Hari ini tular kenyataan dari Pakar Bedah Mata dan Motivator, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad yang mengatakan wanita perlu nampak bodoh-bodoh sikit di depan lelaki untuk cepat dapat jodoh. Ternyata kenyataan ini disangkal ramai wanita hebat yang mana menurut mereka wanita tidak perlu jadi begitu semata-mata mengharapkan jodoh dari lelaki.

Ternyata, bukan saja wanita lelaki juga kurang bersetuju kenyataan dilontarkan oleh Prof Muhaya ini. Dalam satu kenyataan oleh Muhammad Najib yang juga penulis dan penerbit buku, jelas sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Malah sebagai ayah dan suami, dirinya menjelaskan bagi keluarganya, dia tidak setuju.

Seperti tulisnya, “Tapi kalau dalam keluarga aku, minta maaflah. Mak aku dulu wanita bekerjaya, isteri aku sekarang wanita berpendidikan tinggi dan anak perempuan aku nanti memang aku bagi dia nak drive, nak achieve, nak independent dan paling penting tak perlu nak bodoh-bodoh sikit semata-mata nak dapat jodoh cepat”.

Baca perkongsian penuhnya:-

1.Prof. Muhaya punya video tu mulanya memang betul nak ajar apa yang diajar dalam Islam, tapi masuk separuh masa kedua isi ajaran video itu dah menyimpang.

IKLAN

2. Bab yang kata perempuan kalau pangkat dia besar mana pun tapi bila solat jemaah kena lelaki jadi imam tu memang betul ajaran dalam Islam. Tapi bila masuk bab dia kata perempuan jangan nak drive, nak achieve, nak independent dan kena bodoh-bodoh sikit baru cepat dapat jodoh tu, haa yang tu ajaran budaya lapuk dan adat usang Melayu. Tak ada kena mengena dengan Islam.

3. Islam tak pernah ajar perempuan tak boleh nak drive, nak achieve atau nak independent. Jauh sekali nak suruh perempuan kena bodoh-bodoh sikit baru cepat dapat jodoh.

4. Contoh paling nyata, tengok pada Khadija binti Khuwaylid, isteri Rasulullah yang pertama. Khadija seorang usahawanita yang berjaya, ada banyak harta, bijak pandai, driven, achieving, independent dan memang tak bodoh-bodoh sikit.

IKLAN

5. Pada umur 40 tahun, Khadija dengan selambanya 'meminang' Rasulullah. Diceritakan Rasulullah mulanya keberatan berkahwin dengan Khadija kerana baginda tak mampu menanggung isteri, tapi Khadija jawab balik yang dia boleh tanggung diri dia sendiri. Bukan takat itu sahaja, Khadija juga banyak menyokong dakwah Rasulullah untuk menyebarkan Islam. Khadija juga menggunakan hartanya untuk membebaskan hamba Muslim dan memberi makan kepada komuniti Muslim di Mekah.

6. Selama 25 tahun perkahwinan antara Khadija dan Rasulullah, baginda tidak mempunyai isteri yang lain kecuali Khadija seorang. Setelah Khadija meninggal dunia barulah Rasulullah meninggalkan kota Mekah dan berhijrah ke Madinah, berkahwin dengan wanita lain dan berpoligami.

IKLAN

7. Itu semua yang berlaku dalam sejarah Rasul. Kisah Khadija dan Rasulullah ini mengajar kita bahawa perempuan boleh sahaja bercita tinggi, jadi bijak pandai, ada harta dan sebagainya. Ia juga ajar kita tak salah untuk perempuan 'meminang' lelaki jika perlu, tak salah juga kalau lelaki itu lebih muda dari si perempuan dan tak salah untuk perempuan tanggung dirinya sendiri jika dia berduit. Last but not least, kisah ini juga mengajar kita bahawa Rasulullah setia pada Khadija seorang dan tidak berpoligami 25 tahun lamanya hinggalah Khadijah meninggal dunia.

8. Tapi tak, walaupun sejarah Rasul dah tunjukkan itu semua ada antara kita yang masih lagi nak ikut budaya lapuk dan adat usang Melayu. Benda macam perempuan jangan memandai sangat kena bodoh-bodoh sikit baru lelaki suka, atau kepercayaan seperti tak elok "perigi mencari timba". Kita juga pandang sinis kalau ada perempuan lebih tua dari lelaki sampai keluar sindiran 'kahwin Andartu'. Itu belum campur lagi dengan kegilaan nak poligami kononnya sunnah Nabi.

9. Pun begitu aku tahu masih ada di luar sana yang akan bersetuju dengan Prof. Muhaya punya video tu dan akan berhujah habis-habisan yang perempuan kena begitu begini barulah senang dapat jodoh dan sebagainya. Tak apalah, you do you.

10. Tapi kalau dalam keluarga aku, minta maaflah. Mak aku dulu wanita bekerjaya, isteri aku sekarang wanita berpendidikan tinggi dan anak perempuan aku nanti memang aku bagi dia nak drive, nak achieve, nak independent dan paling penting tak perlu nak bodoh-bodoh sikit semata-mata nak dapat jodoh cepat. Sumber : Fb Muhammad Najib

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI