Solat witir adalah solat sunat yang disunatkan berjemaah pada bulan Ramadan, namun pada bulan lain ia tidak disunatkan berjemaah.

Ia boleh dilakukan cukup dengan satu rakaat, tetapi lebih sempurna untuk dilakukan sebanyak tiga rakaat, lima rakaat, tujuh rakaat, sembilan rakaat atau sebelas rakaat.

Di samping itu, ia juga boleh dilakukan secara bersambung semua rakaat dengan satu salam atau dipisahkan setiap dua rakaat dengan salam dan diakhiri dengan satu rakaat.

Cara niat solat witir

Akan tetapi timbul persoalan tentang niat solat witir. Ada yang mengatakan bahawa niat solat yakni “Sahaja aku sembahyang witir dua raakat’ adalah tidak sah.

Ini kerana makna witir itu adalah ganjil namun dalam niat tersebut ia tersebut dalam bilangan sebaliknya.

Persoalan tentang niat solat witir ini telah diperjelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus, ujarnya perkara ini memang ada dibincangkan oleh ulama.

“Niat solat witir iaitu ‘Sahaja aku sembahyang witir dua rakaat kerana Allah Taala”  memang ada dibahaskan oleh ulamak.  Ini kerana solat witir adalah 3 rakaat tapi kita berniat 2 rakaat. Solat witir adalah ganjil tapi dalam niat ini tidak,” katanya.

Ads

Jelas beliau dalam hal ini sebaiknya kita keluar daripada perselisihan atau pertikaian ni.

“Oleh itu jika mahu mengerjakan witir 3 rakaat dan kita mahu melakukan solat dua rakaat terlebih dahulu maka berniatlah dengan tiga cara berikut;

  1. “Sahaja aku solat mukadimah witir 2 rakaat.”
  2. “Sahaja aku solat 2 rakaat daripada witir.”
  3. “Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat.”

“Niatlah dengan salah satu daripada tiga cara di atas adalah yang sebaiknya,” terang beliau.

Niat yang lebih afdal

Dalam pada itu menurut  Mufti Wilayah Persekutuan dalam portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bahawa cara niat yang pertama seperti di atas adalah pandangan muktamad dalam mazhab Syafi’i, manakala cara yang kedua, ketiga adalah pandangan yang tidak muktamad.

Oleh itu, cara pertama ialah cara yang lebih afdal kerana ia muktamad mazhab, namun tiada halangan untuk beramal dengan cara-cara yang lain.

Ads

Hal ini juga disebutkan oleh Imam al-Nawawi selepas menerangkan cara-cara niat tersebut, beliau berkata:

وهذه الأوجه في الأفضل والأولوية دون الاشتراط والصحيح الأول

Maksudnya: Dan pendapat-pendapat (yang telah disebutkan) ini adalah daripada segi yang mana paling baik dan paling utama bukanlah disyaratkan, dan pendapat yang tepat adalah yang pertama (iaitu berniat dua rakaat daripada witir).

Oleh yang demikian, dibolehkan untuk berniat mengikut mana-mana cara yang telah disebut di atas.

Ads

Bahkan jika seseorang itu berniat “sahaja aku solat witir 2 rakaat”, maka solatnya juga sah seperti yang disebutkan oleh Sheikh al-Qalyubi, beliau berkata:

وَلَهُ فِيهِ أَنْ يَنْوِيَ سُنَّةَ الْوَتْرِ أَوْ مُقَدِّمَةَ الْوَتْرِ أَوْ مِنْ الْوَتْرِ أَوْ الْوَتْرَ أَيْضًا[8]

Maksudnya: “Dan dibolehkan (pada dua rakaat solat witir itu) untuk berniat sebagai sunat witir atau daripada witir atau witir juga.”

Cara-cara berniat di atas juga terpakai untuk setiap 2 rakaat sebelum rakaat terakhir bagi yang melakukan solat witir lebih daripada 3 rakaat iaitu 5 hingga 11 rakaat.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Baca Lagi: Subuh Masuk Lewat Sekarang, Ambillah Peluang Buat Solat Tahajud

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI