Stres asyik gaduh, jangan lupa bersihkan hati dan berdoa. ‘Biar Allah kurniakan jalan keluar dan juga diberikan ketenangan untuk berdepan ujian dalam rumah tangga.
Ternyata alam rumah tangga tak selalunya cerah, ada saja ujiannya. Tetapi sebagai hamba-Nya, kita sentiasa bersabar dengan apa saja rintangan yang melanda.
Ikuti perkongsian Ustazah Asmak Husin ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:
Artikel Berkaitan:
“Kami kalau bergaduh laki bini makan masa nak cool balik dua-dua. Kadang sampai berminggu-minggu kami tak bertegur sapa. Macam mana yang saya nak buat ustazah? Stress lah saya gini
Kadang-kadang bila bergaduh, masing-masing mula meluahkan, setelah “cool down”, kita fikir balik baru perasan apa yang salah atau tersalah. Akhirnya kita lebih memahami antara satu sama lain.
Tapi yang tak bestnya kalau bergaduh sampai merosakkan perhubungan. Dengan kata lain sampai berminggu, berbulan tak bercakap. SILENT TREATMENT.
Yang ni bahaya untuk rumah tangga kalian. Masing-masing pening apa sebenarnya dalam hati pasangan ataupun hati sendiri. Akhirnya mengambil kesimpulan sendiri tanpa berterus terang.
Ramai yang mengatakan gaduh-gaduh manja akan lagi mengeratkan lagi hubungan dan ada juga cerita bergaduh hal kecik sehingga bercerai- berai. Minta dijauhkan supaya perkahwinan kita tidak sampai ke tahap bercerai berai. Insyallah.
Bagi kes yang bertanya tadi, saya nasihatkan apabila bergaduh sesama suami isteri mesti ada seorang yang kena mengalah. Jangan kedua-dua nya ego melangit. Dua-dua nak menang.
Ibarat tarik rambut dalam tepung. Dan apa salahnya berundur dulu utk menang besar kemudian. Berikut saya kongsikan tip ringkas.
1) Jangan terus berbincang apabila tengah marah. Tunggu keadaan reda dan masing-masing cool dulu.
2) Jangan mudah ucapkan perkataan seperti ‘kau ceraikan aku”, “kau lepaskan aku” dan lain-lain. Berhati-hati dalam tutur berbicara. Tak perlu ikut apa yang kita nampak dalam drama, bergaduh sikit terus cabar mencabar untuk cerai.
3) Minta ruang untuk bertenang dari pasangan. ‘Me time’ iaitu masa untuk bersendirian dan berfikir secara lebih rasional. Atau ruang untuk berehat. Apabila kita penat kita mudah marah dan emosi.
Baca Di Sini:
4) Jangan sesekali update status di media sosial ketika marah. Nanti akan terhambur apa yang tak sepatutnya. Terlajak perahu boleh undur terlepas update posting, tak boleh delete seumur hidup.
5) Masing-masing perlu belajar meluahkan apa yang terpendam dalam hati dengan cara baik dan sesuai ikut situasi pasangan.
6) Jangan lupa bersihkan hati dan banyak berdoa kepada Allah. Biar Allah kurniakan jalan keluar dan diberikan ketenangan dalam menghadapi kehidupan berkeluarga.
Semoga sedikit sebanyak nasihat ini dapat membantu si penanya dan melayari bahtera keluarga dengan lebih sakinah, mawardah dan rahmah.
#circleustazahasmakhusin
#inspirasikeluargabahagia
Kashoorga: Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati Allah.
Sumber : Ustazah Asmak Husin
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.