‘Selalu solat awal, jaga aurat & tak bercakap hal orang.’ Ini amalan arwah Aizura sebelum meninggal dunia secara mengejut beberapa hari lalu.
Pemergian secara tiba-tiba meruntun hati semua orang. Malahan catatan Aizura Zulkifli iaitu seorang arkitek wanita yang sarat hamil, di Facebooknya menjadi perhatian warga maya.
Malah posting itu menjadi viral dan ramai turut simpati dengan apa yan telah berlaku padanya. Iringan doa buat arwah datang daripada orang ramai biarpun tidak mengenali Aizura secara dekat.
Ternyata Aizura sudah pasti sangat istimewa di sisi Allah, kerana kematiannya disebut-sebut.
Artikel Berkaitan: ‘Bersalin Di Dunia, Berpantang Di Syurga.’ Ibu Ini Meninggal, Selepas Bertarung Nyawa Lahirkan Anak Kelima
Rupa-rupanya Aizura bukan saja isteri dan ibu yang hebat, malahan banyak amalan baik dan kebaikannya yang hanya orang terdekatnya saja tahu. Patutlah Allah sayang. Ikuti perkongsian Siti Aminah Sulaiman dan ternyata Aizura Zulkifi bukanlah orang ‘biasa-biasa’
Semalam balik Melaka untuk ziarah mak, jumpa dengan adik perempuan saya yang merupakan officemate dengan arwah Aizura Zulkifli.
Saya pun tak sangka adik saya kerja sekali dengan arwah di JKR CREaTE di Melaka.
Satu unit, duduk selang beberapa meja. Sugul dan sembap wajah adik saya, puas sudah dia menangis. Rupanya adik rapat dengan arwah Aizura..
Sepatutnya Jumaat ini, dia hendak keluar dengan arwah dan anak-anak arwah, nak bawa beli sepit rambut.
Qadarullah, ajal mendahului segala perancangan manusia.
Saya beritahu pada adik… Saya pelik dengan arwah sebab lepas dia meninggal dia jadi terkenal macam artis. Nama disebut dekat sana, sini. Siapa dia? Apa amalan hidup dia?
Adik saya kongsi yang arwah selalu solat awal waktu. Bila masuk waktu saja, belum orang lain solat dia dulu akan pergi solat.
Arwah juga tak suka bercakap hal orang. Bila ada kawan berkumpul cakap-cakap, dia hanya akan senyum dan diam saja.
Arwah pakaiannya saiz besar dan menutup aurat.
Sebelum meninggal arwah hendak belanja kawan-kawan di office, tapi tak kesampaian. Tapi arwah sempat beli kuih-muih untuk kawan-kawan makan.
Adik saya beritahu hari yang arwah beli kuih itu, dia lapar dan puas bila makan kuih yang arwah belanja.
Arwah bukan jenis marah-marah atau tinggi suara dengan kawan-kawan office. Dia jenis cool sangat.
Arwah juga penyayang dengan anak-anak, kadang arwah akan bawa anak-anak ke office kalau anak tak kesekolah. Sebab itulah adik saya rapat dengan anak-anaknya.
Pada hari kematian, dia sempat masak dulu untuk anaknya sebelum ke hospital.
Baca Di Sini:
Arwah berpindah ke JKR Melaka sebab hendak duduk lebih dekat dengan suami dan dua lagi anaknya yang dijaga suami dekat Johor.
Sebelum ini arwah kerja di Kuantan, Pahang. Betapa besarnya sabar seorang isteri yang PJJ (perhubungan jarak jauh) dengan suami selama 10 tahun.
Banyak lagi tersimpan kebaikan arwah yang diketahui oleh kenalan rapatnya.
Satu yang saya paling tersentuh ialah solat di awal waktu, kerana ada hadis yang sebut itulah amalan yang paling dicintai Allah.
Saya tidak kenal arwah, cuma sebagai sahabat di Facebook.
Sengaja saya tulis supaya jadi peringatan buat diri saya dan sahabat-sahabat pembaca,
Untuk terus beramal yang sebaik mungkin hingga akhir hayat.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Kashoorga: Semoga keluarga Aizura tabah berdepan ujian berat ini. Al-Fatihah.
Sumber : Siti Aminah Salleh
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.