Bagi Muslimah, puasa ganti adalah satu ibadah wajib sebagai membayar ganti semula hutang puasa Ramadhan yang lalu. Ia diganti di luar bulan Ramadhan sebelum tibanya Ramadhan tahun berikutnya. Namun dalam menjalankan ibadah puasa ganti ini, ada juga dilema terjadi apabila suami ingin bersama isteri.
Dalam hal ini, suami isteri sepatutnya ada cara komunikasi yang jelas. Apabila masing-amsing sering memaklumkan perancangan awal tentang sesuatu perkara, maka tidak akan timbul masalah berbangkit kerana masing-masing sudah sedia maklum.
Sewaktu komunikasi berlaku, pastinya pasangan menuntut penjelasan lanjut; itu dan ini. Komunikasi awal akan banyak membantu melanacarkan urusan harian.
Artikel berkaitan: Pengajaran Lepas Berpisah, Wanita Ini Ingatkan Komunikasi Penting Nak Kekalkan Hubungan Suami Isteri
Artikel berkaitan:Dugaan Suami Isteri Bila Duit Tak Cukup. Ingatlah Hanya Taqwa Mampu Atasinya& Pesan Imam Muda Hassan
Jika tiada perancangan awal, maka apabila ada urusan yang mengejut dan ia akan menyebabkan dilema, maka jangan salahkan sesiapa.
Salahkan diri sendiri kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan pasangan, contohnya apabila sang suami berkeinginan bersama atau melakukan hubungan intim namun saat itu isteri sedang lakukan ibadah puasa ganti.
Dalam keadaan ini bagaimana nak bertindak? Diteruskan berpuasa atau membatalkan puasa ganti tadi? Sedangkan kedua-duanya adalah tanggungjawab penting.
Kita ikuti pandangan Dr. Khalid Al-Musyaiqih, pensyarah di Fakulti Syariah, Universitas Muhammad bin Suud KSA.
Dr. Khalid Al-Musyaiqih mengatakan, “Tidak boleh bagi suami untuk membatalkan puasa wajib yang sedang dilakukan isterinya, baik dengan hubungan badan atau lainnya. Baik puasa wajib ini adalah puasa ganti ramadhan atau puasa nazar.
“Jika suami telah mengetahui puasa wajib yang dilakukan isterinya, maka dia berdosa kerana telah dengan sengaja merosakkan puasa isterinya. Dia wajib bertaubat kepada Allah. Seharusnya yang dia lakukan adalah membantu isterinya untuk melaksanakan puasa yang menjadi kewajibannya”
Beliau juga memberikan nasihat kepada pihak isteri,
“Demikian pula, tidak boleh bagi isteri untuk mentaati suami agar membatalkan puasanya. Jika isteri mentaati keinginan suami, dia juga melakukan dosa dan wajib bertaubat kepada Allah. Dan dia wajib mengganti puasa ganti hari itu”
Beliau melarang para suami untuk menyuruh isterinya membatalkan puasa ganti, kerana puasa ini, termasuk puasa wajib.
Sementara puasa wajib tidak boleh dibatalkan tanpa uzur yang dibenarkan syariat.
Tatkala diajak suami untuk berhubungan intim, ia bukanlah uzur yang membolehkan sang isteri untuk membatalkan puasanya.
Menunaikan kewajiban Allah lebih didahulukan dibandingkan kewajiban makhluk.
Dari Ali bin Abi Thalib r.a bahawa Nabi SAW bersabda,
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Sang Khaliq,” (HR. Ahmad 1095, Ibn Abi Syaibah dalam Mushanaf 33717, dan sandarnya disahihkan Syuaib Al-Arnauth). Allahu a’lam.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI