Stres asyik gaduh, jangan lupa bersihkan hati dan berdoa. ‘Biar Allah kurniakan jalan keluar dan juga diberikan ketenangan untuk berdepan ujian dalam rumah tangga.
Ternyata alam rumah tangga tak selalunya cerah, ada saja ujiannya. Tetapi sebagai hamba-Nya, kita sentiasa bersabar dengan apa saja rintangan yang melanda.
Ikuti perkongsian Ustazah Asmak Husin ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:
“Kami kalau bergaduh laki bini makan masa nak cool balik dua-dua. Kadang sampai berminggu-minggu kami tak bertegur sapa. Macam mana yang saya nak buat ustazah? Stress lah saya gini“Asam garam dalam rumah tangga, tak semuanya manis-manis belaka. Pasti ada juga ribut taufan yang melanda. Kalau part bergaduh itu benda biasa dah, pasti setiap pasangan akan melaluinya.
Kadang-kadang bila bergaduh, masing-masing mula meluahkan, setelah “cool down”, kita fikir balik baru perasan apa yang salah atau tersalah. Akhirnya kita lebih memahami antara satu sama lain.
Tapi yang tak bestnya kalau bergaduh sampai merosakkan perhubungan. Dengan kata lain sampai berminggu, berbulan tak bercakap. SILENT TREATMENT.
Ads
Jangan Lupa Bersihkan Hati & Berdoa
Yang ni bahaya untuk rumah tangga kalian. Masing-masing pening apa sebenarnya dalam hati pasangan ataupun hati sendiri. Akhirnya mengambil kesimpulan sendiri tanpa berterus terang.
Ramai yang mengatakan gaduh-gaduh manja akan lagi mengeratkan lagi hubungan dan ada juga cerita bergaduh hal kecik sehingga bercerai- berai. Minta dijauhkan supaya perkahwinan kita tidak sampai ke tahap bercerai berai. Insyallah.
Bagi kes yang bertanya tadi, saya nasihatkan apabila bergaduh sesama suami isteri mesti ada seorang yang kena mengalah. Jangan kedua-dua nya ego melangit. Dua-dua nak menang.
Biar Allah
Ibarat tarik rambut dalam tepung. Dan apa salahnya berundur dulu utk menang besar kemudian. Berikut saya kongsikan tip ringkas.
1) Jangan terus berbincang apabila tengah marah. Tunggu keadaan reda dan masing-masing cool dulu.
Ads
2) Jangan mudah ucapkan perkataan seperti ‘kau ceraikan aku”, “kau lepaskan aku” dan lain-lain. Berhati-hati dalam tutur berbicara. Tak perlu ikut apa yang kita nampak dalam drama, bergaduh sikit terus cabar mencabar untuk cerai.
3) Minta ruang untuk bertenang dari pasangan. ‘Me time’ iaitu masa untuk bersendirian dan berfikir secara lebih rasional. Atau ruang untuk berehat. Apabila kita penat kita mudah marah dan emosi.
4) Jangan sesekali update status di media sosial ketika marah. Nanti akan terhambur apa yang tak sepatutnya. Terlajak perahu boleh undur terlepas update posting, tak boleh delete seumur hidup.
Ads
5) Masing-masing perlu belajar meluahkan apa yang terpendam dalam hati dengan cara baik dan sesuai ikut situasi pasangan.
6) Jangan lupa bersihkan hati dan banyak berdoa kepada Allah. Biar Allah kurniakan jalan keluar dan diberikan ketenangan dalam menghadapi kehidupan berkeluarga.
Kita banyak didedahkan dengan kisah nasib malang semasa iddah menimpa balu dan anak-anak yang kehilangan suami dan ayah; ketua keluarga yang menjadi tempat bergantung harap selama ini.
Sangat menyedihkan apabila balu dan anak yatim tidak mendapat pembelaan sewajarnya dipaparkan di media sosial dan arus perdana.
Plot ‘drama’ perebutan harta pusaka peninggalan arwah biasanya bermula tak sampai sehari pun arwah dikebumikan. Islam sangat melarang keras sebarang rupa bentuk penindasan terhadap balu dan anak yatim.
Waris paling berkelayakan yang sepatutnya menjadi payung menaungi mereka akhirnya tewas juga tatkala melihatkan betapa peluang terbentang luas di depan mata untuk membolot harta peninggalan.
Ini terang-terangan salah di sisi agama. Waris perlu faham hukum agama tentang soal ini dan sewajarnya memastikan balu dan anak-anak yatim mendapat pembelaan wajar.
Cara terbaik mengelakkan perebutan harta ini sepatutnya boleh dielakkan sekiranya arwah telah membuat persiapan awal mewasiatkan harta atau melakukan hibbah. Wasiat sebenarnya memudahkan dan bukan menyusahkan.
Terdapat bahagian-bahagian pembahagian harta peninggalan yang telah ditetapkan syarak. Jika semua faham akan urusan ini, maka tidak akan berlaku kes-kes perebutan yang merugikan.
Sabda Rasulullah SAW tentang pembahagian harta warisan,
Diriwayatkan dari Ibn ‘Abbas ra. Dari Rasulullah SAW; Baginda bersabda,
“Bahagi-bahagikanlah harta warisan kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), sedangkan sisanya adalah untuk laki-laki terdekat dengan orang meninggal (HR Sahih Muslim 5: 59)
Namun, perkongsian positif daripada puan Latifah Khadija dari Kubang Kerian,Kelantan tentang kisah suaminya yang meninggal dunia 4 tahun lalu cukup memberi teladan yang baik kepada kita semua.
Luahan hatinya jelas bersyukur dan rasa bertuah ditemukan dengan ipar duai yang sangat prihatin terhadap dia dan anak-anak. Mereka banyak membantu meringankan beban sepanjang tempoh iddah.
Menerusi entri di facebook baru-baru ini, beliau terpanggil untuk mencoretkan tentang teladan positif yang ditunjukkan oleh keluarga arwah suami terhadap dia dan anak-anak agar dapat dijadikan teladan kepada yang lain.
Berikut penulis tuliskan semula ringkasan coretan beliau dengan sedikit suntingan.
Hari kedua iddah, ipar saya pergi menjemput saya di rumah dan keluarkan duit arwah suami sebanyak RM15k, sebelum bank bekukan untuk kegunaan saya sepanjang tempoh iddah.
Sepanjang iddah juga ipar saya menyalurkan duit tambahan kepada saya sebanyak RM700 sebulan untuk kegunaan saya dan anak.
Ipar saya berbincang kereta apa yang saya hendak pakai dan kereta mana yang hendak dijual memandangkna saya tidak mampu membiayai semua kenderaan yang ada.
Keluarga suami saya tidak pernah mengambil tahu jam tangan berjenama atau cincin milik suami malah mereka mengingatkan saya agar simpan elok-elok supaya tidak hilang.
Sepanjang iddah, ipar saya pernah membelikan tiket penerbangan untuk saya dan anak-anak bagi memudahkan saya ke Kuala Lumpur untuk berbincang tentang pengurusan anak-anak memandangkan mereka sibuk bekerja.
Sepanjang saya kemurungan, kakak ipar saya bergilir dengan ibu dan kakak saya menjaga saya yang trauma dengan kematian arwah suami.
Sehingga hari ini, kami masing-masing membawa haluan hidup tapi masih bertanya khabar. Saya berdikari dan bertungkus lumus bekerja menyara anak.
Keluarga suami sentiasa memberi nasihat supaya saya boleh survive perbelanjaan harian, ternyata Allah lah yang memberi rezeki, manusia hanya perantara.
Menurut Latifah, jika baik niat kita, maka akan eloklah kesudahannya. Rata-rata ramai wanita teraniaya selepas kematian suami. Dalam kebaikan akan ada keburukan yang terbongkar, apalagi dalam keburukan.
Beliau menambah, seeloknya, kalau mahu kesudahan yang baik-baik, eloklah bercerita yang baik-baik sebab yang buruk itu urusan Allah. Jika Allah tarik kebaikan, Allah akan gantikan yang lebih baik. Husnuzon kepada Allah.
Kashoorga: Sungguh indah perkongsian balu ini. Alangkah indahnya Islam dan alangkah bahagianya para balu dan anak-anak yatim apabila nasib mereka terbela setelah kematian tunjang utama keluarga. Semoga puan Latifah dan balu lainnya dikurniakan limpahan rezeki daripada Allah SWT. Amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ibarat pokok yang memerlukan baja untuk terus hidup begitu jugalah dengan alam rumah tangga. Perlu dijaga agar terus hidup dan ‘berkembang.’
Kata pepatah, sedangkan lidah lagi terigigit, inikan pula suami isteri. Pepatah ini ada benarnya kerana tiada hubungan yang sentiasa sempurna. Tak dapat tidak, pasti ada gelora yang melanda.
Gambar sekadar hiasan.
Isteri pilihan hati adalah penyejuk hati suami walaupun apa jua masalah yang mendatang. Biarpun didatangi onak dan duri namun kebahagiaan tetap menjadi keutamaan.
Seorang isteri itu menjadi ‘nadi’ kebahagiaan sesebuah rumah tangga maka sebab itulah amat penting seorang isteri itu membahagiakan seorang suami.
15 TIP BAHAGIAKAN HATI SUAMI
1. Jangan terlalu mengongkong suami
2. Berilah perhatian pada suami walaupun anda sibuk
3. Jangan sesekali abaikan makan, minum dan pakai suami
4. Sekali sekali, izinkan suami keluar dengan teman-temannya
5. Percayalah pada suami
6. Jangan kedekut memuji suami
7. Kalau anda nampak suami keletihan dan kepenatan , urutlah dia dengan rela hati tanpa disuruh
8. Kalau suami tidak suka mengikut anda keluar membeli-belah, jangan paksa,minta izinnya untuk keluar seorang diri, bersama anak-anak atau rakan-rakan
9. Sentiasalah hadiahkan suami senyuman yang paling manis setiap masa
10. Jagalah penampilan anda khas untuk suami
11. Sentiasa beritahu suami dia seorang yang hebat
12. Jangan melarang suami melakukan apa yang diminatinya selagi tidak memudaratkan anda sekeluarga
13. Elakkan daripada menjadi pegawai penyiasat yang sentiasa ingin tahu apa yg suami buat dan ke mana dia pergi. Berikan dia sedikit ruang untuk dirinya sendiri
14. Selalulah ucapkan terima kasih pada suami
15. Beritahu suami betapa anda sayang dan cintakan dia dengan sepenuh hati
Sama-samalah membahagiakan hati suami/isteri kita… Semoga kita semua akan beroleh keluarga yang bahagia…
Sumber Kredit: Dr Suhana Abd Wahab
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hidup manusia tidak pernah lari dari berbuat kesilapan. Hidayah Allah itu adalah untuk hamba-hambanya yang terpilih.
Siapa pun kita dahulu, jangan pernah menoleh ke belakang kerana kehidupan manusia itu ibarat fenomena peralihan malam.
Allah SWT menyebut di dalam surah al-Insyiqaq ayat 16 – 19 yang bermaksud : Maka Aku bersumpah, demi mega; Dan malam serta segala yang dihimpunkannya; Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama: Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan – menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya).
Orang yang berhijrah ialah orang yang sentiasa menginsafi dirinya kerana itulah hakikat kita manusia, sering melakukan kesilapan. Namun, sebaik-baik manusia ialah setelah mereka melakukan kesilapan maka mereka bersegera menginsafi kesilapan dan bertaubat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Hijrah tidak pernah terputus sampai pintu taubat tertutup dan pintu taubat tidak tertutup hingga matahari terbit dari arah barat. (HR. Abu Dawud).
Ternyata penghijrahan Aliff Aziz ke arah lebih baik memberikan rezeki buatnya kerana terpilih sebagai Juara Gegar Vaganza musim ke -8 malam semalam.
Walau ada yang mempertikaikan kemenangannya termasuk mengatakan ada lebih layak, namun kata Aliff, Allah sudah menulis rezeki buatnya sepanjang 10 minggu memasuki GV.
“Semua orang sudah buat terbaik, saya sangat gembira. Bersyukur kepada Allah SWT kerana telah susun jalan ini untuk Aliff,” katanya.
Dalam pada itu, apa yang buat ramai kagum, dari satu perkongsian video oleh @YesNo di Tik Tok dapat dilihat Aliff menjadi imam solat sebelum pertandingan ini bermula.
Tulisnya, inilah rutin sang juara.
Jujurnya, situasi sebegini jarang dilihat kerana ramai yang sibuk menjaga penampilan diri khususnya selepas siap di dandan namun ternyata Aliff berbeza sama sekali kerana tidak lupa kepada Sang Pencipta.
Dan ramai mendoakan dirinya terus istiqomah memilih jalan kebaikan dalam hidupnya walau pernah melalui kehidupan kelam sebelum ini. Bahkan ramai memuji Bella yang terus sedia, memberi suaminya peluang kedua, melupakan kenangan lama dan akhirnya Allah menghadirkan rezeki buat mereka malam tadi.
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...