hanya ditakdirkan hidup berdua saja dengan suami dan kawan-kawan yang baik tanpa kehadiran anak.

Ternyata sikap bebas lepas menulis tanpa mengira hati manusia terguris, pelakon terkenal Siti Elizad Mohamad Sharifuddin bertindak membuat laporan polis selepas seorang indvidu menuduhnya mandul. Hal ini benar-benar membuatnya terguris hati sedangkan setiap waktu solat dirinya menangis agar dikurniakan anak agar tidak keseorangan bila tua.

Dalam pada itu di page Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan ramai manusia masuk ke neraka kerana mulut. Mulut yang sentiasa cuba menyakiti hati orang lain. Apa salahnya kita doa yang baik-baik untuk orang lain.

Baca perkongsian Siti Elizad di instagramnya. @elizadsharifuddin

Di mulakan dengan salam & Bismillahirrahmannirrahim. Pertamanya, jarang-jarang aku ni melayan komen-komen “bodoh“ macam ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan MANDUL, it really hurts me so bad. Kau Allah ke? Tahu aku ni mandul ke takx? Boleh beranak ke tak?!!

Menggigil, terketar tangan ni. Jantung rasa nak tercabut. Sedih teramat-amat sangat! Kau suka ke kalau tengok aku ni bercerai berai sebab aku belum ada zuriat ?!

I’m crying while i text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke tak? Pernah kerjasama dengan aku ke? Bersedekah? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu di upload keee ???!!!

Lain org lain cara nya.
I dont need any stupid attention!
Im happy with my life. Dapat anak ke x ke,, itu kerja Allah .
Cuma , no one can say that “ MANDUL “ word to me !.

Kau tahu tak? Aku struggle macam nak mati nak dapat kan zuriat sendiri! Hari-hari dalam solat menangis-nangis, minta pada Allah jangan biarkan aku keseorangan TANPA ZURIAT! Menangis kecewa sebab takde peneman umur dah macam ni .

Aku ni bertahun, berjumpa segala doktor pakar. Pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana sini,
SAKIT TAHU TAKKK ???!!! SAKITTT !!!
Yang KAU, senang2 PUK*M*K KAN AKU & CAKAP AKU MANDUL !

Apa aku rasa? Family aku rasa? Org yang tahu & nampak je aku bersusah payah berulang alik, tahan sakit nak dapatkan ANAK! Kau simply boleh cakap aku MANDUL & PUK*M*K?

Jarang aku amik port & tak maafkan orang . But not this time! Luluh hati ni, sedih sangat-sangat! Tuhan je tahu .
I already made a police report di Balai Polis Bukit Jalil .

Thank u so much Koperal Farhana & semua anggota polis yang membantu juga Inspektor William Balai Polis Sg Besi . Buat Brother yang backing saya dlm video tanpa saya kenali anda, terima kasih banyak-banyak.

Juga mereka yang sentiasa menyokong & memberi kata-kata semangat buat saya. Hanya Allah sahaja yg mampu membalas segala kata2 kebaikan anda .

Dalam pada itu, dari perkongsian page Mufti Wilayah, dinyatakan ramai manusia masuk neraka kerana mulut.

Soalan: Apakah benar terdapat hadith yang mengatakan bahawa kebanyakan penghuni neraka adalah orang yang tidak menjaga mulut atau lidahnya?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Kami mulakan artikel ini dengan menyatakan bahawa agama Islam merupakan sebuah agama yang amat menitikberatkan perihal akhlak. Ini kerana, Rasulullah SAW diutuskan kepada umat manusia adalah untuk menyempurnakan keindahan akhlak. Hal ini disebut berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad (8952)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat]

Bagi menjawab persoalan di atas, sememangnya terdapat hadith yang menceritakan berkaitan kebanyakan penghuni neraka adalah orang-orang yang tidak menjaga mulut atau lidahnya ketika hidup di dunia. Antara hadith yang menceritakan berkaitan hal tersebut adalah:

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW pernah ditanya berkaitan sebab kebanyakan orang dimasukkan ke dalam Syurga. Baginda SAW menjawab:

تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الخُلُقِ، وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ، فَقَالَ: الفَمُ وَالفَرْجُ
Maksudnya: “Taqwa kepada Allah dan baik akhlaknya.” Lalu Baginda SAW ditanya lagi berkaitan sebab kebanyakan manusia dimasukkan ke dalam neraka? Baginda SAW menjawab: “Mulut dan kemaluan.” [Riwayat al-Tirmizi (2004)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib][Imam Ibn Hibban mensahihkan hadith ini di dalam sahihnya]

Syeikh Abdullah al-Talidi berkata di dalam kitabnya ketika mensyarahkan hadith ini, hadith ini membicarakan berkaitan sebab-sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke dalam Syurga atau Neraka. Adapun berkaitan maksud mulut di dalam hadith adalah orang yang tidak menjaga serta berusaha untuk menjaga daripada dosa-dosa mulut seperti mengucapkan ucapan kufur, laknat, qazaf, mengejek, menipu, mengumpat, mengadu domba, persaksian palsu dan sebagainya. Selain itu, makna kemaluan pula adalah orang yang tidak menjaga kemaluannya daripada zina, liwat, tidak menjaga auratnya di hadapan selain daripada mahramnya seperti isterinya dan sebagainya. [Lihat: Jawahir al-Bihar, 1/170]

Tambahan pula, Syeikh al-Mubarakfuri menyatakan makna mulut di dalam hadith ini ialah menjaga lidahnya kerana menjaga lidah boleh menyelamatkan keseluruhan urusan agamanya dan memakan yang halal kerana itu adalah penghulu kepada ciri ketaqwaan. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 6/120]

Penutup
Kesimpulannya, hadith di atas adalah sahih dan thabit daripada Nabi SAW. Akhirnya, marilah sama-sama kita cuba untuk menjadi seorang muslim yang baik pada peribadi atau akhlak dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yang terbaik. Amin.

Wallahua’lam

WEBINAR JODOH : SUAMI KIRIMAN ILAHI

WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘

Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..

✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽‍♀‍

✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)

✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻

Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/

Published by
almaswa Haji Che Ros