Siapa tidak mengenali penceramah bebas, pengacara televisyen dan pensyarah Don Daniyal Don Biyajid atau lebih terkenal sebagai Ustaz Don yang gemar berkongsi atau menyebarkan dakwah di media sosial.
Bukan sahaja berkongsi ilmu berkaitan hukum tetapi juga turut memberitahu beberapa tip yang cukup berguna buat pasangan yang berkahwin terutama golongan suami.
Baru-baru ini sempena menyambut ulang tahun pernikahannya yang kelapan bersama isteri tercinta Husna Zahry Rafie, Ustaz Don menerusi entri di Instagram telah melahirkan kesyukuran dan memberi petua dan amalan yang diterapkan dalam mengemudi mahligai.
Ayuh ikuti perkongsiannya sepanjang 8 tahun mengemudi rumah tangga bersama isteri tersayang Dr Husna.
Menurut Ustaz Don paling penting tip berkesan untuk mengukuhkan hubungan suami isteri adalah dengan mengamalkan solat berjemaah.
“Aku Suami “Saya sentiasa ingat pesan Datuk Ustaz Badlishah Alauddin hafizahullah, “jangan cakap tajuk keluarga sebab ini bukan padang hang. Bagi la Prof Muhaya ka, Dato Bahiyah ka, Ayahanda Dato Fadhilah Kamsah…”“ ‘’Saya tulis ini sebagai berkongsi sahaja. Bukan nk tunjuk pandai. 🙂 ok. “Gambaq ni, adalah pada hari Akad Nikah 23/08/2012 bersamaan hari Khamis. Hari Raya. Syawal.
Tip Amalan Sepanjang Perkahwinan Buat Kaum Lelaki
Ads
“Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan (P/s: maksud 8 tahun ni, dh lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau org tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata org tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan.. terima kasih org tua tua ataih nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)
“Petua yang saya amal dan amik dari orang2 lama…
1. Tanggungjawab Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’… Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang. Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah. Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah. Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah. Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah. Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah. Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah. Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah. Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.
2. Sembahyang Berjemaah Ini memang satu miracle laaa… Xtau nak kata mcm mn, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana… Amalkan lah… jangan tinggai… Kalau lambat, qadha’. Kalau lupa, peringat. Kalau malas, bantu. Kalau tak reti, ajaq. Kalau tidoq kalu…bagi masa, agak2 lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut n minta pi sembahyang.
3. Rumah Bagi rumah yang selesa… Sewa pun xpa. Kecik bukaan dia pun xpa. Beli pun xpa. Baguih. Studio style ka, banglow ka, teres ka, xpa. (Alamak, syempoiii… masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)
4. Kewangan Abang, please… jangan jadi mcm saya.. umuq 35 baru nak belajaq jaga duit n urus duit.. nnt menyesai tak sudah Abang.. mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat mcm saya Abang… maklumat sekarang dh banyak. Buka Youtube, dengaq. Bukak Pinterest, baca. Bukak Instagram, amik manfaat. Bukak Facebook, baca.
Ads
5. Kenderaan Mesti kena ada. Moto baguih, xsalah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang2 kita buat moto, kira2 dh boleh beli satu Kancil. Saya x kata pun salah buat moto. Buat. Xdak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers…
I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever…”
Sebelum memuat naik entri tersebut Ustaz Don turut memberikan ucapan yang cukup romantik dan manis buat isteri kesayangannya;
“Dengan nama Allah Taala aku mulai; Selamat Hari Ulang Tahun Pernikahan Wahai Cinta Hati Hinggap mari di pohon duku Duku dekat pohon melati Cintaku puteri belahan jiwaku Hatiku terlekat sampai ke mati
Ads
Naik kapal sampai ke Cina Kapal asap berbunga-bunga Wahai Cik Adik, Abang nak tanya Apakah penyakit tidur tak lena
Hutan melarat dimakan api Pokok diranam habis mati Intan manikam mahligai hati Kalau hilang payah berganti
Sayang jembalang bermata tujuh Ditukang oleh tukang emas Jangan digusar jangan digaduh Di dalam tangan digenggam kemas
إنْ شَآء الله
23/08/2020
P/S : Selamat Hari Ulang Tahun Pernikahan buat Ibu & Bapak… kerana Ibu n Bapak punya tarikh ni, kami menumpang amik #barakah .”
Apakah yang disebut oleh Nabi SAW pintu segala kebaikan. Pintu segala kebaikan salah satunya adalah berpuasa.
Seperti yang diterangkan dalam Eksklusif Tazkirah Ramadan oleh Pendakwah Selebriti, PU Riz, puasa itu sebenarnya menjadi benteng untuk kita terhindar dari segala kesilapan, kejahatan dan kemaksiatan dalam hidup kita.
“Sedar tak sedar kita sebenarnya banyak buat silap. Tapi dalam bulan Ramadan inilah kita perlu didik diri kita jadi insan lebih baik dan insan yang soleh pada Allah Taala.
“Jangan risau tak akan ada mudharat pada diri kita bila kita berpuasa. Bahkan Allah gantikan dengan kesihatan yang lebih baik. Malah pada bulan ini jugalah menjadikan kita lebih rapat dengan Allah Taala.
“Selamat beramal dan jangan takut puasalah. Semoga Allah akan memberi kita kebaikan dunia dan akhirat,” tambahnya.
KASHOORGA: Jangan lupa ikuti secara Eksklusif Ramadan Kashoorga Tazkirah & Azan LIVE di palatform Digital Facebook setiap hari sepanjang Ramadan ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Di Malaysia panas dengan isu penipuan melibatkan visa Haji Furada. Kerugian dianggarkan berbelas juta dengan hampir 400 jemaah tersangkut tak dapat berangkat ke saat akhir menunaikan fardu haji.
Tak habis dengan isu ini, tindakan seorang wanita dari negara ini yang memuatkan naik hantaran meminta doa orang ramai agar dirinya dapat memasuki Tanah Haram dalam mengejar wukuf di Arafah menarik perhatian orang ramai. Katanya dirinya baru sampai ke Jeddah ketika memuat naik hantaran di fbnya dan sudah melepas satu sekatan polis.
Dalam sekatan pihak berkuasa Arab Saudi, dirinya memaklumkan mahu ke Thoif (bukan ke Makkah) sedangkan niatnya ada mengerjakan haji menggunakan visa pelancong miliknya sebelum ini.
Jelasnya semalam, dirinya perlu melepasi dua lagi sekatan pihak berkuasa sebelum dapat sampai ke Makkah.
Tindakannya ini jelas tidak disenangi ramai orang di mana ramai menganggap perbuatan itu sebagai menipu untuk dapat mengerjakan haji. Kata mereka, niat sudah betul tapi cara tak kena.
Di media sosial, ramai menyelar tindakannya dibuatnya kerana jelas ia satu perbuatan menipu.
Pergi Haji tapi dengan Cara Menipu
Pergi nak buat ibadah tapi on the way nak kesana guna cara menipu. I is kennot brain. Bila Saudi banyak tangkap puak macam ni dan ketatkan lagi visa. Bukan sahaja jemaah haji kena tempias teruk, dengan geng-geng umrah sekali kena libas.
Udah-udahlah beria nak pergi haji ni. Haji ni untuk yang mampu. Kalau kita ni terpaksa menipu dan ambil risiko kena penjara macam ni, tak perlulah pergi haji sebab kita tak mampu.
Stoplah using word Allah jemput Allah jemput kalau ini kaedahnya nak masuk negara orang dan langgar peraturan negara orang. Yang bukan-bukan jer perangai.
Mampu ni bukan kira ada duit sahaja. Mampu ikut peraturan dan hak sesebuah negara pun satu kemampuan juga. Kalau tak mampu, tak payah. Sumber fb:- Mohd Firdaus Jailan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Pernah puasa 360 hari, sampai sakit.’ Kisah hijrah, lelaki muka gangster ini buat ramai sebak. Bagaimana dia mencari-cari jawapan dan akhirnya agama Islam membuatkan kekosongan di hatinya mula terisi.
Disebabkan terlalu memikirkan dosa-dosa lalu, lelaki ini nekad berpuasa 360 hari dalam tempoh setahun hingga dia jatuh sakit. Dari situ dia tahu mengapa Islam melarang umatnya berpuasa tanpa henti.
Baru-baru ini, tular video di TikTok apabila seorang lelaki berkongsi kisah hidupnya apabila ditanya soal agama telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Muka Gangster’ berkongsi kisahnya ketika ditanyakan soalan adakah dia orang Islam.
Jelas Muhammad Mikhael Sathayah, dia berasal daripada agama Hindu dan satu hari dia mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam.
Apa yang membuatkan ramai sebak apabila sang ibu masih lagi menerima anaknya walaupun berbeza agama. Ibunya beragama Hindu tetapi dia tidak pernah sekali pun mengahalang anaknya untuk memeluk agama Islam.
Malahan ibu tua ini juga pernah menghadiahkan sejadah buat anaknya. Bertambah kagum, bila dua beranak ini keluar berdua, ibunya akan menemani anaknya solat di masjid. Walaupun terpaksa tunggu di dalam kereta dan berpanas, dia langsung tak kisah.
Sampai Sakit
Tambah Muhammad Mikhael Sathayah, sepanjang hidupnya semenjak kecil, dia merasa kekosongan di hati dan jiwanya meronta mencari apakah erti kehidupan.
“Kenapa saya bukan macam orang lain. Saya cuba mengisi kekosongan tetapi kesakitannya semakin hari semakin menjadi-jadi.
“Di luar nampak berjaya, bekerjaya tapi tapi saya dalam kesakitan. Apa yang kurang. Saya sayang mak saya, mak saya segala-galanya bagi saya.
‘Mencari nur yang tidak kesampaian, jiwa ini meronta hingga subuh di suatu pagi terdengar suara yang indah mengatakan, “Aku Yang Cipta Kamu tapi ini yang aku berikan kepada kamu. Maka terima sajalah.’ luahnya.
Kisah Hijrah
Persoalan ini bermain-main di fikiran dan apakah maksudnya yang sebenar, lelaki ini jadi tertanya-tanya. Hingga satu saat, dia mendapat jawapan dan beritahu perkara sebenar pada emaknya.
‘Emak, saya nak masuk Islam.’
‘Tapi mak hanya terdiam, terkejut. Selepas itu mak senyum dan bagi kebenaran. terima kasih mak kerana menerima saya dalam apa keadaan sekali pun.
‘Macam-macam mak dikecam sampai ada yang kata mak sudah tidak ada anak. Anak mak dah mati. Ada juga yang kata hidup saya jadi begini sebab mak terlalu manjakan saya.
‘Ternyata semua itu salah, mak seorang yang baik. Terima kasih mak. Makin hari mak Nampak saya semakin tenang, mak juga sentiasa bersama saya,’ ceritanya sebak.
Luah lelaki ini, terima kasih mak sebab tak hiraukan cakap saudara-mara atau sesiapa. Malah mak sentiasa menerimanya.
Dalam video yang sama, Muhammad Mikhael Sathayah kongsikan bahawa dia telah membeli sebuah rumah bersebelahan rumah ibunya kerana tidak mahu tinggalkan emaknya.
Buat Ramai Sebak
Sebelum ini Muhammad Mikhael Sathayah pernah puasa sepanjang tahun sepanjang tahun bila memikirkan dosa-dosanya yang lalu walaupun Islam larang.
“Islam memang larang, tapi saya puasa 360 hari. Hari raya aidilfitri dan hari raya haji saja saya tak puasa.
‘Hari lain saya puasa untuk hilangkan dosa sampai saya sakit. Rupanya sebab itu Islam larang kita paksa diri untuk berpuasa.
‘Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa memberi membimbing dan mendoakan saya agar terus kekal istiqamah,’ ujarnya lagi.
Kashoorga: Semoga Muhammad Mikhael Sathayah kekal istiqamah dan bahagia di samping ibunya.
Makan bufet Ramadan di hotel atau kafe setiap kali bulan puasa seakan acara wajib ramai kalangan kita. Meski ada harga hidangan mencecah hampir RM100...