Kita perlu menitikberatkan beberapa kriteria apabila memilih jodoh. Antara ciri paling utama ialah tahap agama dan tanggungjawabnya. Ini kerana dengan adanya iman di dada dan tanggungjawab yang bagus, maka dia akan jadi pasangan terbaik buat anda.
Dalam memilih jodoh, ada kala kita disulitkan apabila mempunyai lebih daripada satu pilihan. Justeru bagaimanakah cara untuk kita memilih calon jodoh yang sesuai dengan diri kita?
TELITI KEBAIKAN IKUT KRITERIA YANG ANDA MAHU
Buka hati anda untuk melihat kebaikan antara calon. Lain orang pasti lain sikap dan perangainya. Pasti ada kebaikan antara mereka yang mencuri hati anda. Namun hati-hati. Jangan tertipu dengan kebaikan yang palsu. Selidiki tahap agamanya, solatnya, puasanya dan amal jariahnya. Bukanlah bermaksud perlu mencari ustaz atau ustazah. Namun carilah pasangan yang ada pegangan agama yang kukuh demi masa depan yang lebih baik.
Ads
DAPATKAN NASIHAT SUPAYA LEBIH JELAS
Dapatkan nasihat daripada individu lebih berpengalaman. Paling dekat ialah daripada ibu bapa. Tiada salahnya jika anda mahu mendapatkan pandangan daripada sahabat baik. Rangkumkan semua pendapat dan buatlah pilihan yang dekat dengan hati anda. Hal ini supaya anda lebih jelas dan boleh membuat pilihan yang lebih tepat.
Ads
Ads
SOLAT HAJAT DAN ISTIKHARAH
Jangan lupa dirikan solat istikharah supaya ALLAH membantu anda dalam proses membuat pilihan. Petunjuk daripada-Nya pasti membantu anda membuat pilihan yang betul. Petunjuk selalunya diberikan melalui mimpi dan gerak hati. Mudah-mudahan anda dapat petunjuk yang mudah dikenal pasti.
Dalam soal memilih jodoh, usah terburu-buru. Jangan terdesak untuk berkahwin semata-mata bila melihat rakan-rakan lain berumah tangga. Berdoalah kepada Allah moga-moga diberikan jodoh yang baik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perkahwinan itu memanglah dikatakan penyatuan dua jiwa. Berkongsi apa saja dengan yang tersayang termasuklah harta benda. Namun tidak bermakna sang suami boleh berhutang nafkah dengan isteri.
Pemberian nafkah itu wajib buat isteri. Walaupun nilainya sedikit tetapi apa yang penting dapat melunaskan tanggungjawab kepada isteri.
Jangan nanti rezeki asyik tak cukup disebabkan berhutang nafkah dengan isteri.
Benda paling suami terlepas pandang. HUTANG NAFKAH. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?
Hati kusut. Tanya isteri anda, tanya dari hati ke hati. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri. Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?
Percayalah, isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati. Kedua sebab nak elakkan pergaduhan. JANGAN KEDEKUT dengan isteri.
Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri. Perasan tak?? Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri.
Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia?
Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga. Bukan kamu kerah tenaga dia macam BABU. Bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat.
Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2.
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin..
Sumber : Khairul Johari
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai lelaki di luar sana mahukan wanita yang sopan dan menurut perintah. Pada mereka, wanita bersikap demikian adalah calon isteri terbaik. Walau bagaimanapun sesetengah lelaki tidak tahu bahawa calon isteri yang paling baik tergolong daripada wanita yang keras kepala atau kepala batu.
Ini sebabnya mengapa wanita yang keras kepala sesuai dijadikan calon isteri:
TAHU APA YANG DIA MAHU
Wanita jenis ini ada matlamat hidup, dia tahu apa yang dia mahu dan tidak akan resah gelisah andai diri ditimpa masalah (sentiasa bersedia dalam menghadapi apa jua cabaran). Dan jika dia mencintai kamu, setiap masalah yang mendatang pun dia akan hadapi dengan tenang dan bersedia mempertahankan cintanya.
BIJAK KUASAI EMOSI
Satu perkara yang paling best, wanita jenis ini pandai menguasai emosi. Dia tahu bila masa sesuai untuk marah dan sebaliknya. Hihi, beza bukan dengan wanita lemah lembut yang tidak berapa menentu emosinya.
PRIHATIN
Mesti ramai ingat, wanita jenis ini kurang peka dengan individu sekelilingkan. Tanggapan itu salah! Mereka sangat prihatin dengan orang yang disayanginya dan tidak mempedulikan dirinya.
(LAIN DARI YANG LAIN)
Mereka sukakan sesuatu lain daripada yang lain. Barulah hubungan cinta lebih menarik.
YAKIN DAN PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Wanita jenis ini sentiasa percaya dan yakin dengan diri sendiri. Bagi mereka, tiada siapa yang dapat mengubah apa yang dia inginkan. Apa yang bagusnya, dia tidak akan teragak-agak dalam membuat keputusan. Jika A yang dikatanya maka A lah.
VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Esa. Dalam kehidupan ini, perlu ada impian dan perancangan. Jadi, tidak salah untuk mengatur perancangan yang memang diimpikan.
Memilih jodoh tidak perlu terburu-buru. Tidak mengapa jika perlu selektif memilih calon isteri atau suami asalkan rumah tangga yang dibina mampu kekal hingga ke jannah.
Sememangnya jodoh itu rahsia Allah namun itu bukan bermakna kita hanya berpeluk tubuh tanpa usaha ke arah mendapatkan jodoh. Seperti perkongsian Amir Syahir ini tentang soal jodoh.
Mungkin ada yang berazam untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini tetapi jodoh yang dinanti-nanti masih belum kunjung tiba? Kau boleh baca ni sebagai panduan dalam proses mencari pasangan.
Kita takkan tahu mana satu pilihan yang terbaik. Yang kita tahu ialah, kita yakin dengan pilihan kita. Allah lebih mengetahui. Allah akan bagi kau seseorang yang kau perlu dan bukannya yang kau mahu.
1. Proses Taaruf
Proses taaruf merupakan salah satu cara untuk kau tahu adakah dia pilihan yang terbaik.
Dalam proses berkenalan, kau akan mula nampak kelemahan dan kelebihan masing-masing. Antara calon yang terbaik ialah apabila dia sudi menerima kau seadanya. Kau pun mestilah membuat perkara yang sama kepada dia.
Kau janganlah nak taaruf dalam bilik berdua-duaan pula. Taaruf tengah malam dekat taman bunga. Tu lain jadinya.
2. Agama
Dalam Islam, proses pencarian dengan empat faktor iaitu agama, harta, paras rupa dan keturunan. Pilihlah yang beragama maka kau akan selamat dunia akhirat. Tak semestinya dia ustaz ataupun ustazah. Cukuplah dia tak tinggal solat, tak ambil kesempatan ke atas kau, tahu hukum agama dan tahu batas pergaulan.
3. Cari Keserasian
Kau cari lah keserasian dengan dia. Serasi boleh dikatakan kau senang dengan dia. Kau nak buat apa pun tak dikongkong oleh dia selagi tidak melanggar hukum agama.
Tak semestinya kau suka pergi hiking, tetapi dia tak suka, maksudnya tak serasi. Yang penting dia sentiasa sokong hobi kau. Persamaan itu saling mendekatkan dan perbezaan itu pula saling melengkapi.
4. Selidik Latar Belakang
Antaranya kau boleh tanya tentang latar belakang keluarganya, pendidikannya, ciri-ciri pasangan yang dicarinya. Kau tanya apa yang dia suka dan tak suka.
5. Perancangan Masa Depan
Kau boleh tanya apa matlamat masa depannya dalam keluarga nanti, juga perancangan kerjaya. Kau juga boleh tanya impian yang hendak dikecapi dalam hidup.
6. Bertimbang Rasa
Si dia ada sifat bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Bukannya asyik dia saja nak menang. Nak suruh kau dengar cakap dia saja.
7. Jadi Diri Sendiri
Kau jadi diri kau sendiri lah. Tak perlu kau pinjam baju berjenama kawan kau, pinjam kereta Audi kawan kau untuk pikat si dia. Elakkan berlakon, bersandiwara, sembunyikan perkara yang dia patut tahu, sebab nanti akan diketahui juga.
Apabila dah selesai melalui proses semua tu, jangan lupa beristikharah dan berdoa memohon petunjuk daripada Ilahi. Adakah dia jodoh yang terbaik.
***
Dalam rumah tangga nanti, mesti akan ada salah faham. Jadi, kau kena pandai atasi masalah tu. Bawa la berbincang. Bukannya berdiam tanpa mencari jalan penyelesaian.
Yang penting, jangan terlalu harapkan dia, jangan letak harapan yang tinggi masa proses berkenalan supaya tak timbul kekecewaan jika si dia bukan jodoh kau nanti. Niatkan hati, ini ialah proses mencari isteri/suami, bukannya mencari malaikat. Nak cari yang paling sempurna susah la. Jangan membawa harapan yang terlalu tinggi.
Kau kalau nak ajak si dia berkenalan kau kata je “Awak, nak ke kita berkawan dulu. Kenal hati budi masing-masing. Tapi, kalau masa tu awak dah ada orang lain, saya akan mengundurkan diri.” Simple.
Semoga Allah permudahkan urusan jodoh dan proses mencari pasangan korang nanti. Amin. Banyakkan berdoa dan solat hajat ye.
Sumber kredit: FB: Amir Syahir
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Terdapat beberapa amalan yang mudah, tetapi dijamin syurga oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Berikut adalah di antaranya yang mana terdapat dalam hadis sahih.Perkara...