Pasti ramai yang mengetahui tentang skuad pengurusan jenazah dari pertubuhan Gabungan Ngo's Pengurusan Jenazah Malaysia yang menyediakan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) di seluruh negara. Skuad ini banyak membantu golongan tidak berkemampuan yang diuji dengan musibah termasuk kehilangan anggota keluarga tersayang. Adakala ia dilakukan secara percuma tetapi ada masa ahli keluarga cuma perlu membayar pada jumlah yang maksimum untuk tidak membebankan kewangan mereka.

Namun ada masa, manusia itu hatinya bolak balik. Lidah juga tidak bertulang dan bebas bersuara apa sahaja. Satu perkongsian dari saudara Mr Wan Cai Official dari Gabungan Ngo's Pengurusan Jenazah Malaysia ini wajar kita jadikan iktibar. Ada ketika kita mungkin “cuba menipu” untuk meraih simpati tetapi sikap sebegini tidak wajar diamalkan.

Baca perkongsian di fbnya.

Saya agak terkilan dengan sikap waris yang tidak reti menghargai. Kadang kala timbul rasa sakit hati apabila diperkotak katik sesuka hati.Menganggap kami seperti sampah. Mencari hanya bila terdesak.

Selepas terjumpa jalan buang kami begitu sahaja macam sampah. Sebenarnya apa yang saya luahkan ini terkait dengan kisah malam ini. Saya dihubungi oleh satu hamba Allah yang merayu untuk menguruskan jenazah cucunya berusia 2 tahun. Katanya beliau tidak mampu untuk membayar kos RM700 yang diminta oleh satu pihak bagi menguruskan jenazah cucunya.

Kata si datuk beliau tidak mampu kerana hanya berkerja sebagai pengawal keselamatan. Bapa kandung kepada anak syurga itu juga berkerja sebagai pengawal keselamatan. Jelas nada suara si datuk sangat terdesak memerlukan bantuan. Lantas saya menawarkan bantuan pengurusan jenazah dan menanggung kos liang lahad. Cumanya saya memberitahu jenazah perlu dikebumikan di tanah perkuburan islam Seksyen 21 Shah Alam.

IKLAN

Ini kerana saya dimaklumkan kos untuk pengurusan anak syurga yang diminta oleh pihak kariah termasuk pengebumian adalah berjumlah RM700. Jadi cuba bayangkan kos liang lahad yang perlu kami keluarkan?

Selepas berjanji untuk membantu pengurusan jenazah cucunya saya terus memaklumkan kepada rakan rakan agar bersiap sedia. Punya lah bersemangat rakan rakan saya untuk membantu. Tetapi Lebih kurang 15 minit saya menerima pesanan melalui whats app yang mengatakan tidak jadi untuk memakai khidmat kami.

Punya lah kecewa tiba tiba diberitahu sebegitu. Alasannya mudah. Waris tidak mahu jenazah dikebumikan di tanah perkuburan lain. Sedangkan pada awalnya waris sendiri memberitahu tidak mampu menyediakan jumlah RM700 yang diminta. Saya terasa agak pelik. Pada awalnya tiada duit. Tiba tiba ada pula duit untuk membayarkan kos pengurusan termasuk kos pengebumian. Saya jadi agak beremosi.

IKLAN

Saya katakan pada waris bahawa rakan-rakan saya sudah bersedia untuk bergerak. Dan saya katakan pada waris jika mempunyai duit mengapa hubungi saya untuk meminta bantuan? Khidmat kami untuk mereka yang tidak mempunyai duit. Jika punya duit mengapa hubungi kami dan mempermainkan kami sebegini? Saya katakan jangan buat kami seperti sampah. Hubungi bila terdesak. Bila sudah dapat jalan buang kami begitu sahaja.

Bagaimana saya hendak maklumkan pada rakan rakan yang sudah bersiap sedia menunggu di base? Saya tidak minta disanjung. Cukup sekadar menghargai bantuan yang sedang kami hulurkan. Hubungi kami jika betul betul susah. InshaAllah kami pasti bantu mengikut kemampuan yang ada. Meminta maaf pun seperti acuh tidak acuh. Seperti tiada perasaan bersalah pula. Yang paling sakit hati bila ditanya tentang duit kos liang lahad.

Ada pula duit nak bayar

Boleh pula kata sanggup bayar.Walhal mula-mula kata tidak mampu.Bila perkara sebegini berlaku rasa diri dipermainkan.Tetapi mujur rakan rakan akhirnya memahami walau pada awalnya mereka turut rasa marah. Ada yang baru balik kerja terus datang berkumpul di base.
Hati saya kembali reda.Bukan kerana permohonan maaf dari pihak waris. Kebetulan bila kes cancel saya terus hubungi seorang rakan lama untuk berjumpa. Beliau meminta saya datang ke rumah.

IKLAN

Setelah berjumpa sengaja saya melawak meminta beliau belikan kami van jenazah untuk negeri Sabah.Rakan saya itu terus keluarkan duit tunai RM10 ribu dan berikan kepada saya. Katanya gunakan duit yang diberi itu buat beli van jenazah.

Terkejut juga bila dihulurkan duit yang sebegitu banyak nilainya secara tiba tiba. Perancangan Allah itu adalah sebaik baiknya. Itu yang boleh saya katakan. Niat untuk membantu pada malam ini tidak jadi dek kerana sikap waris yang tidak acuh.

Allah gantikan dengan nikmat yang lebih lagi kepada kami. Syukur alhamdulillah. Pesanan saya kepada waris. Tolong lah jangan persendakan khidmat yang kami beri.
Kami punya hati yang ihklas untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan.Jangan dipatahkan semangat yang kami ada.

Coretan saya ini adalah luahan yang lahir dari lubuk hati. Apapun saya maafkan apa yang telah berlaku. Dan mohon kemaafan jika saya terkasar bahasa. Cuma saya harap jika tidak mahu hargai saya. Cukup sekadar hargai rakan-rakan saya yang ada. Tanpa mereka UKVJ tidak akan berada sehingga ke tahap hari ini!
Sumber : FB Mr Wan Cai Official

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI