SOP Bakal Pengantin PKPB Wilayah Persekutuan; Pantas, Jimat & Selamat

Share

Perancangan bernikah sudah lama, sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan bulan Mac lalu lagi. SOP kena patuh. Namun kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan bila akad boleh dijalankan.

Setelah tertangguh sekian lama, apatah lagi gelombang ketiga Covid 19 tidak nampak penyurutan kes, pasangan pengantin dan keluarga pula semakin gelisah memikirkan bila tarikh sesuai.

Alhamdulillah, terkini pihak Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) cuba membantu ramai pasangan yang ingin berkahwin dalam masa pandemik ini dengan merangka dan mengeluarkan Prosedur Operasi Standard SOP untuk majlis akad nikah bagi Wilayah-wilayah Persekutuan berkuat kuasa hari ini, 6 November 2020 ( 20 Rabi’ul Awal 1442 Hijrah)

Artikel berkaitan:Unik & Ikut SOP, Pasangan Mempelai Ini Anjur Majlis ‘Wedding Drive Thru’ Pertama Di Malaysia

Artikel berkaitan: Ambil Peluang Musim PKPB Ini, Ibu Bapa Berkesempatan Didik Anak-Anak Turut Berpuasa Enam

Bagi memudahkan pemahaman, pihak Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengeluarkan infografik yang jelas tentang prosedur majlis akad nikah yang ditetapkan menerusi akaun facebook dan Instagram menterinya iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Menurut pihak Jabatan Perdana Menteri, bagi majlis akad nikah, jumlah jemputan adalah tidak melebihi daripada 30 orang jemputan dengan mengambil kira penjarakan satu (1) meter dan tertakluk kepada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI)

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Premis tersebut merangkumi Pejabat Agama dan juga masjid-masjid terpilih yang ditetapkan JAWI. Manakala jurufoto perkahwinan adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam 30 orag jemputan tadi tetapi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Bagi majlis akad nikah di negeri-negeri lain, ia adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Walaubagaimanapun, untuk tujuan penyelarasan, adalah disarankan negeri-negeri untuk mengikuti resolusi yang telah dicapai bersama dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Khas (MKI) kali ke 9 baru-baru ini.

Menurut maklumat yang diterima, majlis akad nikah itu perlu dijalankan seringkas yang mungkin tetapi memenuhi semua keperluan wajib akad nikah.

Dan akad perlu berlangsung tidak melebihi 20 minit. Jemputan yang dibenarkan hanyalah 30 orang dan ia termasuklah 5 individu yang disyaratkan dalam Rukun Nikah.

Untuk memudahkan rujukan, bakal pengantin dinasihati memahami terlebih dahulu maklumat ringkas panduan majlis akad nikah menerusi infografik di bawah:

Kashoorga: Kepada para bakal pengantin, semoga urusan akad nikah dipermudahkan dan lancar. Patuhi SOP yang dikuatkuasakan agar tiada kluster baharu muncul hanya kerana kealpaan kita dalam menjaga SOP.

Published by
Emma Masri