Setiap orang pastinya mengimpikan kejayaan gemilang dalam hidup. Tidak kiralah dalam apa jua bidang yang diceburi asalkan dapat menggembirakan kedua ibu bapa dan yang penting kepuasan diri sendiri.
Walaupun diduga dengan ujian bertimpa, namun ia sebenarnya adalah itu sebahagian
dugaan Tuhan beri kepada insan yang disayangiNya.
Seperti kejayaan gadis ini yang menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) walaupun sepanjang perjalanan sebelum mengecap kejayaan itu menghidap penyakit hyperthyroidism iaitu sejenis penyakit melibatkan kelenjar tiroid.
Usaha kerasnya sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains
Aktuari yang tidak mengenal erti lelah sepanjang pengajian telah membuahkan
hasil apabila kerap menerima anugerah-anugerah kecermalangan sehingga
melayakkannya memperoleh Anugerah Diraja yang disampaian sendiri oleh KDYMM Agong.
Alhamdulillah. Kejayaan saya pada hari ini saya hadiahkan buat ibu bapa saya, abang-abang dan adik-adik saya, ahli keluarga saya, sahabat-sahabat saya, guru-guru dari Tadika Bukit Rangin, Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib dan pensyarah-pensyarah dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dan terutamanya dari Pusat Pengajian Sains Aktuari, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA. Jutaan terima kasih juga kepada Kementerian Pendidikan serta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah menaja pengajian saya dari peringkat Asasi sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana pada hari ini.
Mereka adalah tulang belakang kejayaan saya dan merekalah yang membentuk saya untuk menjadi siapa saya pada hari ini. Saya mungkin tidak akan mampu untuk mencapai semua ini tanpa doa, sokongan, pertolongan, ilmu-ilmu yang dicurahkan serta semua dana kawangan yang diberikan. Terima kasih kepada UiTM kerana menerima saya 4 tahun lalu sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Aktuari dan percaya akan kelayakan saya dengan penganugerahan ini, hari ini. Terima kasih kepada Majlis Raja-Raja atas penganugerahan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) ini. ⠀
Hari pertama saya jejakkan kaki di UiTM, matlamat saya hanya satu iaitu untuk belajar bersungguh-sungguh, mengejar cita-cita saya dan membanggakan ibu bapa saya. Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menerima penghormatan dengan menerima anugerah yang besar sebegini. Tetapi Allah Maha Pemurah dan saya sangat bersyukur atas setiap rezeki dan nikmat yang dikurniakan. Semoga dengan nikmat dan kebolehan yang ada, saya mampu menyumbang semula kepada masyarakat suatu hari nanti.
Semoga kejayaan saya pada hari ini mampu memberi inspirasi dan suntikan semangat yang baru kepada diri saya sendiri, adik-adik saya dan junior-junior Sains Aktuari, FSKM, UiTM untuk lebih cemerlang dunia dan akhirat. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
@ Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam
Kashorga: Semoga kisah menjadi inspirasi buat kita supaya terus berusaha mencapai kejayaan walaupun pelbagai dugaan menimpa. Ingatlah setiap dugaan yang Allah beri kerana Dia sayang pada kita. Anggapan sebagai pembakar semangat untuk terus mengecapi kejayaan paling manis serta membanggakan kedua ibu bapa.
SUMBER: AFIQAHSURIS