Ramai isteri mengambil keputusan berhenti bekerja kerana kepenatan menguruskan rumah tangga dan anak-anak dalam masa yang sama pergi bekerja.

Namun keputusan itu kadang kala datang sekali perasaan bersalah dan berdosa kerana tidak mampu membantu suami sementelah suami bergaji kecil.

Bagi isteri yang dalam situasi ini, penjelasan bekas mufti Datuk Dr Zulkifli Al Bakri ini mungkin boleh meredakan perasaan.

Isteri bekerja tindakan yang harus dipuji

Isteri yang bekerja dengan niat untuk meringankan beban suami dalam menanggung nafkah atau keperluan keluarga adalah merupakan tindakan yang harus diberikan pujian.

Ini kerana pada asalnya tanggungjawab mencari nafkah adalah tanggungjawab yang harus dipikul oleh kaum suami bukanlah kewajipan isteri. Hal ini boleh dilihat melalui sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Mu’awiyah al-Qusyairi R.A, bahawa beliau telah bertanya kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, apakah hak isteri salah seorang dari kami yang menjadi kewajipan suaminya?” Maka Rasulullah SAW menjawab:

IKLAN

أن تُطْعِمَها إذا طَعِمتَ ، وتَكْسوها إذا اكتسَيتَ ، أوِ اكتسَبتَ ، ولا تضربِ الوَجهَ ، ولا تُقَبِّح ، ولا تَهْجُرْ إلَّا في البَيتِ

Maksudnya: “Engkau memberi makan kepadanya, jika engkau makan. Engkau memberi pakaian kepadanya, jika engkau berpakaian. Janganlah engkau pukul wajahnya, janganlah engkau memburukkannya, dan janganlah engkau meninggalkannya kecuali di dalam rumah.”  Riwayat Abu Dawud (2142), Ibn Majah (1850) dan Ahmad (20013)

Nabi SAW turut bersabda :

IKLAN

إِنَّ لِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَلِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَلِأهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، فَأعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Rabbmu mempunyai hak atasmu, dan jiwamu mempunyai hak atasmu, dan isterimu mempunyai hak atasmu, maka berilah setiap hak kepada orang yang berhak” Riwayat al-Bukhari (2139)

Namun tak salah isteri berhenti kerja

Namun begitu, tidaklah menjadi kesalahan atau dosa sekiranya seorang isteri memilih untuk berhenti bekerja, yang menjadikan dia tidak lagi mampu memberi bantuan kepada suaminya.

IKLAN

Ini kerana tugas asal seorang isteri adalah di rumah, iaitu untuk mendidik anak-anak, menguruskan urusan rumahtangga, dan melaksanakan tanggungjawab keluarga yang lain.

Justeru, tugas dan tanggungjawab menyara keluarga merupakan kewajipan suami. Isteri tidaklah diwajibkan oleh syarak untuk menanggung keluarga sebagaimana yang ditetapkan ke atas suami.

Oleh itu, tidaklah salah jika seseorang isteri memilih untuk berhenti kerja dan tidak menyumbang kepada nafkah keluarga bersama suami.

Sumber: bukudrzulkifli.com

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI